Kadang pergi kerja, tayar pancit. Pergi cari kedai motor,
berpeluh. Kadang balik kerja pun tayar pancit, memikirkan balik macam mana
sebab kedai motor tutup dah. Kadang pergi kerja hujan diperjalanan, datang
basah kuyup, datang pun lambat.
Penat? Penat memang penat. Kesungguhan kita dalam susah
payah tu telah menyebabkan saya tekad untuk teruskan apa yang saya nak buat.
Saya fikir, apa hikmahnya?
Hikmahnya, dengan susah payah kita ni, dengan kepayahan
kita ni sebenarnya mengajar kita erti 'hamba' yang sebenar. Ajar diri kita
rendah diri.
Sebab tulah tak hairan kalau setiap malam Sheikh Maulana
Zakaria Al-Kandahlawi cuci tandas.
Orang yang jenis baran, cepat marah, akan belajar untuk
kawal marah.
Orang yang penakut, akan belajar untuk kuat dan berani.
Orang yang bongkak, riak, selalu bangga diri, akan
belajar rendah diri.
Dalam kepayahan, baru kita belajar macam mana nak rendah
diri.
Saya rasa kalian semua pernah laluinya kan? Sabarlah dan tabah lalui dugaan.
Siapa Hamba?
Siapa kita?
Manusia. Yup, kita manusia tetapi di sisi Allah?
Baiklah, kitalah hamba.
Hamba? Hamba siapa??
Hamba kepada pencipta kita. ALLAH.
Pernah tak kita sedar yang sebenarnya kita ini adalah hamba? Haha
jujur saya jawab,
saya sendiri pun lupa bila leka dengan dunia. Apatah lagi kamu,
yee kamulah yang
membaca ni. Saya dan kamu semua adalah HAKIKAT hamba.
Apa itu hakikat hamba Allah?Saya terangkan dengan lebih
mendalam sehingga ke kerak bumi, eh? Ok, makna hakikat ialah sememangnya ada atau memang betul (20 kali baca perkataan betul) ada. Ada pada siapa?? Diri kita
semua, saya dan kamu semua.
Makna hakikat hamba Allah ialah sememangnya secara fitrahnya sebetulnya saya
dan kamu semua adalah hamba kepada pencipta alam ini iaitu Allah.
Panjangkan? Itulah kita. Allah bagi pelbagai nikmat kepada kita
walaupun kita hamba jee (dengan nada poyo). Tak fikir kee?
Dalam surah Al-Kahfi, Allah dah bagitahu banyak sangat kebesaran
Allah bagi pada kita dan kita sendiri pun tak dapat kira.
“Katakanlah (wahai Muhammad), kalaulah semua
jenis lautan dakwat menulis nkalimah-kalimah (nikmat-nikmat) tuhanku, sudah
tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah
(nikmat-nikmat) tuhanku, walaupun Kami tambahkan lagi dengan lautan yang
sebanding dengannya sebagai bantuan”
(Surah Al-Kahfi : ayat 109)
Nikmat Allah juga salah
satu kebesaran Allah. Allah bagi perumpamaan walaupun seluas lautan jadi dakwat untuk tulis SEMUA nikmat Allah takkan dapat
tulis walaupun Allah TAMBAHKAN LAGI lautan yang sama sebagai bantuan!!
Pergh! Banyak sangat Allah bagi kepada kita semua.
Baca tak terjemahan surah Al-Kahfi setiap jumaat? Tak, ok lepas ni baca yee.
Allah bagi MATA pada
kita, itulah nikmat dan kebesaran Allah. Hebat sungguh, kita sendiri tak mampu
cipta. Betul kan?
Allah bagi MULUT pada kita, itulah nikmat dan kebesaran Allah. Hebat sungguh, kita sendiri tak mampu cipta. Betul kan?
Allah bagi TELINGA pada kita, itulah nikmat dan kebesaran Allah. Hebat sungguh, kita sendiri tak mampu cipta. Betul kan?
Allah bagi TANGAN pada kita, itulah nikmat dan kebesaran Allah. Hebat sungguh, kita sendiri tak mampu cipta. Betul kan?
Allah bagi KAKI pada kita, itulah nikmat dan kebesaran Allah. Hebat sungguh, kita sendiri tak mampu cipta. Betul kan?
Allah bagi terlampau banyakkan? Banyak Allah bagi.
Sebagai hamba Allah, persoalan pertama yang perlu kita lakukan
ialah apakah tanda kita cintakan Allah?
Andai ada kata yang lebih baik dari ucapan terima kasih, kita
patut lakukan sebagai cinta kita kepada Allah.
Contoh, kita ada kawan yang baik.
Sebagai tanda terima kasih kepada kawan kita sebab selama ni dia yang selalu
teman kita ke sana ke mari, kita bagi hadiah. Kita rasa tak cukup dengan terima
kasih je.
Faham kan?
Ok, maknanya tak ada yang lebih baik melainkan syukur dengan
segala ujian, nikmat, kebaikan,kesusahan dan apa apa je yang mana datang nya semua itu dari Allah dengan mengucapkan ALHAMDULILLAH.
Allah tak kan sesekali bagi ujian yang mana kita ini sendiri tak
mampu untuk lalui ujian itu. Maksudnya, kita semua MAMPU lalui ujian itu.
Kesenangan itu ujian.
Kesusahan itu ujian.
Kepandaian itu ujian.
Kekurangan kepandaian itu ujian.
Kesusahan itu ujian.
Kepandaian itu ujian.
Kekurangan kepandaian itu ujian.
Adakah kita syukur segala kebaikan itu dan adakah kita bersyukur dengan
segala kesusahan juga?
Syukur itulah tanda cinta kita kepada Allah.
Macam mana nak syukur? Ajar diri kita untuk bersangka baik dengan
Allah. Automatik kita akan redha dan syukur.
Ingat, Allah mengingatkan kita dalam quran,
“Sungguh sedikit hamba-Ku yang bersyukur “ (surah
AL-'Araf : ayat 10)
Jadilah golongan yang sedikit kerana inilah bukti kita cinta pada
Allah.
Akhlak Seorang Hamba.
Gambaran seorang hamba ada pada diri setiap orang yang terletak pada
akhlaknya. Akhlak melambangkan kerendahan hati, sifat sabar, seorang yang
pemurah dan sangat disenangi ramai orang.
Contoh ikutan seorang hamba yang patut kita contohi ialah rasulullah SAW.
Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan
akhlak”
(H R Malik, Ahmad dan Baihaqi)
Akhlak nabi kita cukup cantik dan patut sangat untuk kita ikut. Berapa
ramai pada hari ni yang tak ada langsung akhlak baik dan sahsiah unggul seperti
yang telah diajarkan oleh nabi?
Macam mana nak sempurnakan akhlak kita, sedangkan nabi ajar apa kalau
nabi diutuskan untuk menyempurnakan akhlak?
Bukan ke nabi ajar kita solat, puasa, tunaikan zakat, buat baik, sedekah
dan sebagainya? Semua inilah mengajar diri kita hamba untuk memperbaiki akhlak
kita. Saya dah ulas dah dalam bab Hakikat Sabar Itu Indah.
Dalam kita kita bersabar taat perintah Allah, sabar meninggalkan maksiat
dan sabar dalam ujian yang diberikanNya membuatkan kita dalam kepayahan yang
mengajar kita erti hamba. Inilah yang dikatakan memperbaiki akhlak.
Ulamak membahagikan akhlak diperolehi daripada 2 cara.
1. Anugerah
daripada Allah.
Ulamak bahaskan sekiranya
seseorang tu mempunyai akhlak yang di anugerahkan oleh Allah pasti mempunyai
akhlak yang sangat baik. Budi pekertinya sangat menawan sesiapa sahaja.
Merasakan seolah-olah dia
sangat baik.
2. Usaha
memperbaiki akhlak.
Sememangnya untuk berusaha
ke arah akhlak yang terbaik memang sangat payah dan susah. Bahkan pelbagai ujian
yang kita akan tempuh. Ulamak bahaskan bahawa seseorang yang berusaha ni
tidaklah sesempurna seperti akhlak anugerah Allah tetapi perbuatan berusaha itu
adalah sangat baik.
Sememangnya tak dinafikan untuk mencari seseorang akhlak seperti yang
telah di anugerahkan oleh Allah sangat susah kalau nak cari pada zaman sekarang
ni. Apa yang kita perlu kita yang perlu mula dulu untuk berusaha ke arah
memperbaiki akhlak.
Teringat satu kisah di mana ada sahabat mencari rasulullah di rumah
baginda tetapi baginda tak ada. Hanya ada Aisyah Rha sahaja.
Sahabat ni bertanya kepada Aisyah, “Bagaimanakah akhlak rasulullah?”
“Akhlak rasulullah adalah Al-Quran” jawab Aisyah.
Apa maknanya? Akhlak rasulullah sempurna seperti Al-Quran. Sehinggakan
Allah sendiri memuji akhlak rasulullah dalam quran.
“Sesungguhnya engkau (rasulullah) mempunyai akhlak yang terpuji”
(Surah Al-Qalam : ayat 4)
Kenapa tak kita sendiri mulakan dengan tidak mencarut, buat baik sesame
insane, tolong menolong antara satu sama lain dan sebagainya?
Rasulullah telah membuktikan akhlak terbaik dengan mendidik para sahabat
seramai 124 ribu para sahabat yang mempunyai akhlak terpuji bahkan jumlah ni
sama seperti para anbiyak iaitu 124 ribu juga.
Hebat nabi kita dan kita dapat lihat sendiri macam mana seseorang yang
hebat ilmunya dan akhlaknya telah berjaya mengubah akhlak seseorang kepada yang
lebih baik. Contohnya terdekat seperti yang ada di kalangan kita ialah para
ulamak.
Moga kita semua tergolong dalam kalangan orang yang berakhlak seperti
seorang hambaNya.
“Tidak akan masuk syurga seseorang
yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walaupun sebesar biji sawi”
(H R Muslim)