Rabu, 21 September 2016

Kitalah Hamba Allah




Kadang pergi kerja, tayar pancit. Pergi cari kedai motor, berpeluh. Kadang balik kerja pun tayar pancit, memikirkan balik macam mana sebab kedai motor tutup dah. Kadang pergi kerja hujan diperjalanan, datang basah kuyup, datang pun lambat.

Penat? Penat memang penat. Kesungguhan kita dalam susah payah tu telah menyebabkan saya tekad untuk teruskan apa yang saya nak buat.

Saya fikir, apa hikmahnya?

Hikmahnya, dengan susah payah kita ni, dengan kepayahan kita ni sebenarnya mengajar kita erti 'hamba' yang sebenar. Ajar diri kita rendah diri.

Sebab tulah tak hairan kalau setiap malam Sheikh Maulana Zakaria Al-Kandahlawi cuci tandas.

Orang yang jenis baran, cepat marah, akan belajar untuk kawal marah.
Orang yang penakut, akan belajar untuk kuat dan berani.
Orang yang bongkak, riak, selalu bangga diri, akan belajar rendah diri.

Dalam kepayahan, baru kita belajar macam mana nak rendah diri.

Saya rasa kalian semua pernah laluinya kan? Sabarlah dan tabah lalui dugaan.

Siapa Hamba?

Siapa kita?

Manusia. Yup, kita manusia tetapi di sisi Allah?

Baiklah, kitalah hamba.

Hamba? Hamba siapa??

Hamba kepada pencipta kita. ALLAH.

Pernah tak kita sedar yang sebenarnya kita ini adalah hamba? Haha jujur saya jawab,
saya sendiri pun lupa bila leka dengan dunia. Apatah lagi kamu, yee kamulah yang
membaca ni. Saya dan kamu semua adalah HAKIKAT hamba.

Apa itu hakikat hamba Allah?Saya terangkan dengan lebih mendalam sehingga ke kerak bumi, eh? Ok, makna hakikat ialah sememangnya ada atau memang betul (20 kali baca perkataan betul) ada. Ada pada siapa?? Diri kita semua, saya dan kamu semua.

Makna hakikat hamba Allah ialah sememangnya secara fitrahnya sebetulnya saya dan kamu semua adalah hamba kepada pencipta alam ini iaitu Allah.

Panjangkan? Itulah kita. Allah bagi pelbagai nikmat kepada kita walaupun kita hamba jee (dengan nada poyo). Tak fikir kee?

Dalam surah Al-Kahfi, Allah dah bagitahu banyak sangat kebesaran Allah bagi pada kita dan kita sendiri pun tak dapat kira.

“Katakanlah (wahai Muhammad), kalaulah semua jenis lautan dakwat menulis nkalimah-kalimah (nikmat-nikmat) tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah (nikmat-nikmat) tuhanku, walaupun Kami tambahkan lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan”
(Surah Al-Kahfi : ayat 109)

 Nikmat Allah juga salah satu kebesaran Allah. Allah bagi perumpamaan walaupun seluas lautan jadi dakwat untuk tulis SEMUA nikmat Allah takkan dapat tulis walaupun Allah TAMBAHKAN LAGI lautan yang sama sebagai bantuan!!

Pergh! Banyak sangat Allah bagi kepada kita semua.

 Baca tak terjemahan surah Al-Kahfi setiap jumaat? Tak, ok lepas ni baca yee.

Allah bagi MATA pada kita, itulah nikmat dan kebesaran Allah. Hebat sungguh, kita sendiri tak mampu cipta. Betul kan?

Allah bagi
 MULUT pada kita, itulah nikmat dan kebesaran Allah. Hebat sungguh, kita sendiri tak mampu cipta. Betul kan?

Allah bagi
 TELINGA pada kita, itulah nikmat dan kebesaran Allah. Hebat sungguh, kita sendiri tak mampu cipta. Betul kan?

Allah bagi
 TANGAN pada kita, itulah nikmat dan kebesaran Allah. Hebat sungguh, kita sendiri tak mampu cipta. Betul kan?

Allah bagi
 KAKI pada kita, itulah nikmat dan kebesaran Allah. Hebat sungguh, kita sendiri tak mampu cipta. Betul kan?

Allah bagi terlampau banyakkan? Banyak Allah bagi.

Sebagai hamba Allah, persoalan pertama yang perlu kita lakukan ialah apakah tanda kita cintakan Allah?

Andai ada kata yang lebih baik dari ucapan terima kasih, kita patut lakukan sebagai cinta kita kepada Allah.

Contoh, kita ada kawan yang baik. Sebagai tanda terima kasih kepada kawan kita sebab selama ni dia yang selalu teman kita ke sana ke mari, kita bagi hadiah. Kita rasa tak cukup dengan terima kasih je.
Faham kan?

Ok, maknanya tak ada yang lebih baik melainkan syukur dengan segala ujian, nikmat, kebaikan,kesusahan dan apa apa je yang mana datang nya semua itu dari Allah dengan mengucapkan ALHAMDULILLAH.

Allah tak kan sesekali bagi ujian yang mana kita ini sendiri tak mampu untuk lalui ujian itu. Maksudnya, kita semua MAMPU lalui ujian itu.

Kesenangan itu ujian.
Kesusahan itu ujian.
Kepandaian itu ujian.
Kekurangan kepandaian itu ujian.

Adakah kita syukur segala kebaikan itu dan adakah kita bersyukur dengan segala kesusahan juga?

Syukur itulah tanda cinta kita kepada Allah.

Macam mana nak syukur? Ajar diri kita untuk bersangka baik dengan Allah. Automatik kita akan redha dan syukur.

Ingat, Allah mengingatkan kita dalam quran,

Sungguh sedikit hamba-Ku yang bersyukur “ (surah AL-'Araf : ayat 10)

Jadilah golongan yang sedikit kerana inilah bukti kita cinta pada Allah.

Akhlak Seorang Hamba.

Gambaran seorang hamba ada pada diri setiap orang yang terletak pada akhlaknya. Akhlak melambangkan kerendahan hati, sifat sabar, seorang yang pemurah dan sangat disenangi ramai orang.

Contoh ikutan seorang hamba yang patut kita contohi ialah rasulullah SAW.

Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak”
(H R Malik, Ahmad dan Baihaqi)

Akhlak nabi kita cukup cantik dan patut sangat untuk kita ikut. Berapa ramai pada hari ni yang tak ada langsung akhlak baik dan sahsiah unggul seperti yang telah diajarkan oleh nabi?

Macam mana nak sempurnakan akhlak kita, sedangkan nabi ajar apa kalau nabi diutuskan untuk menyempurnakan akhlak?

Bukan ke nabi ajar kita solat, puasa, tunaikan zakat, buat baik, sedekah dan sebagainya? Semua inilah mengajar diri kita hamba untuk memperbaiki akhlak kita. Saya dah ulas dah dalam bab Hakikat Sabar Itu Indah.

Dalam kita kita bersabar taat perintah Allah, sabar meninggalkan maksiat dan sabar dalam ujian yang diberikanNya membuatkan kita dalam kepayahan yang mengajar kita erti hamba. Inilah yang dikatakan memperbaiki akhlak.

Ulamak membahagikan akhlak diperolehi daripada 2 cara.

1.      Anugerah daripada Allah.

Ulamak bahaskan sekiranya seseorang tu mempunyai akhlak yang di anugerahkan oleh Allah pasti mempunyai akhlak yang sangat baik. Budi pekertinya sangat menawan sesiapa sahaja.

Merasakan seolah-olah dia sangat baik.

2.      Usaha memperbaiki akhlak.

Sememangnya untuk berusaha ke arah akhlak yang terbaik memang sangat payah dan susah. Bahkan pelbagai ujian yang kita akan tempuh. Ulamak bahaskan bahawa seseorang yang berusaha ni tidaklah sesempurna seperti akhlak anugerah Allah tetapi perbuatan berusaha itu adalah sangat baik.

Sememangnya tak dinafikan untuk mencari seseorang akhlak seperti yang telah di anugerahkan oleh Allah sangat susah kalau nak cari pada zaman sekarang ni. Apa yang kita perlu kita yang perlu mula dulu untuk berusaha ke arah memperbaiki akhlak.

Teringat satu kisah di mana ada sahabat mencari rasulullah di rumah baginda tetapi baginda tak ada. Hanya ada Aisyah Rha sahaja.

Sahabat ni bertanya kepada Aisyah, “Bagaimanakah akhlak rasulullah?”

“Akhlak rasulullah adalah Al-Quran” jawab Aisyah.

Apa maknanya? Akhlak rasulullah sempurna seperti Al-Quran. Sehinggakan Allah sendiri memuji akhlak rasulullah dalam quran.

“Sesungguhnya engkau (rasulullah) mempunyai akhlak yang terpuji”
(Surah Al-Qalam : ayat 4)

Kenapa tak kita sendiri mulakan dengan tidak mencarut, buat baik sesame insane, tolong menolong antara satu sama lain dan sebagainya?

Rasulullah telah membuktikan akhlak terbaik dengan mendidik para sahabat seramai 124 ribu para sahabat yang mempunyai akhlak terpuji bahkan jumlah ni sama seperti para anbiyak iaitu 124 ribu juga.

Hebat nabi kita dan kita dapat lihat sendiri macam mana seseorang yang hebat ilmunya dan akhlaknya telah berjaya mengubah akhlak seseorang kepada yang lebih baik. Contohnya terdekat seperti yang ada di kalangan kita ialah para ulamak.

Moga kita semua tergolong dalam kalangan orang yang berakhlak seperti seorang hambaNya.


“Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walaupun sebesar biji sawi”

(H R Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...