Alhamdulillah cuma sekadar pemberitahuan yang teramat teruja. Bagi saya lah. Nantikan pada tahun 2018. Tu je.
Moga artikel kali ni bermanfaat!
-----
Saya terpanggil untuk memberi penjelasan
mengenai satu isu yang menjadi salah faham masyarakat pada masa kini lagi-lagi
anak muda. Ada sebahagian masyarakat suka terus melulu memberi penyataan
‘dakwah’nya sehinggakan kalau orang yang tak tahu apa-apa akan menerima secara
bulat-bulat apa yang disampaikan sedangkan jelas salah.
Apa isu yang ‘hot’ di salah erti ni?
Ada beberapa kenyataan tapi saya ambil satu
je sebagai contoh.
“Janganlah kita jadikan agama sebagai
penutup segala aib dan dosa kita. Kalau nak jadi baik, jadilah baik yang ori.
Nak jadi jahat, jadilah jahat yang ori. Janganlah jadi fake dakwah, fake
muslim, jual agama”
Nampak tak apa yang menjadi salah faham?
Kononnya tak baik jadi penjual agama atau
penunggang agama pastu nak jadikan sebagai hujah untuk mempertahan maksiat yang
kita buat! Gitu?
Meh, kita terjah satu per satu penjelasan
ni. Moga Allah buka hati kita semua untuk menerima dengan terbuka dan
berikanlah hidayah dan taufiq kepada kita semua. Amin.
Bertanyalah.
Pemahaman yang di salah erti ni biasanya
sebab kita tak ada ilmu atau kita nak tunjuk pandai dalam sesuatu bab.
Lagi-lagi dalam bab agama ni.
Nasihat saya, tanyalah kepada yang lebih
pakar kalau kita tak tahu. Please, saya merayu kepada kalian semua supaya
bertanyalah kepada yang lebih tahu dari kita kalau kita tak faham atau tak tahu
dalam sesuatu perkara.
Kenapa pentingnya bertanya ni?
Kalau nak tahu antara faktor terjadinya
atau terciptanya ajaran sesat dan menimbulkan salah faham dalam masyarakat ialah
kita buat andaian sendiri dalam sesuatu perkara.
Sebagai contoh mudah ialah ajaran Syiah.
Kebanyakkan tafsiran Al-Quran yang ditafsir oleh golongan Syiah adalah
berdasarkan akal semata-mata. Sedangkan untuk mentafsir Al-Quran memerlukan
hadith iaitu penjelasan daripada rasulullah mengenai sesuatu ayat, penguasaan
bahasa Arab yang tinggi, mengetahui asbabun nuzul (sebab turunnya ayat), ilmu
usul fiqh, ilmu nasikh mansukh dan sebagainya.
Jelas?
Contoh yang lain ialah mengenai perjuangan
jihad yang di salah erti yang konon diperjuangkan oleh ISIS. Sedangkan konsep
jihad yang diperjuang pun jelas salah. Jelaslah juga masyarakat kita
kebanyakkan malas nak bertanya dan malas nak menuntut ilmu.
Bahaya orang sebegini. Sebenarnya golongan
ni juga boleh dikatakan menjual agama dan penunggang agama!
Firman Allah SWT,
“Bertanyalah kepada orang yang lebih
mengetahui jika kamu tidak mengetahui”
(Surah An-Nahl : ayat 43)
Nah, Allah berfirman supaya kita semua
tanyalah kepada yang sepatutnya.
Kalau tak tahu tentang ilmu agama, tanyalah
pada ustaz, ulama, ustazah dan ahli agama.
Kalau tak tahu dalam ilmu perubatan,
tanyalah pada ahli farmasi dan doctor.
Kalau tak tahu skill atau sesuatu sukan,
tanyalah pada ahli sukan.
Ingat! Jangan kita selalu membuat andaian
sendiri dalam sesuatu perkara lagi-lagi bab agama sebab akan menyebabkan
terpesong akidah dan tersalah amal. Nauzubillah! Moga kita dijauhkan.
Periksalah.
Allah berfirman dalam Al-Quran,
“Wahai orang yang beriman, jika datang
kepada mu orang fasik membawa suatu
berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah
kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal
atas perbuatan mu itu”
(Surah Al-Hujurat : ayat 6)
Apa kena mengena perbahasan dengan ayat
Al-Quran ni?
Dalam masyarakat kita ni selalunya
menyebarkan sesuatu berita sehingga menyebabkan viral sana sini dan please
wahai sahabat ku, periksalah terlebih dahulu sebelum kita nak sebarkan.
Jelas Allah menyuruh untuk kita periksa
dulu dan jangan suka sangat main sebarkan suatu berita yang kita sendiri tak
pasti. Allah menyatakan orang fasik dan orang fasik ni merujuk kepada siapa?
Orang fasik ni merujuk kepada kita semua.
Kenapa?
Orang fasik ni ialah orang sering melakukan
dosa. Bukan ke kita ni selalu buat dosa?
Jadikan amalan dan kebiasaan dalam
kehidupan masyarakat dengan periksa dengan teliti kesahihannya. Kalau kita
ambil sesuatu berita dengan terima bulat-bulat, tak mustahil juga kita akan
terjebak dengan pemahaman yang salah dan mungkin tersalah amal ibadah dan tak
mustahil boleh terpesong akidah.
Baiklah, setelah bahas secara pendek ni
daripada tajuk “Tanyalah” dan “Periksalah”, apa yang kalian dapat?
Kesimpulannya, terjadinya isu salah faham dalam
kenyataan agama ni disebabkan 2 perkara,
Pertama, kita dapat sesuatu ilmu, kita
terus membuat andaian kita tanpa bertanya kepada yang lebih tahu dari kita
sedangkan kita tak tahu sangat pun tapi kita buat macam kita tahu banyak je.
Kedua, Bila kita dapat sesuatu kenyataan,
kita terus menganggap “Eh betul gak ni”, kemudian, dengan sambil lewa tanpa ada
rasa tanggungjawab terus kita sebarkan.
“Eh, macam tak ada sentuh pun dengan tajuk
‘Fake Muslim’?”
Ada lagi la ni. Meh, jemput baca lagi ye.
Fake Muslim atau Jahat Ori, Mana Lagi Baik?
Apa nasihat saya ialah, jadilah orang Islam
yang sebenar-benarnya. Janganlah jadi orang membuat kejahatan agama atau
menjadi penjual agama dan penunggang agama.
Tak ada istilah kalau nak jadi baik,
jadilah baik yang betul-betul. Kalau nak jadi jahat, jadilah jahat yang
betul-betul.
Kalau kita fahamlah secara logik akal
kenyataan macam tu, kalau boleh semua nak jadi jahat. Buat apa jadi baik sebab
siapa jadi baik semuanya akan ditindas dengan yang jahat.
Tak gitu?
Saya nak tanyalah kepada kalian tapi kalian
kena jawab dengan jujur dari hati.
Kalau ada yang buat jahat dengan kalian,
adakah kalian redha? Kalian suka ke?
Pastinya tak suka kan? Itu lumrahnya, siapa
suka kejahatan itu menimpa diri kita sendiri? Sebab itulah janganlah jadi
jahat. Janganlah buat maksiat. Janganlah buat dosa. Jadilah muslim yang
sebenarnya.
Untuk kenyataan ‘janganlah jadi fake muslim
atau penjual agama atau penunggang agama’ memang perlu kita jauhi. Janganlah
sama sekali kita terjebak.
Golongan ni kebiasaanya menceburi bidang
agama demi meraih keuntungan dan kepentingan diri sendiri. Malah, ada juga
untuk menutup aib dan menutup dosa yang dilakukan supaya masyarakat Nampak
golongan merupakan golongan agamawan.
Golongan ini juga sangat dimurkai oleh
Allah kerana menipu diri sendiri kerana banyak berlakon depan manusia
seolah-olah warak tetapi hatinya busuk malah bukan dirinya sebenarnya.
Firman Allah SWT,
“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah
kalian ke dalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kalian mengikuti jejak
syaitan kerana sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi kalian”
(Surah Al-Baqarah : ayat 208)
Jelaslah Allah menyatakan jadilah muslim
yang sebanar dengan ambil Islam secara menyeluruh dan jangan jadi jahat atau
penunggang agama seperti jejak syaitan.
Sebab itulah tiada istilah jahat ori lebih
baik dari penunggang agama kerana kedua golongan ni tak ambil Islam secara
menyeluruh.
Dan janganlah kita salah faham dengan satu
kenyataan sebegini,
“Salah satu tanda kiamat ialah di siang
hari dia menjadi Islam, mengerjakan ibadah tapi di malam hari dia menjadi
kafir. Erti kata lain, tak beriman dan melakukan perbuatan terkutuk.”
Kenyataan ni betul tapi yang di salah erti
adalah kita sendiri. Ini merupakan perbahasan ulamak mengenai satu hadith nabi
berkenaan iman manusia.
Rasulullah bersabda iman manusia kadang
naik dan kadang menurun.
Apabila tahap iman seseorang itu naik maka
ia akan menjadi mulim sejati dengan mengerja ibadah dan apabila iman seseorang
menurun maka seseorang itu akan melakukan dosa, maksiat malah tak mustahil
menjadi kafir kerana tahap imannya yang lemah.
Tak kiralah time pagi dia beriman ke atau
time malam dia beriman tapi yang pasti bila iman naik dia akan membuat amal
kebajikan. Tak kiralah time pagi dia iman menurun atau malam iman dia menurun
tapi yang pasti ketika iman dia menurun dia akan melakukan dosa dan tak
mustahil dalam keadaan kafir kerana lemahnya iman dia.
Kesimpulan yang mudah saya boleh katakan
ialah janganlah jadi penunggang agama, penjual agama, fake muslim, fake dakwah
dan orang jahat ori tetapi sahutlah seruan Allah untuk menjadi orang yang
mengambil Islam secara menyeluruh iaitu menjadi muslim yang sebenar.
Eh, sebelum menutup akhir kalam saya,
ketahuilah wahai kawan, tiada yang sempurna seseorang yang bergelar manusia itu
dan sebab itulah ada je dari kalangan agamawan yang membuat salah dan silap.
Nama pun manusia kan.
Kalau nak cari manusia agamawan yang
sempurna pergilah cari di langit sana tu, kalau jumpa bagitahu ye.
Moga Allah redha. WaAllahu’alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan