Khamis, 10 Mac 2016

SECARA FITRAHNYA






Alhamdulillah Gais!! Ni ada story memang cukup berharga saya rasa.
Pernah ada seseorng bertanya kepada seorang ulamak tentang dua jenis manusia. Iaitu pertama yang selalu beribadah tapi buruk akhlaknya. Kedua yang sangat mulia akhlaknya tapi kurang beribadah.


Memang nak menangis ada, gembira ada entahlah perasaan apa. Bercampur baur macam nasi campur pun ada. Ok ni gurau.

Susah untuk digambarkan dengan tulisan ni apatah lagi kata-kata.

Saya nampak depan mata sendiri walaupun ada sesetengah masyarakat yang kurang upaya tetapi tetap jaga solat.

Walaupun berkerusi roda, tetap tabah ke surau untuk solat. 
Ada yang bergaya rambut panjang lelaki ni macam seakan agak gengster, kaki kiri dia kaki palsu tapi tetap pergi solat
Saya tengok pakaian lelaki ni pergh ketat tu seluar jeans ketat tapi kalau bab doa saya tengok dia sungguh-sungguh. 
Ni yang saya terkejut, dia ni perempuan tapi macam lelaki gaya dia. Rambut pendek, pakaian lelaki dan gaya lelaki. Tapi baca quran time waktu lapang.

Allah.

Saya memang syukur sangat. Bukan redha atas perbuatan mereka tetapi inilah langkah pertama untuk mereka berubah.



Ada  seorang bertanya kepada seorang ulamak, berkenaan 2 jenis manusia, pertama sentiasa beribadah tapi akhlaknya sangat teruk. Kedua, akhlaknya sangat baik tapi kurang beribadah.

Soalannya, siapakah yang lebih baik?

Jawab ulamak tu ialah kedua-duanya.

Hujahnya ialah pertama, sekiranya dia terus beribadah inn shaa Allah suatu hari nanti Allah akan berikan hidayah dan dia akan berubah menjadi akhlak yang baik. Kedua pula 
sekiranya dia selalu berakhlak baik suatu hari nanti Allah akan bagi hidayah dan dia akan berubah untuk kat ibadah kepada Allah. Kedua-dua ada boleh menjadi asbab hidayah Allah kepada mereka ni iaitu akhlak mulia dan ibadah.



Apa yang saya nak kongsikan ialah fitrah manusia memang beriman kepada Allah.

Tak kira dia latar belakang macam mana pun tapi Allah cipta kita dengan satu fitrah yang takkan pernah terpisah dengan kebenaran iaitu merasakan ada kuasa yang besar untuk pengharapan kita.

Saya yakin mereka ni sedar mereka ni tahu ini salah tapi keyakinan fitrah terhadap Allah tu sentiasa ada.

Cuma mereka ni perlukam masa untuk berubah. Dari sikit-sikit dahulu.

Tak kira OKU sekali pun mereka tak mengeluh,

"Mengapa aku diciptakan begini?"

Tak!! Mereka tetap tabah jalani ujian dengan hebatnya.
Allah.

Tak tahu nak tulis macam mana ni. Untuk mereka ni tolonglah jangan sindir atau kutuk.

Doalah untuk mereka. Bimbinglah mereka. Berikanlah semangat kepada mereka.

Mereka ni tak mustahil masuk syurga awal dari kita.

Tak mustahikl mereka ni mempunyai amalan yang Allah cintakan dia ni.

Siapa tahu?

Allah tak zalim kepada hambaNya. Keadilan bukanlah sama rata tetapi hak itu patut pada tempatnya.

Mereka ni yang OKU ni sangat tabah dan yakin dengan janji Allah.
Mereka ni yang jahil ni masih ada lagi pengharapan yang tinggi kepada Allah.

"Siapalah kita nak menilai mereka ni ke neraka atau syurga."

Bukankah itu kerja tuhan, mengapa kita mahu mengambil kerje tuhan?

Jika betul kita ni hebat sempurna anggota badan kita tapi adakah kita setabah mereka?

Jika betul kita ni hebat boleh jaga amalan kita tapi adakah kita seyakin pada Allah seperti mereka?

Dakwah bukanlah kejian atau sindiran atau mengkafirkan dia.

Tapi dakwah adalah sama-sama mengajak dia ke syurga bersama kita.

Moga Allah redha dengan segala amalan kita.

Saya harap penulisan story kali ni dapat membuka mata supaya tak semua masyarakat yang jahil ni jauh dari tuhan.

Sama-sama doakan hidayah kepada mereka yang nak berubah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...