Hah, lama sangat tak update ni. Agak berhabuk tapi inn shaa Allah teruskan doa untuk saya ye. Moga bermanfaat!
------
Alhamdulillah,
kita masih lagi berpeluang untuk terus berada dalam bulan yang penuh barakah
ni, Alhamdulillah. Syukur juga kepada Allah sebab dengan limpah kurniaNya kita
masih lagi dapat merasai segala nikmat yang masih ada pada diri kita ni,
Alhamdulillah. Banyakkan bersyukur kerana dengan rasa syukur ni lah menunjukkan
kita merasa ‘cukup’ dengan apa yang ada tanpa ada penyakit hati.
Firman
Allah,
“Wahai
orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke
atas orang-orang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa”
(Surah Al-Baqarah : ayat 183)
Saya
terpanggil untuk membuat satu coretan yang bermakna pada Ramadhan kali ini
dengan ayat ‘apa salahnya?’.
Mesti
ramai tertanyakan, “Kenapa tajuk camni?”.
Baiklah,
saya nampak pada awal Ramadhan, Alhamdulillah ramai orang solat terawih. Sampaikan
melimpah ke luar, Alhamdulillah. Subuh pun apa kurangnya dan sekurang-kurangnya
ramailah berbanding sebelum ni atau bahasa mudah daripada langsung tak ada
orang.
Saya
tengok juga ada segelintir dari kalangan kita ni, dalam Ramadhan pun malas nak
buat ibadah. Maknanya, ibadah dia biasa-biasa je sama seperti hari-hari sebelum
ni. Sedangkan Allah telah menggandakan segala ganjaran bagi setiap amalan dan
inilah peluang yang patut kita rebut.
Saya
nampak juga ada segelintir dari kalangan kita ni masih lagi dalam kondisi
sahsiah yang sama. Seperti, budaya mencarut, membahan orang, terbiasa
percakapan lucah, merokok, bercouple, main-main dalam solat dan sebagainya
belum lagi untuk diubah kepada yang lebih baik. Berubahlah pada bulan yang
penuh kerahmatan ni. Inilah peluangnya.
Selain
itu, kebiasan masyarakat kita apabila tiba bulan Ramadhan ialah membazir. Cuba
bayangkan dengan berbuka puasa mewahnya, dengan penuh satu mejanya, dengan
morehnya lagi lepas terawih tu. Memang membazir. So, kenapa pada bulan yang
mulia ni kita nak membazir juga? Bukan ke Allah berfirman, membazir itu saudara
syaitan. Bukan ke syaitan telah dibelenggu, kenapa kita menggantikannya?
Ada
juga yang masih berbalah tentang bilangan terawih sama ada 8 rakaat atau 20
rakaat. Ada juga yang mengatakan sepatutnya Ramadhan ni tak perlu buat tazkirah
sebab apa kita perlu ialah solat terawih. Kenapa perlu berbalah perkara yang
mendatangkan kebaikan?
Kenapa
perlu kita merebut untuk buat ibadah dalam Ramadhan ni? Kenapa kena berubah
pulak dalam Ramadhan ni, kan bulan lain pun boleh? Kenapa kita mudah membazir?
Kenapa?
Meh, baca slow-slow ye.
Peluang
Yang Besar!
Pertama
sekali, syukur sekali lagi sebab Allah masih lagi beri kita peluang untuk
sampai pada bulan keampunan ni dan ini merupakan satu peluang yang perlu dan
mesti untuk kita rebut.
Sebab
kenapa?
Dalam
satu hadith rasulullah yang sangat mahsyur, rasulullah bersabda,
“Awalnya
adalah rahmah, pertengahannya adalah keampunan dan hujungnya adalah pembebasan
api neraka”
Betapa
besarnya nilai Ramadhan ni sampaikan rasulullah bersabda sebegitu. Takkanlah
kita tak nak rebut ketiga-tiga perkara yang sangat besar nilainya. Tapi perlu
kita ingat, pastikan kita buat sesuatu ibadah itu dengan bersungguh-sungguh dan
barulah kita akan perolehi segala ganjaran tu. Malah, Allah tawarkan kepada
kita semua keampunan bagi yang bersungguh-sungguh berpuasa.
Rasulullah
bersabda,
“Barangsiapa
berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala maka
Allah akan ampunkan dosa-dosa yang lalu”
(H R Bukhari)
Muhasabah
diri masing-masing. Kita adalah pendosa dan kita bukalah maksum seperti
rasulullah, bukanlah malaikat yang sentiasa taat kepada Allah maka apa salahnya
kita berpuasa dengan bersungguh-sungguh dengan kurang segala perkara lagha.
Kurangkanlah
tidur, kurangkanlah tengok drama atau movie yang tak berfaedah, kurangkanlah
mencarut, kurangkanlah membahan orang lain, kurangkanlah bercakap kosong,
sifarkanlah mengumpat, mengutuk dan macam-macam yang boleh membatalkan pahala
puasa malah membatalkan puasa kita sendiri.
Janganlah
kita jadi golongan yang rasulullah mengatakan ada golongan yang berpuasa tapi
puasanya sia-sia dan hanya dapat lapar dan dahaga je. Allah, berat ni. Kita
berpuasa tapi nothing.
Sebab
itulah kita perlu untuk banyakkan ibadah. Seperti, azam untuk khatam Al-Quran,
banyakkan berzikir, banyakkan solat sunat lagi-lagi solat terawih, dengar
tazkirah, banyakkan bersedekah dan sebagainya.
Dan
sekali lagi saya bagitahu, ambillah peluang untuk buat ibadah
bersungguh-sungguh sebab kita ini adalah pendosa maka bila lagi masa untuk kita
ambil melainkan kalau bukan Ramadhan ni.
Bukan
setakat itu je, Allah menjanjikan juga khas untuk yang kita berpuasa dengan
syurga Ar-Rayyan iaitu syurga bagi orang yang berpuasa. Nak dapat syurga ni
bukanlah semudah kita sangka dengan puasa semata-mata. Kita silap.
Semua
memerlukan usaha yang sungguh-sungguh kerana syurga itu bukanlah percuma. Sebab
itulah kita perlu ambil kesempatan dan peluang yang ada pada bulan Ramadhan ni.
Sama-sama
kita ambil peluang yang cukup berharga ini.
Masa
Terbaik Untuk Berubah.
Ramadhan
juga diibarat sebagai satu madrasah kerana di bulan Ramadhan inilah kita
sepatutnya terdidik untuk lebih semangat buat baik, semangat nak buat ibadah,
semangat untuk berubah, sebab apa? Sebab Allah menjanjikan kepada kita,
bersusah payah kerana Allah di dunia ini maka sebagai gantinya ialah syurga.
Cuba
hayati hadith ini. Sangat besar makna kepada kita semua.
Ketika
mana rasulullah menaiki mimbar, bila baginda menaiki anak tangga yang pertama rasulullah
mengatakan “Amin”. Lalu, rasulullah menaiki anak tangga yang kedua pun
rasulullah mengatakan “Amin”. Bila rasulullah menaiki anak tangga yang ketiga
pun mengatakan “Amin”.
Bila
sahabat dengar, mereka pun bertanya kepada rasulullah setelah baginda turun
dari mimbar.
“Ya
rasulullah, sungguh kami telah mendengar sesuatu yang tak pernah kami dengar
sebelum ini”
Rasulullah
SAW bersabda, “ Ketika aku menaiki anak tangga yang pertama, Jibril muncul dan
berkata,
“Celakalah
orang yang melalui bulan Ramadhan yang penuh barakah tetapi tidak dapat keampunan”.
Maka aku berkata “Amin”.
Ketika
aku menaiki anak tangga yang kedua, Jibril berkata, “Celakalah orang menyebut
nama mu tetapi tidak berselawat kepada mu”. Maka aku berkata “Amin”.
Ketika
aku menaiki anak tangga yang ketiga, Jibril berkata, “Celakalah orang masih
mempunyai ibu bapa yang telah tua atau salah satu dari keduanya tetapi keduanya
tidak menyebabkan orang itu masuk ke syurga” Maka aku pun berkata “Amin”.
Apa
yang saya nak sampaikan? Apa isinya?
Cuba
baca balik ‘amin’ rasulullah pada doa malaikat Jibril yang pertama. Yup,
malaikat Jibril mendoakan ‘kecelakaan’ bagi sesiapa yang melalui bulan Ramadhan
tetapi tak dapat keampunan Allah.
Bukan
setakat rugi malah malang manusia sebegini kerana melepaskan bulan yang penuh
barakah berlalu macam bulan-bulan yang lain pulak. Sedangkan Ramadhan merupakan
bulan yang Allah sebut dalam Al-Quran! Betapa besarnya nilai kita berada dalam
bulan Ramadhan ini.
Jadi
apa kena mengena dengan tajuk saya ni?
Itulah
yang saya nak katakan,
“Apa
salahnya kita menjadikan Ramadhan kali ni sebagai titik permulaan untuk kita
berubah?”
“Apa
salahnya kita menjadikan Ramadhan kali ni sebagai permulaan untuk kita tinggal
maksiat”
“Apa
salahnya kita menjadikan Ramadhan kali ni sebagai medan kita belajar untuk jadi
lebih baik?”
Apa
salahnya!?
Sedarlah
wahai diri, betapa lamanya Allah tunggu kita untuk berubah, untuk kita ingat
padaNya, untuk buat baik, untuk tinggalkan dosa dan untuk istiqamah bertaubat.
Kalian dan saya sama je malah tak jauh beza. Hidup kita atas muka bumi yang
sama kita pijak dan menghambakan diri hanya yang satu yakni Allah.
Tak
kita sedar selama ni Allah bagi macam-macam nikmat sehinggakan kita masih hidup
dan hidup lagi pada hari seterusnya. Allah takkan menghidupkan kita pada hari
berikutnya dengan saja-saja melainkan ada hikmahnya. Kalau semua ni sia-sia
lebih baik kita tak diciptakan.
Firman
Allah,
“Maka adakah kamu menyangka bahawa Kami hanya
menciptakan kamu untuk bermain-main? Dan kamu menyangka kamu akan dikembalikan
kepada Kami?”
(Surah Al-Mukminun : ayat 115)
Hamba
Ramadhan.
Janganlah
kita jadi hamba kepada Ramadhan. Jadilah kita hamba kepada Allah je. Apa
maknanya?
Mudah
je, kalau time Ramadhan ni kita bersungguh-sungguh buat amal baik, kita
berubah, kita tinggalkan maksiat dan macam-macam lagilah tapi bila masuk Syawal
je kita buat balik macam bulan-bulan sebelum Ramadhan.
Erti
kata lain, Ramadhan je kita buat tapi bulan lain kita tak buat.
Ini
maknanya kita masih lagi tak cukup menghayati Ramadhan ni. Kita tak cukup
memahami apakah tujuan utama yang Allah nak kita capai dalam bulan Ramadhan ni
supaya akan menjadi sesuatu yang besar dalam diri kita semua.
Hah,
kan dah tertanya kat diri tu, “Apa yang Allah nak kita capai ni?”
Meh,
baca surat cintaNya, Firman Allah SWT,
“Wahai
orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana
yang telah diwajibkan ke atas umat-umat terdahulu berpuasa supaya kamu
bertaqwa”
(Surah Al-Baqarah : ayat 185)
Cuba
perhatikan pesanan Allah pada akhir ayat di atas. Yup, itulah tujuan utama kita
perlu capai pada bulan Ramadhan ni iaitu taqwa.
Taqwa
ni merupakan martabat paling tinggi dan susah untuk kita capai. Hanya orang
yang betul-betul yakin dan faham akan dapai capai nilai ketaqwaan ni.
“Emm,
habis tu kenapa perlu kita capai kalau rasa memang kita tak boleh capai?”
Fuh,
rileks dulu. Meh, dengar penjelasan pasal taqwa.
Taqwa
ni seperti yang kita faham ialah takut kepada Allah. Itu kefahaman secara mudah
bagi kebanyakkan orang awam faham. Sebenarnya taqwa membawa stau makna yang
sangat besar daripada apa yang kita sendiri faham sebenarnya.
Menurut
Imam Al-Ghazali, kalimah taqwa dalam Al-Quran membawa 3 makna iaitu
-
Takut
dan gerun
-
Taat
-
Menyucikan
hati daripada dosa
Imam
Al-Ghazali membuat kesimpulan bahawa taqwa itu ialah menjauhkan setiap apa yang
ditakuti akan membawa mudarat kepada agama.
Mesti
peningkan. Secara ringkasnya, kita dapat menjaga diri kita daripada melakukan
perkara yang Allah tak suka, perkara yang Allah larang dan perkara bidaah.
Sebab itulah susah bagi kita orang awam untuk mencapai nilai ketaqwaan ni.
Paling
tidak pun sekurang-kurangnya pada bulan Ramadhan kita belajar untuk mencapai
ketaqwaan dan sekurangnya dapat menghayati ke’ehsan’an.
“Apa
pulak ehsan ni?”
Jangan
pening-pening. Mudah je.
Dalam
hadith nabi, nabi beritahu kepada kita ehsan itu ialah kita buat sesuatu seolah
kita melihat Allah dan sekiranya tak mampu buatlah seolah Allah melihat kita.
Maknanya
kita rasa nak buat maksiat tu, ingatkan diri tu yang Allah tengok ni. Bila nak
buat jahat tu, ingatkan diri tu Allah lihat apa kita buat. Moga-moga kita rasa
gerund an takut bila teringat padaNya.
“Eh
jap-jap. Macam mana kalau kita dah teringat yang Allah akan tengok kita time
nak buat maksiat tu tapi kita tak endah dan terus je buat dosa? Macam mana tu?”
Ehem,
tu tandanya kita masih lagi tak kenal Allah.
WaAllahu’alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan