Rabu, 17 Februari 2016

Sampai Bila Kita Nak Abaikan Allah?





Bismillah.

"Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untuk mu dalam agama"
(surah Al-Hajj : ayat 78)

Sudah sampai masanya untuk kita faham bahawa kita perlu faham.

Faham apa?
Faham agama Allah. Apa yang Allah mahukan. Apa yang Allah larang. Apa yang nabi ajarkan.

Sampai bila untuk kita hanyut dengan keselesaan dunia yang akan musnah juga pada suatu hari nanti.

Allah cipta kita bukan main-main tetapi kita banyak sangat main.


Melambatkan solat tanpa rasa bersalah.
Hisap vape dan rokok tanpa menghiraukan haramnya.
Bercouple berpegangan tangan tanpa memikir pengharamannya kebaikan untuk kita.

Sampai bila kita nak tinggalkan agama?


Allahu.

Lama sangat Islam nak bangkit. Bila suasana Islam nak hidup kembali?

Allah dah wakafkan kita di dunia ni untuk berdakwah, ikut perintah Allah dan melakukan kewajipan dengan menggantikan dengan syurga Allah.

Allah bagi nikmat seluas alam untuk kita. Satu ungkapan 'alhamdulillah' pun sangat susah untuk kita ucapkan.

Berat sangat lidah kita nak berzikir sedangkan seharian kita berkata tentang dunia tanpa lelah.

Sampai bila?

Kita ni dah lupa dengan janji syaitan.

Syaitan akan cuba dan cuba terus mencuba untuk menggoda kita supaya pandangan 
kita terhadap dunia ini terlalu indah untuk mengikut perintah tuhan.

Kita merasakan agama tu dah tak ada apa dah dalam hidup kita.

"Adakah 'Islam' tu hanya di kad IC?"

Islam ni bukan hanya semata-mata agama!

Tetapi cara hidup yang fitrah!


Solat kita bukan sekadar hanya 'pengabdian' kita tapi ini untuk perbaiki kehidupan kita.
Zakat bukan hanya sekadar mengikut perintah tuhan tetapi untuk menyucian harta dan jiwa kita.
Puasa bukan sekadar adat semata-mata tetapi untuk mendidik nafsu kita.
Syahadah bukan hanya semata-mata lafaz sahaja tetapi untuk meyakinkan kita syurga tu Allah buat untuk kita yang beriman.


Jom sama-sama ingat kepada Allah. Ikut perintah Allah. Tinggalkan larangan Allah. 
Ajak manusia kepada Allah.

Ketahuilah kawan-kawan perbuatan kita ini tidak sia-sia. Allah menjanjikan syurga yang sangat mahal tiada harga untuk gambarkan nilainya.

Jom bersama-sama sebarkan kebaikan untuk saling mengingatkan kepada Allah. Sebab tu kita kena buat perkara lebih penting daripada penting.


Jika kita dihimpitkan dengan diantara 2 urusan yang penting maka buatlah urusan yang lebih penting daripada penting.

Ini saranan ulamak.


"Macam mana tu? Tak faham? Ok camni."


Andainya, kita dapat dua kerja dalam satu masa. Satu kerja kena hantar minggu depan. Lagi satu kerje ni kena hantar esok.
Dua-dua ni penting ni!

Mana nak buat?

Hah bijak kalian, mestilah buat kerja yang hantar esok.

Sebabnya kerja yang hantar esok lebih penting dan utama berbanding kerja hantar minggu 
depan sebab masih ada masa lagi.

Faham kan?

Ok contoh lain.

Diantara solat dan timbunan kerja kita, mana penting? Dua-dua penting tapi mana LEBIH penting dan UTAMA?

Tentulah solat.

Sebab apa? Seruan Allah itu lebih penting berbanding dengan seruan majikan.

Tapi kena ada tatacara untuk meminta kebenaran solat.

Ok contoh yang lain pulak.


Emm.... Hah!


Diantara solat dengan menahan buang air, mana penting?

Ok mungkin ni kurang faham. Tak apa saya terangkan.

Macam ni kalau time kita solat tu tiba rasa nak buang air. Tak kira lah buang air besar ke buang air kecik ke.

Memang tak tahan tu sampai terketar-ketar dalam solat. Orang pikir,

"Fuh khusyuk dia solat"

Haha. Ok faham?

Jadi mana penting, teruskan solat atau batalkan? Gitulah ayat mudah.

Yang lebih penting ialah batal kan solat kalau TAK TAHAN TAHAP GABANMemang rasa nak terkeluar dah. Makruh hukumnya kalau tahan selagi mampu.

Sebab kenapa? Kita solat nak ingat Allah bukan ingat tandas hehe.

Ok faham kan?


Moga ilmu ni kita amalkan. 

Ahad, 7 Februari 2016

Kitalah Hamba Allah



Alhamdulillah Allah permudahkan saya dan kamu semua untuk terus dalam usaha mencari redha Allah. Doakan kita semua berubah kepada yang lebih baik dan istiqamah menyampaikan dakwah kepada umat Islam.

--------------------


Siapa kita?
Manusia. Yup, kita manusia tetapi di sisi Allah?
Baiklah, kitalah hamba.
Hamba? Hamba siapa??
Hamba kepada pencipta kita. ALLAH.
Pernah tak kita sedar yang sebenarnya kita ini adalah hamba? Haha jujur saya jawab, saya sendiri pun lupa bila leka dengan dunia. Apatah lagi kamu, yee kamulah yang membaca ni. Saya dan kamu semua adalah HAKIKAT hamba.
Apa itu hakikat hamba Allah?Saya terangkan dengan lebih mendalam sehingga ke kerak bumi, eh? Ok, makna hakikat ialah sememangnya ada atau memang betul (20 kali baca perkataan betul) ada. Ada pada siapa?? Diri kita semua, saya dan kamu semua.
Makna hakikat hamba Allah ialah sememangnya secara fitrahnya sebetulnya saya dan kamu semua adalah hamba kepada pencipta alam ini iaitu Allah.
Panjangkan? Itulah kita. Allah bagi pelbagai nikmat kepada kita walaupun kita hamba jee (dengan nada poyo). Tak fikir kee?
Dalam surah Al-Kahfi, Allah dah bagitahu banyak sangat kebesaran Allah bagi pada kita dan kita sendiri pun tak dapat kira. Nikmat Allah juga salah satu kebesaran Allah. Allah bagi perumpamaan walaupun seluas lautan jadi dakwat untuk tulis SEMUA nikmat Allah takkan dapat tulis walaupun Allah TAMBAHKAN LAGI lautan yang sama sebagai bantuan!!

Pergh! Banyak sangat Allah bagi kepada kita semua.

 Baca tak terjemahan surah Al-Kahfi setiap jumaat? Tak, ok lepas ni baca yee.

Allah bagi MATA pada kita, itulah nikmat dan kebesaran Allah. Hebat sungguh, kita sendiri tak mampu cipta. Betul kan?

Allah bagi MULUT pada kita, itulah nikmat dan kebesaran Allah. Hebat sungguh, kita sendiri tak mampu cipta. Betul kan?

Allah bagi TELINGA pada kita, itulah nikmat dan kebesaran Allah. Hebat sungguh, kita sendiri tak mampu cipta. Betul kan?

Allah bagi TANGAN pada kita, itulah nikmat dan kebesaran Allah. Hebat sungguh, kita sendiri tak mampu cipta. Betul kan?

Allah bagi KAKI pada kita, itulah nikmat dan kebesaran Allah. Hebat sungguh, kita sendiri tak mampu cipta. Betul kan?

Allah bagi terlampau banyakkan? Banyak Allah bagi.

Sebagai hamba Allah, persoalan pertama yang perlu kita lakukan ialah apakah tanda kita cintakan Allah?
Andai ada kata yang lebih baik dari ucapan terima kasih, kita patut lakukan sebagai cinta kita kepada Allah.
Contoh, kita ada kawan yang baik. Sebagai tanda terima kasih kepada kawan kita sebab selama ni dia yang selalu teman kita ke sana ke mari, kita bagi hadiah. Kita rasa tak cukup dengan terima kasih je.
Faham kan?
Ok, maknanya tak ada yang lebih baik melainkan syukur dengan segala
ujian
nikmat
kebaikan
kesusahan
apa apa je
yang mana datang nya semua itu dari Allah dengan mengucapkan ALHAMDULILLAH.
Allah tak kan sesekali bagi ujian yang mana kita ini sendiri tak mampu untuk lalui ujian itu. Maksudnya, kita semua MAMPU lalui ujian itu.
Kesenangan itu ujian.
Kesusahan itu ujian.
Kepandaian itu ujian.
Kekurangan kepandaian itu ujian.
Adakah kita syukur segala kebaikan itu dan adakah kita bersyukur dengan segala kesusahan juga?
Syukur… itulah tanda cinta kita kepada Allah.
Macam mana nak syukur?
Ajar diri kita untuk bersangka baik dengan Allah. Automatik kita akan redha dan syukur.
Ingat, Allah mengingatkan kita dalam quran,
Sungguh sedikit hamba-Ku yang bersyukur “ (surah AL-'Araf : ayat 10)
Jadilah golongan yang sedikit kerana inilah bukti kita cinta pada Allah.
Semuanya datang dari Allah sama ada baik atau pun buruk disandarkan kepada saya sendiri.

WaAllahu’alam. Moga Allah redha.

Sabtu, 6 Februari 2016

Tarbiah Sentap Memang Mantap



Translate :
Melalui Tarbiah Sentap, anak muda diajar untuk suka menghukum orang dan persekitaran sosial yang terbantut atau terlalu mengokong.

Apa maknanya?

Bermakna orang ni nak kata Tarbiah Sentap ni suka menghukum orang sesuka hati.

Jadi apa jadi pada anak muda yang biasa dengan dosa ni!?

"Ini haram, itu haram, semua haram"
"Semua tak boleh? Apa boleh?"

Lepas tu, nak kata Tarbiah Sentap ni akan mengajar anak muda untuk suka menghukum orang.

Yang buat saya pelik kuasa 5 walaupun dalam math tak ada, boleh pulak orang ni kata melalui Tarbiah Sentap ni seolah-olah macam tak ada life.

Sebabnya sosial yang terlalu mengokong.

Saya selalu ulang kekadang ayat ni,

"Islam ni bukan hanya sekadar AGAMA tetapi CARA HIDUP kita"

Yes!!

Bermakna Islam ni ada cara hidup tersendiri yang berpanduan. Ada hukumnya. Bukan main sukati je.


Saya bagi satu analogi mudah dan kita semua boleh berfikir,

Ok, ada kawan kita dia nak pinjam buku kita, katakan lah buku nota kuliah kita.

Tak apa lah, kita pun bagi pinjam. 'Sharing is caring' lah katakan.

Lepas tu, sampai masa bila dia pulangkan.
Ya Allah!!

Sekali pandang kita pun cakap,

"Wei kau buat sambal belacan ke aku punya nota ni!?"

Bayangkan kawan kita pulangkan dengan terkoyaklah, conteng sana conteng sini, ada pulak tambahan perisa sambal tepi buku.

Kita bagi punya elok, dah buat nota elok-elok dengan HARAPAN dia PINJAM dan pulang balik dalan keadaan BAIK.

Faham kan?

Sama lah hidup kita ni.

Kalau kita dah penat buat nota lawa-lawa begitu juga Allah.

Allah cipta kita 9 bulan, punyalah sempurna Allah cipta kita ni.

Pastu Allah pinjamkan semua anggota badan ni supaya kita ni buat yang BAIK bukan yang BURUK!


Jadi, faham tak analogi ni?

Alhamdulillah.

Saya perasan ada kelainan cara yang di sampaikan oleh Tarbiah Sentap.

Cara penyampaian yang bersahaja dan santai tetapi mereka ni (Tarbiah Sentap) belajar ilmu kitab.

Hebatlah maknanya.

Boleh saya kata, Tarbiah Sentap apabila memberi sesuatu hukum tu hukum ulamak dah tetapkan bukan memandai sendiri

Apa kesimpulannya?

Islam ni ada nilai yang tersendiri.

Islam ada maruah bagi sesiapa yang berada di bawah naungannya.

Apa Umar Al-Khattab kata?
"Kita hebat dan mulia dengan adanya Islam tapi kalau sesiapa cari kemuliaan selain Islam maka Allah akan hina dia!!"

Siapa rasa style barat lebih hebat? Jangan risau, Allah hina dia!

Tolonglah buka minda wahai kawan,

Perempuan semua martabatnya sudah dinaikkan, tidak hina, malah bukan pendatang bencana kepada keluarga seperti tanggapan Arab Jahiliah.

Hukum haram ni haram tu bukan bermakna kita terkongkong dengan kehendak tuhan.

Tapi kita ni sendiri TAK REDHA dengan Islam.

Syukurlah banyak-banyak sebab kita ni Islam.

Syukurlah banyak-banyak sebab Allah tuhan kita.

Moga kita tak menyalah erti dakwah tu sendiri.
Always smile, okay?

Respon dari salah seorang admin Tarbiah Sentap iaitu Akh Syukery Azizan,



Inn shaa Allah sama-sama kita doakan hidayah untuk dia dan kita semua.

Moga Allah redha.

p/s : Saya TAK tujukan mesej ni kepada sesiapa secara KHUSUS!
Cuma sekadar peringatan kita bersama.
Gambar tu, kawan saya bagi dan minta pandangan saya.

-Faris Mubeen-

NI BIDAAH, ITU BIDAAH, SEMUA BIDAAH?




Isu bidaah ini agak wajar untuk dibicarakan supaya ramai yang tak salah anggap.

Baca elok-elok ye. Baca sampai habis.

--------------------

Bidaah ini ulamak telah ramai bersepakat bahawa maksudnya ialah perkara yang diadakan atau perkara yang baru bagi pendekatan dalam amalan agama.

Untuk pengetahuan bidaah hanya dalam sudut agama sahaja. Saya ulang,

Bidaah hanya dalam sudut agama sahaja!

Bermakna bidaah bukan dalam sudut kehidupan kerana maksud bidaah itu sendiri jelas menyatakan "perkara yang baru atau perkara yang diadakan bagi PENDEKATAN DALAM AMALAN AGAMA"

Agak melampau apabila ramai yang mengatakan pakai garfu, sudu, makan atas meja dll itu bidaah. Sedangkan bidaah yang dimaksudkan oleh nabi ialah buat perkara bidaah ke neraka.

Sebab itulah bidaah hanya dalam sudut agama bukan duniawi kita.

Sebab zaman para sahabat tak menyatakan perkara yang diadakan atau perkara baru itu bidaah kerana ia berkaitan yang baik.


Pada zaman Saidina Abu Bakar telah menyatakan pada Saidina Umar untuk membuku Al-Quran. Apa jawab Saidina Umar?

"Mana boleh sedangkan perkara ini tidak dilakukan oleh nabi"

Umar tidak menjawab " Bidaah ni!"

Mengapa Umar tak jawab begitu? Dia tahu perkara bidaah membawa ke neraka.

Mengapa dilaksanakan pembukuan Al-Quran? Kerana berlaku anak-anak kecil membaca Al-Quran keadaan terbalik. Baca berterabur lah katakan.


Bila isu bidaah muncul?

Isu ini mula hangat diutarakan pada zaman kita yang mana orang ada kesedaran untuk belajar tetapi belajar tak habis atau selepas belajar, dia membuat RUMUSAN SENIDIRI atas ilmu yang telah dibelajar TANPA RUJUK GURU YANG ALIM.

Sebut je bidaah terus hanya mengambil definisi yang bermaksud perkara yang diadakan atau perkara baru bagi pendekatan amalan agama, tanpa merujuk pada para ulamak dan terus meletakkan hukum.

Contohnya, berkenaan amalan membaca yassin pada malam jumaat pada hari khamis. Ramai yang menyatakan bidaah!

Nabi bersabda apa? Setiap amalan bidaah dilakukan akan ke neraka!

Saya nak tanyalah, baca yassin masuk neraka ke?

Sudah pasti tak!

Apa maksud nabi bidaah nabi disini?

Berdasar daripada hadith 40 yang disusun oleh Imam Nawawi,

Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang mengada-adakan dalam urusan kami perkara yang tidak diperintahkan daripadanya, maka perkara itu ditolak" (riwayat Imam Bukhari , Imam Muslim , Imam Abu Daud dan Ibnu Majah)

Hadith ni adalah hadith sahih.  Maksud hadith ni ialah perkara mengenai yang bersangkutan dengan amalan mengikut syarak atau yang telah diperintahkan oleh Allah atau Rasulullah.

Amalan yang Allah perintah dan amalan yang dilakukan oleh nabi adalah boleh dan diterima. Akan tetapi amalan yang Allah dan Rasulullah tak perintahkan itulah bidaah!

Saya tanya sekali lagi,

Baca yassin bidaah ke?

Pastinya tidak. Allah perintahkan kita untuk membaca dan Rasulullah sendiri membaca Al-Quran.

Ok faham?

Apa amalan bidaah?

Baiklah, amalan bidaah yang jelas ialah amalan oleh orang syiah. Senang cerita amalan yang sesat itulah bidaaah kerana Allah tak suruh dan Nabi tak ajar maka amalan tersebut ke neraka.


Bidaah terbahagi kepada 2 bahagian.
1. Bidaah dholalah (buruk)
2. Bidaah hasanah (baik)


Ulamak membuat bahagian ini kerana mengambil perkara takrifan bidaah itu "perkara baru dalam pendekatan agama"

Maka ini lebih menjelaskan lagi hukum biaad itu sendiri.

Contohnya, bacaan yassin malam jumaat boleh dianggarkan bidaah tetapi bidaah hasanah (baik).

Bidaah dholalah (buruk) contoh senang amalan sesat lah.

Faham?
Alhamdulillah sebarkan pada rakan yang lain. Moga Allah redha.


Sumber : Kitab Sunnah vs Bidaah karangan Sheikh Dr Sheik Yusuf Al-Kharadawi.

-Faris Mubeen-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...