Ahad, 14 Ogos 2016

Hakikat Sabar Itu Indah



Pernah bila saya nak pergi ke bank, tiba-tiba jalan macam jem sikit. Sikit la tak banyak. 

Pelik. Sebab jalan kampung jem tu yang membuatkan saya kehairanan tambah pelik. Bila dah beransur nampak la ada satu kereta exora putih lawa tapi belakangnya agak kemik dann pemilik kereta putih tu sedang marah pemilik kereta yang langgar kereta dia.

Pemilik kereta tu ada dalam kereta dia sambil buka tingkap dan cuba menenang pemilik kereta yang sudah dilanggar tu.

"Woi!! aku cakap ni kau faham tak!!??" kata pemilik kereta putih tu.

"Ye yeee. Saya dengar" kata orang yang kena marah tu dengan nada lembut sambil memujuk. Mungkin untuk cuba meredakan ketegangan agaknya.

Orang tadi tu lagi marah.

"Kau melayukan!!?" dia tengking sambil menunding jarinya ke muka orang yang dimarahi tu.

Persoalannya, macam mana saya boleh dengar? Sebab saya naik motor haha. 

Ok ni tak lawak. Maaf. 

Apa maknanya?

Tak ingat ke nabi kita pernah bersabda,

"Orang yang kuat bukanlah yang hebat bergusti atau kuat tetapi yang dapat menahan dirinya daripada marah"

(H R Bukhari dan Muslim)

Ingatkan?

Marah ni bahaya. Serius saya tak tipu. Sangat bahaya.

Bila marah syaitan menguasai setiap urat dalam diri kita. Syaitan akan lagi menghasut
supaya buat apa Yang kita sendiri TAK TERJANGKA.

Serius. Emosi kita tak terkawal. Pemikiran agak kurang waras sebab MARAH sahaja.

Sebab tu ada kes bunuh banyak sebab marah juga.

Memang salah satu sebab yang lain tetapi puncanya satu tak ada iman.
Kalau kita ada iman kita akan cuba sabar. Tahan marah. Istighfar bebanyak. Ingat Allah selalu.

Kalau dah tahu kita cepat baran. Cepat marah.

Set mind, nak marah istighfar. Nak marah, ingat Allah. Nak marah, sabar.

Sabar merupakan salah satu sifat yang perlu ada dalam sifat seseorang muslim. Sabar yang macam mana? Kenapa perlu sabar?

 Sabar Bukan Sekadar Ujian.

Pada mulanya saya terfikir dan mengagak sabar hanyalah untuk ketika ditimpa ujian sahaja. Ternyata sangkaan saya salah sama sekali. Sedangkan sabar ada terbahagi kepada 3 keadaan.

Seperti yang diterangkan oleh Imam Ghazali, sabar perlu ada dalam 3 keadaan,

1.      Sabar dalam taat perintah Allah.

Kita solat ni perlukan kesabaran. Kita berpuasa ni perlukan kesabaran. Kita sedekah ni perlu kesabaran. Kita buat baik ni perlu kesabaran.

Sebagai contoh yang jelas, apabila azan berkumandang, kita tahu perlunya untuk kita segera untuk solat tapi kita ada kerja yang penting untuk laksanakan. Kita tahan kerja itu dengan sabar untuk solat ke masjid atau solat awal waktu.

Kita sabar dalam buat amal.

Apabila ada orang kutuk kita, mengumpat kita, mengejek kita, menghina kita, merendahkan kita, mensabotajkan kita, memberi gelaran buruk kepada kita dan segala tomahan kepada kita, kita tetap sabar walau apa jua keadaan.

Kita sabar dalam buat amal.

Dalam mengikut syariat untuk menutup aurat bagi perempuan sangatlah rimas, panas dan akan menyebabkan berpeluh yang membuatkan kita para wanita ni lebih rimas tetapi kita tetap bertudung.

Kita sabar dalam buat amal.

Nampak? Melakukan ketaatan pun memerlukan kesabaran.


2.      Sabar dalam meninggalkan maksiat.

Bab maksiat dan dosa ni sangatlah perlu untuk kita bersabar dengan lebih lagi.

Hakikatnya kita tahu melihat yang mendedahkan aurat itu haram tetapi mata kita tetap menatap aurat tanpa raa bersalah.

Hakikatnya kita tahu aurat tu bahagian mana yang perlu ditutup tetapi kita seolah-olah buat tak tahu mana bahagian aurat.

Hakikatnya kita tahu cinta sebelum nikah mendatang kesan negative begitu banyak tetapi kita merasakan perlu mengikut zaman atau trend terkini seperti barat.

Dan banyaklah lagi dalam pelbagai sudut maksiat dan dosa ada menyebabkan kita rasa ‘cinta’ untuk tinggalkan.

Nampak tak? Kesabaran yang lebih perlu kita ada dalam menahan maksiat ni.

3.      Sabar ketika ujian menimpa.

Janganlah ita menyangka ujian itu dari segi kekurangan semata malah kelebihan itu juga satu ujian.

Miskin itu ujian. Kaya itu ujian.
Pandai itu ujian. Kurang pandai itu ujian.
Berjaya itu ujian. Kegagalan itu ujian.
Sihat itu ujian. Sakit itu ujian.

Kesimpulannya, kehidupan kita ni merupakan satu ujian sehinggalah kita bergelar mayat maka ujian itu akan tamat.

Firman Allah dalam quran,

“Allah tidak akan membebani seseorang itu dengan ujian yang mana melainkan dia mampu…”
(Surah Al-Baqarah : ayat 284)

Kita sememangnya manusia tak boleh terima perkataan ‘sabar’ apabila berlaku sesuatu ke atas diri kita yang mana kita ni sendiri seolah-olah tak boleh terima. Inilah hakikat orang beriman yang perlu ada sifat sabar dalam menjalani kehidupan kita.

Sabar Sangat Berharga.

Sekiranya kita perhatikan segala kehidupan di sekeliling kita. Apa kita lihat?

Seolah-olah seperti tak ada apa yang istimewa pun. Hakikatnya di sekeliling kita banyak mengajar erti sabar sebenarnya. Cuba lihat macam mana orang berjaya, adakah kejayaan itu datang sekelip mata tanpa usaha dan kesabaran?
Tentunya tak! Semua memerlukan kesabaran.

Dalam pertukaran siang dan malam mempunyai tempoh yan tersendiri dan ini lah salah satu kesabaran yang dapat kita lihat. Begitu juga dengan penciptaan kita dari pada kecil hingga ke dewasa kini memerlu satu masa tertentu dengan kesabaran.

Mengapa mudah untuk kita tak bersabar? Meh, sama-sama kita belajar.

Rasulullah SAW bersabda, “Sabar itu separuh daripada iman” (R H Al-Baihaqi)

Cuba baca teliti apa yang dikatakan oleh nabi kita?

“Tanpa iman kita takkan dapat sabar”

Itu yang saya dapat simpulkan. Sabar ni sangat penting dalam kehidupan seharian kita supaya terserlah keimanan kita dalam menempuh kehidupan sebagai seorang hambaNya.

Salah satu cabang membuktikan kita beriman bukan boleh sekadar boleh cakap pada orang lain, “bersabarlah” tetapi soal keyakinan di hati dengan luahan melalui perbuatan dengan sabar.

Satu sunnatullah kita dapat lihat kehidupan dijalani dengan sabar melalui tempoh masa tertentu. Sekiranya kesabaran dapat dizahirkan dengan baik serta mengharapkan keredhaan Alah semata-mata.

Firman Allah,
“Dan orang bersabar dalam musibah, penderitaan dan peperangan, mereka itulah orang yang benar imannya dan mereka itulah orang yang bertaqwa”
(Surah Al-Baqarah : ayat 177)

Fikir-fikirkan dan muhasabah diri sama ada kita ada sifat sabar ni atau tak? Adakah kita cukup bertaqwa dengan hanya berkata ‘aku beriman’ sedangkan kita belum cukup sabar dalam menempuh dugaan?


Golongan Sabar Yang Muflis.

Ada satu hadth nabi yang sangat membuatkan saya tegak bulu roma tentang orang sabar.

Pasal apa? Pasal golongan yang bersabar muflis di akhirat.

Allahu. Seram.

Rasulullah kata walaupun orang tu telah sabar dalam taat perintah Allah dalam mendirikan solat, menunaikan zakat dan berpuasa tetap akan muflis di akhirat dengan 4 perkara ni sekiranya kita tak jaga.
Bayangkan, solat merupakan tiang agama dan sangat penting dalam kehidupan kita sehinggakan rasulullah memberi gambaran ‘beza antara orang Islam dan kafir adalah solat’.

Saya ulang, ‘walaupun orang tu telah sabar dalan taat perintah Allah dalam mendirikan solat, menunaikan zakat dan berpuasa akan tetap muflis di akhirat’.

Apakah 4 perkara yang disebutkan oleh nabi?

1.      Jangan memaki hamun.
2.      Jangan fitnah atau tuduh sesuka hati.
3.      Jangan rampas harta orang atau mencuri.
4.      Jangan memukul dan membunuh tanpa sebab.

Sekiranya kita lihat sendiri pada zaman sekarang, terlalu ramai yang suka memaki hamun orang, memfitnah sana sini, mencuri tanpa serba salah dan membunuh dengan suka hati.

Apakah kita dapat lihat sendiri dunia ni sudah begitu tenat dengan dosa maksiat tanpa ada kesabaran?

Ramai yang buat sekarang tapi tanpa sedar 4 perkara ni ramai yang buat. Saya tak nak saya je yang tahu, saya nak semua tahu.

Ini baru orang yang mendirikan solat, menunaikan zakat dan berpuasa akan muflis kalau membuat 4 perkara yang disebutkan oleh nabi. Apatah lagi orang jarang mendirikan solat, tak selalu menunaikan zakat dan sangat jarang berpuasa. Tambah lagi bagi yang langsung tak buat solat, zakat dan puasa tapi buat 4 perkara yang rasulullah sebut.

Allahu. Bertambah muflis lagi. Hanya Allah je yang tahu.

Ketahuilah ganjaran sabar adalah syurga. Penderitaan yang kita hadapi ni sangatlah sedikit berbanding dengan kenikmatan yang kekal abadi selamanya di akhirat kelak.

Didiklah diri dengan sabar. Sesungguhnya sabar itu bukti kita mampu menjadi sebagai seorang hamba Allah.



“Sesungguhnya hanya orang yang bersabar yang dicukupkan pahala bagi mereka tanpa batasan”

(Surah Az-Zumar : ayat 10)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...