"Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untuk mu dalam agama"
(surah Al-Hajj : ayat 78)
Sudah sampai masanya untuk kita faham bahawa kita perlu faham.
Faham apa?
Faham agama Allah. Apa yang Allah mahukan. Apa yang Allah larang. Apa yang nabi ajarkan.
Sampai bila untuk kita hanyut dengan keselesaan dunia yang akan musnah juga pada suatu hari nanti.
Allah cipta kita bukan main-main tetapi kita banyak sangat main.
Melambatkan solat tanpa rasa bersalah.
Hisap vape dan rokok tanpa menghiraukan haramnya.
Bercouple berpegangan tangan tanpa memikir pengharamannya kebaikan untuk kita.
Sampai bila kita nak tinggalkan agama?
Allahu.
Lama sangat Islam nak bangkit. Bila suasana Islam nak hidup kembali?
Allah dah wakafkan kita di dunia ni untuk berdakwah, ikut perintah Allah dan melakukan kewajipan dengan menggantikan dengan syurga Allah.
Allah bagi nikmat seluas alam untuk kita. Satu ungkapan 'alhamdulillah' pun sangat susah untuk kita ucapkan.
Berat sangat lidah kita nak berzikir sedangkan seharian kita berkata tentang dunia tanpa lelah.
Sampai bila?
Kita ni dah lupa dengan janji syaitan.
Syaitan akan cuba dan cuba terus mencuba untuk menggoda kita supaya pandangan
kita terhadap dunia ini terlalu indah untuk mengikut perintah tuhan.
Kita merasakan agama tu dah tak ada apa dah dalam hidup kita.
"Adakah 'Islam' tu hanya di kad IC?"
Islam ni bukan hanya semata-mata agama!
Tetapi cara hidup yang fitrah!
Solat kita bukan sekadar hanya 'pengabdian' kita tapi ini untuk perbaiki kehidupan kita.
Zakat bukan hanya sekadar mengikut perintah tuhan tetapi untuk menyucian harta dan jiwa kita.
Puasa bukan sekadar adat semata-mata tetapi untuk mendidik nafsu kita.
Syahadah bukan hanya semata-mata lafaz sahaja tetapi untuk meyakinkan kita syurga tu Allah buat untuk kita yang beriman.
Jom sama-sama ingat kepada Allah. Ikut perintah Allah. Tinggalkan larangan Allah.
Ajak manusia kepada Allah.
Ketahuilah kawan-kawan perbuatan kita ini tidak sia-sia. Allah menjanjikan syurga yang sangat mahal tiada harga untuk gambarkan nilainya.
Jom bersama-sama sebarkan kebaikan untuk saling mengingatkan kepada Allah. Sebab tu kita kena buat perkara lebih penting daripada penting.
Jika kita dihimpitkan dengan diantara 2 urusan yang penting maka buatlah urusan yang lebih penting daripada penting.
Ini saranan ulamak.
"Macam mana tu? Tak faham? Ok camni."
Andainya, kita dapat dua kerja dalam satu masa. Satu kerja kena hantar minggu depan. Lagi satu kerje ni kena hantar esok.
Dua-dua ni penting ni!
Mana nak buat?
Hah bijak kalian, mestilah buat kerja yang hantar esok.
Sebabnya kerja yang hantar esok lebih penting dan utama berbanding kerja hantar minggu
depan sebab masih ada masa lagi.
Faham kan?
Ok contoh lain.
Diantara solat dan timbunan kerja kita, mana penting? Dua-dua penting tapi mana LEBIH penting dan UTAMA?
Tentulah solat.
Sebab apa? Seruan Allah itu lebih penting berbanding dengan seruan majikan.
Tapi kena ada tatacara untuk meminta kebenaran solat.
Ok contoh yang lain pulak.
Emm.... Hah!
Diantara solat dengan menahan buang air, mana penting?
Ok mungkin ni kurang faham. Tak apa saya terangkan.
Macam ni kalau time kita solat tu tiba rasa nak buang air. Tak kira lah buang air besar ke buang air kecik ke.
Memang tak tahan tu sampai terketar-ketar dalam solat. Orang pikir,
"Fuh khusyuk dia solat"
Haha. Ok faham?
Jadi mana penting, teruskan solat atau batalkan? Gitulah ayat mudah.
Yang lebih penting ialah batal kan solat kalau TAK TAHAN TAHAP GABAN. Memang rasa nak terkeluar dah. Makruh hukumnya kalau tahan selagi mampu.
Sebab kenapa? Kita solat nak ingat Allah bukan ingat tandas hehe.
Ok faham kan?
Moga ilmu ni kita amalkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan