Ada suatu hari saya pergi singgah
masjid di Petaling Jaya untuk tunaikan solat Asar. Kebetulan lalu dan kebetulan
hamper masuk waktu Asar. Tengah duduk-duduk sebelum iqamat dilaungkan, datang
seseorang bagi salam pada saya. Saya tengok wajah dia dapat agak dia orang
Pakistan.
Saya jawab salam dia sambil memandang
muka dia, “Waalaikumussalam”
Saya ingatkan dia Cuma nak duduk
sebelah saya, rupanya ada udang di sebalik mee. Ok ni gurau je.
Dia cakap, “Boleh tak luangkan masa?
Sekejap je?”
Saya pon off phone, saya angguk tanda
setuju. Dia pun memulakan bicaranya yang dari tadi dipendamkan.
“Awak Islam dan saya pun Islam tapi
apa beza antara kita hanyalah ketaqwaan berdasarkan amalan kita. Allah sangat
mengasihi kepada para hambaNya yang bersedekah dan berwakaf. Rasulullah amat
menggalakkan wakaf kepada umatnya”
Lepas itu, banyak dia bacakan ayat
A-Quran dan hadith nabi pasal sedekah dan wakaf. Ada jga dia selitkan pasal
anak yatim.
Kemudian, dia keluarkan phone dan tunjukkan
beberapa gambar.
“Ini madrasah saya yang telag hancu
kerana Pakistan ada krisis. Alhamdulillah berkat bantuan di sana dan di sini
madrasah baru dalam proses pembaikan dan ada dalam pembinaan”
Saya dengar angguk faham. Muka saya
agak serius sebab ini berkaitan dengan isu Islam juga.
Peristiwa ni pernah berlaku di
Thailand di satu tempat yng mana kawasan madrasah di bom sesuka hati oleh polis
dn tentera. Polis dan tentera di sana membunuh kiai-kiai dan para ustaz tanpa
rasa bersalah dan kerajaan buat tak tahu tentang isu ini.
Allah. Apa reaksi kita bila dengar
isuIslam ditindas, dibunuh, dipulau, dikatakan pengganas dan dipersendakan?
Apakah kita semua tak ada perasaan?
Kemudian dia sambung lagi, “Saya harap
awak boleh membantu dengan wakaf untu keperluan madrasah di sana kerana
lagi-lagi banyak A-Quran dah tiada. Hancur semuanya”
Saya memandang dia dengan perasaan
hampa. ‘Apa aku boleh tolong’ bermonolog sendirian sekejap.
“Macam mana saya boleh wakaf?” saya
tanya.
“Awak boleh wakaf atas nama awak atau
ibu bapa awak atau adik beradik awak, satu Al-Quran wakaf sebanyak RM 100” dia
balas soalan dengan harapan saya dapat membantu dia.
WaAllahi nilai tu sangat besar. Saya
buka beg dompet saya dan hanyak ada RM7 sahaja.
“Maaf sesangat saya memang tak ada
duit sebanyak tu” saya harao dia faham. Saya nak bantu tapi apakan daya.
“Awak boleh pergi ke mesin ATM atau
balik rumah sekejap untuk ambil duit dan lepas solat Asar saya tunggu awak” dia
mencadangkan dan kelihatan macam terdesak.
“Maaf dalam akaun saya kosong. Maaf
saya nak bantu tapi ni je saya ada” saya keluarkan duti RM7 dan bagi pada dia.
“Ni semua yang saya ada. Buatlah apa
pun dengan duit ni untuk membaikpulih madrasah tu. Saya sedekah”
Dia lihat duit yang saya pegang.
Perlahan-lahan dia ambil duit tu.
“Awak baik orangnya. Inn shaa Allah
saya akan selalu doakan supaya dimurahkan rezeki” dia tidak hampa bahkan lagi
semangat.
“Inn shaa Allah saya akan doakan awak
juga” saya membalas dengan senyuman. Selepas kami bersalam, iqamat berkumandang.
Sepanjang cerita yang saya sampaikan
tadi agaknya berkenaan tentang apa? Apa matlamat utama cerita saya tadi?
Isu Islam? Sedekah? Solat? Atau yang
lain-lain. Saya nak sampaikan kunci utama yang menjadi asbab amal diterina oleh
Allah iaitu ikhlas.
Ikhlas merupakan satu amal yang sangat
susah nak buat. Betapa susah tu nak gambarkan sangat payah. Sehinggakan kalau
kita lihat sendiri dala mana kitab-kitab hadith yang ulamak dulu karangkan
semuanya bermula dengan bab ikhlas. Betapa pentingnya untuk bicarakan tentang
ikhlas.
Tak kira dalam apa jua amal yang kita
lakukan sama ada sedekah, solat, tolong orang, baca Al-Quran dan sebagainya
semua memerlukan ikhlas.
Persoalannya, perlu ke ikhlas ni?
Ikhlas ni macam mana?
Ikhlas Kunci Amal Diterima
Ikhlas secara yang mudah kita faham
ialah melakukan amalan semata-mata kerana Allah. Tak kira dalam apa jua keadaan
jangan sesekali kita menyimpang niat kita kerana yang lain melainkan kerana
Allah. Kerana itu yang utama.
Mungkin kita rasa, kenapa perlu
ikhlas? Susah nak ikhlas ni. Ingatlah kawan, sesungguhnya Allah yang
menciptakan kita semua. Allah yang memberikan rezeki. Allah yang mencipta
syurga untuk kita semua. Apakah kita sangat sombong dengan Allah sehinggakan
kita tak nak buat amal semata-mata kerana Allah?
Allah berfirman dalam Al-Qurann,
“Allah menciptakan langit dan bumi
seta yang ada di antara keduanya dalam enam masa…”
(Surah As-Sajadah : ayat 4)
Saya ada ceritakan dalam bab yang
lepas, kalau nak hitung segala nikmat Allah nescaya kita takkan mampu untuk
hitung semuanya! Betapa sangat besar sungguh nikmat Allah dan kebesaran Allah
untuk kita hitung.
Ulamak telah membahaskan dalam bab
ikhlas ni dengan membahagikan ikhlas kepada 3 bahagian.
1.
Ikhlas
kerana Allah
2.
Ikhlas
kerana syurga
3.
Ikhlas
kerana ganjaran atau fadhilat yang dinyatakan dalam Al-Qurab dan hadith serta
pahala
Ikhlas kerana Allah adalah yang utama
dan inilah sebik-baik keikhlasan. Tak menjadi masalah untuk ikhlas kerana
syurga dan pahala. Allah menciptakan syurga dan pahala adalah untuk memberi
motivasi dan dorongan supaya kita semua bersungguh untuk kejar impian kita
semua iaitu untuk masuk ke dalam syurga.
Saya nak tanya, siapa yang nak masuk
syurga?
Saya pasti semua berbisik dalam hati
masing-masing, pasti nak ke syurga Allah. Tapi nak masuk syurga ada syaratnya.
Allah berfirman,
“(Iaitu) syurga-syurga yang kekal
mengalir padanya bebrapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan demikian itu
balasan orang-orang yang membersihkan dirinya dari perbuatan kufur dan maksiat”
(Surah Taha : ayat 76)
Kita nak masuk syurga yang mana Allah
cipta syurga ni, kena ikut apa yang Allah suruh iaitu jauhkan diri dari
perbuatan kufur dan dosa-dosa atau maksiat.
Semuanya kena buat dengan ikhlas.
Sedangkan Allah hanya menyuruh kita dengan perbuatan hanyalah dengan melakukan
yang baik, Allah tak menyuruh melakukan perkara yang buruk.
Firman Allah,
“Padahal mereka tidak disuruh kecuali
untuk meyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepadaNya secara lurus”
(Surah AL-Baiyinah : ayat 4)
Jelas Allah menyuruh kita semua hanya
melakukan ibadah yang mana semua tu pastikan berdasarkan dalil yang sahih serta
dengan keikhlasan.
Ikhlas ni kalau mengikut analogi mudah
ialah kita sudah bersiap untuk berpindah ke rumah baru dan kita mempunyai kunci
rumah baru tu. Setelah kita bersiap-siap mengemas barang dan sesampainya di
rumah baru, kita terlupa bawa kunci tersebut.
Apa kita dapat? Kita dapat hanyalah
kepenatan sahaja. Sedangkan kita dah buat segala persiapan. Begitulah dengan
segala amal kita. Setelah berpenat lelah kita beribadah kepada Allah di dunia
tapi bila di akhirat semua amal tak diterima kerana kita tak ikhlas dalam amal
kita.
Allah. Moga Allah permudahkan kita
untuk mengikhlaskan diri dalam setiap amal kita.
Macam Mana Nak Jaga keikhlasan?
Kekhlasan ni merupakan rahsia hati
antara seorang hamba dengan tuhanNya. Keikhlasan juga menggambarkan diri kita
yang sebenar melalui percakapan dan perbuatan. Keikhlasan mencerminkan akhlak
seseorang sebagai seorang hamba.
Untuk menjaga keikhlas ni sangat
susah. Terdapat beberapa cara untuk menjaga keikhlasan.
Pertama : Membiasakan diri kita dengan
majlis zikir atau majlis ilmu yang membesarkan Allah. Sentiasa mendekatkan diri
kita dengan majlis yang membesarkan Allah.
Firman Allah,
“…Dan janganlah kamu mengikuti orang
yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami serta menuruti hawa
nafsunya dan adalah kedaannya itu melampaui batas”
(Surah Al-Kahfi : ayat 28)
Ibnu Kathir mentafsirkan ayat ni
dengan menyatakan, duduklah bersama dengan orang yang mengingati Allah,
bertahlil, bertamid, bertasbih dan bertakbir setiap pagi dan petang, sama ada
mereka itu miskin atau kaya, kuat ataupun lemah.
Jelaslah Menunjukkan keikhlasan ni
terbentuk dan dapat dikekalkan apabila kita bersama dengan orang yang tawadhuk
dan sederhana. Lagi-lagi apabila orang selalu berkumpul dalam suasana majlis
zikir dan mengingati Allah.
Oleh sebab itu, kita perlu mempunyai
rakan, kawan, teman dan sahabat yang selalu mengingatkan kita kepada Allah,
yang selalu mengajak ke majlis ilmu, mengajak untuk buat amal dan mendorong
untuk terus istiqamah serta tak berputus asa dengan rahmat Allah.
Kedua : Sentiasa membiasakan diri kita
untuk memperbaiki niat dalam apa jua keadaan. Allah memerintahkan untuk kita
membersihkan hati kita tetapi Allah melarang kita untuk merasa dan menganggap
diri kita sudah bersih dari dosa atau bahasa mudah, syok sendiri.
Firman Allah,
“Maka janganlah kamu mengatakan diri
mu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang oran yang bertaqwa”
(Surah An-Najm : ayat 32)
Salah satu sifat orang mukmin ialah berasa sangat takut sekiranya ada penyakit nifaq dalam diri mereka tanpa sedar. Ibnu Abi Mulaikah berkata,
“Saya bergaul dengan lebih dari tiga
puluh sahabat rasulullah. Tak ada seorang pun yang dari mereka mengatakan
bahawa mereka mempunyai iman seperti malaikat Jibril dan Mikail”
Hassan Al-Basri juga berkata, “
Tidaklah seseorang itu takut dari penyakit nifaq kecuali orang yang mukmin,
tidaklah seseorang itu merasa bersih dari nifaq kecuali orang yang pasti orang
munafik”
Maksud kedua tokoh ini ialah, kalau
seseorang itu berasa takut sekiranya terdapat dalam diri mereka penyakit nifaq
maka mereka ni adalah orang mukmin. Manakala orang yang merasa dirinya bagus
bahkan merasa diri sudah bersih dari penyakit nifaq maka orang ni adalah orang
munafik.
Apa itu nifaq? Nifaq ialah menampakkan
keislaman dan kebaikan dan menyembunyikan kekufuran dan kejahatan. Ini
merupakan salah cirri-ciri orang munafik.
Keikhlasan adalah sebuah perjuangan
hati melawan hawa nafsu dalam membetulkan niat untuk setiap ibadah. Ikhlas
sangatlah susah untuk kita didik sehinggakan seorang ulamak besar iaitu Sufian
At-Taurus berkata, “Saya tidaj menemukan amal yang lebih sulit daripada
mengikhlaskan niat”
Kalau seseorang itu sentiasa menjaga
niatnya maka dia akan mendapat dua kelebihan, pertama dia dapat memelihara
kebersihan hati dan kedua dia mengetahui bagaimana syaitan dan hawa nafsu
melencongkan niat selain Allah.
Ketiga : Sentiasa memberi motivasi
untuk terus ikhlas melakukan amal. Ikhlas bukan sahaja sangat penting dalam
untuk setiapa amal kita lakukan bahkan merupakan keperluan hati terhadap
peringatan dan nasihat.
Sebagai contoh, badan memerlukan
makanan dan hati memerlukan keikhlasan.
Firman Allah,
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu
dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka
pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”
(Surah Al-Asr : ayat 3)
Surah ni taka sing bagi kita semua
sebab hamper setiap hari pasti kita akan selalu membacanya. Kita ni manusia
sentiasa rugi apabila masa berlalu tanpa sedar kita tak ada motivasi untuk
membuat amal.
Antara menjadi rutin pada zaman
sahabat ialah dengan mengingatkan antara satu sama lain dan inilah yang
dituntut oleh Islam. Dr Yusuf Al-Kharadawi berkata tentang ayat yang ketiga,
semua manusia wajib menerima dan memberi nasihat. Tidak ada orang yang terlalu
lemah untuk memberi nasihat atau tidak ada orang yang terlalu tinggi untuk
menerima nasihat.
Firman Allah
dalam Al-Quran,
“Dan tetaplah memberi peringatan,
kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang yang beriman”
(Surah Az-Zariyat : ayat 55)
Semoga Allah permudahlkan segala
urusan kita semua dalam mengikhlaskan diri kerana Allah.
“Dan berserahlah engkau kepada Allah tuhan yang maha hidup, yang tidak
mati serta bertasbih dan memujiNya dan cukuplah Dia mengetahui secara dalam
akan dosa-dosa hambaNya”
(Surah Al-Furqan : ayat 58)
UMM ... ceramah dan tazkirah yg baik pasal IKHLAS ... bnyk bukak minda saya utk melakukn amalan dgn sempurna iaitu dgn melaksankn IKLAS YG pertama yakni ihklas kerana Allah... thanks
BalasPadam