Rabu, 9 Mac 2016

Sampai Bila Kita Nak Bermaksiat?





Bismillah. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Hari ni rasa tertarik untuk membuat satu coretan yang sangat berharga.

Coretan apa?

Coretan berbentuk harapan buat para pendosa. Ya, untuk kita semua termasuk diri ni.

Moga Allah redha dengan segala coretan saya.
----------
Syukur pada Allah kerana kita masih lagi dapat diberikan kehidupan untuk mencari redha Allah. Tak pernah lagi Allah tarik nikmat kita lagi time kita tak syukur.


Cukuplah cinta Allah dengan menghidupkan kita lagi untuk memberi peluang bagi bertaubat kepada Allah. Fikir selalu, jangan tak fikir. Hadith nabi, “Sungguh sedikit umat ku yang berfikir ” (riwayat Bukhari).
Susah sangat nak fikir sebab kenapa? Kita bersenang lagi dengan nikmat dunia sedangkan jelas Allah kata dalam quran,
Setiap yang hidup pasti akan merasi kematian.. 
Itulah kita, hakikat hamba Allah. Tak pernah sedar diri ni hamba.
Baiklah, saya mungkin rasa serba salah untuk mengatakan tajuk ini kerana saya sendiri tak pernah terlepas dari melakukan dosa. Bila difikirkan jika tak sampaikan teguran dan ilmu ini, di akhirat nanti Allah akan tanya pada saya,
Apa usaha kamu untuk menegur umat bagi mencegah mungkar sesama di dunia? 
Allah. Takut sangat. Saya berharap sekali lagi atas asbab tulisan saya ini, saya dan kamu semua keluar dari belenggu maksiat menuju ke syurga Allah SWT.
Allah berfirman,
Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan kepada mereka, Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah itu orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik (16)”
Surah Al-Hadid : ayat 16
Apa kena mengena dengan ayat ni?
Allah tanya, sampai bila masa nak kembali kepada ajaran Islam? Sampai bila bro, sis??
Mana tidak seruan Allah ditinggalkan dosa dan maksiat seperti ibarat sebahagian hidup kita sendiri. Perkara kecil pandang remeh Islam takkan hebat seperti dahulu, zaman Khulafa’ Ar Rashidin. Tutup aurat pun berkira.
Main bola dah bagus dah, bro tapi tolong ikut syariat. Tutup aurat yee. Sis, lawa lengan. Tolonglah jaga aurat terutama wanita bak bidadari hiasan dunia terindah (amboi). Jangan pandang enteng je, sedang kan Allah menilai walaupun sebesar zarah.
Bro, sis, cukuplah dengan couple. Haram tu. Sedang Allah dah sebut dalam quran,
Dan janganlah kamu mendekati zina 
Mukaddimah zina adalah couple dan ikhtilat. Couple islamik ke tak islamik ke sama je hukum tetap haram. Hanya ada satu sahaja cinta yang Allah redha, iaitu kahwin. Carilah hadith mana yang bercinta dulu baru kahwin. Pasti dan pastinya tak ada.
Ok, baiklah seterusnya Allah kata bila masa kita nak ikut Al-Quran? Jangan asyik pada maksiat, tinggallah. Usaha untuk mengetepikan maksiat dan ambil redha Allah adalah sangat besar ganjarannya.
Syurga Allah sentiasa mahal tak pernah turun lagi harganya. Mahal pun tanpa GST tau tak. Kita dah lah hamba, makhluk ciptaan dan makhluk yang lemah walau sebaik ciptaan.
Seterusnya, Allah sebut jangan jadi seperti umat terdahulu sebab hari semakin hari mereka jauh kepada kita mereka. Akhirnya, hati mereka menjadi keras dan banyak di antara mereka orang ingkar pada Allah.

Maksiat.
Dosa.

Perkara sama. Sangat sukar untuk tinggalkan sebab kita sayang pada jahilliah kita.

Macam mana nak tinggalkan maksiat @ dosa?
Macam mana nak hijrah dari buruk kepada baik?
Macam mana nak berubah dari jahat kepada baik?

Saya pesan, apa saya kongsikan ini berdasarkan pengalaman dan perkongsian orang lain kepada saya. Bukanlah nak kata yang saya kongsi inilah dapat mengubah kamu semua kepada manusia yang maksum, tidak. Inilah cara panduan untuk mencari syurga Allah bersama.
Jom.
Stop, Stop And Stop Maksiat.
Sememangnya kita semua kena berhenti dari maksiat yang kita sangat cintai tu. Yang susah sangat nak tinggalkan tu. Please, stop maksiat, if you want to go way of jannah.Understand?
Serius, nak tinggal maksiat buat selamanya dengan kita sendiri ambil inisiatif untuk tinggalkan maksiat itu sendiri tanpa disuruh orang lain. Bukan selamanya tetapi untuk istiqamah tinggalkan maksiat. Kita bukanlah maksum seperti nabi kan? Tetapi realiti hakikat kehidupan kita penuh dengan cabaran dan dugaan serta tarikan sana sini. Kitalah sendiri yang menentukan untuk ke mana.
Diri anda, pilihan anda.
Cara stop maksiat ialah anda kena JAUHkan diri anda dengan MAKSIAT tersebut.
Contoh, rokok. Ok, rasa nak rokok? Pergilah ajak kawan keluar ke, main game dengan adik ke, apa-apa ke yang boleh melekakan diri kita dari maksiat tu. Cuba buat, jangan merungut. Allah pandang usaha kita bukannya alasan kita.
“Kalau banyak sangat alasan lebih baik kau tak payah hidup lah”
Ayat ni yang saya selalu dengar. Yup, jikalau hidup kita tak nak usaha tetapi banyak alasan, hidupnya penuh dengan KEMALASAN tahap gaban. dan orang begini tak ada matlamat hidup. Syurga Allah bukan impiannya.
Menyesal Sangat Dan Nak Berubah
Bila dah stop maksiat, menyesal dah, tak nak ulang lagi lepas ni. Tanam dalam hati tu betul-betul. Lepas itu, simen lawa-lawa (eh?). Rasa nak berubah tu ada sangat. Bukan macam hangat-hangat tahi ayam atau sembang kencang ribut taufan ke, sembang ombak tsunami ke, tak tetapi ada niat nak berubah. Saya ulang, memang ada niat nak berubah. Faham?
Macam mana nak menyesal? Kamu semua kena tahu yang apa kita buat tu adalah BERDOSA. Ingat, dosa ke neraka.

Berdosa.
Neraka.

Dua tu je kena ingat untuk menyesal. Bila menyesal automaticly nak berubah. Dah berubah alhamdulillah dan istiqamah.
Faham? Ok, seterusnya.
Berazam Menjadi Seorang Yang Awesome.
Last sekali ini kita semua, saya dan kamu semua pastikan azam setiap hari. Letakkan objektif ni setiap hari. Berazam dengan doa.
Ingat, Azam tanpa doa dan azam dengan doa, berbeza. Azam tanpa usaha dan doa, berbeza dengan azam dengan usaha dan doa.
Ceritakan tentang keburukan maksiat yang kita lakukan kepada orang lain. Maksud saya BUKAN ceritakan keburukan maksiat kita tetapi apa yang maksiat kita pernah buat, bagitahu keburukan tu. Faham? Tak, emm saya bagi contoh.
Couple lah. Ok, cenggini, si A ni pernah couple dan dia rasa sangat berdosa. Si A ni pun bertaubat kepada Allah. Dia berazam untuk jadi lebih baik dan mengubah nasib orang macam dia. Si A ni dapat tahu yang kawan dia ni si B bercouple. Si A jumpa dengan si B.
Antara cakap si A,
“Wei tahu tak, Allah tak suka hamba-Nya kejar cinta makhluk lebih dari cinta Allah. Haram tau tak? Aku rasa kau dengan aku sama je ada buat salah. So, aku rasa lebih baik kita putus je.”
Faham dah? Alhamdulillah.
Faham tiga perkara ni dengan sebaiknya. Faham dengan hati kamu semua. Saya bukanlah sempurna tetapi saya ada usaha ini lah bukti saya cinta pada Allah. Tapi tak cukup dengan coretan ni, saya dan kalian semua kena saa-sama buat.
WaAllahu’alam. Moga Allah redha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...