Serius mohon doakan ye.
Moga bermanfaat tajuk kali ini.
***
Pernah suatu ketika dulu, aku dalam dilema. Perasaan yang tak tentu hala. Fikiran buntu. Banyak aku berfikir.
Inikah perasaan apabila ketagih dengan dosa, bisik hati aku. Hati tak tenang.
Kadang aku tak tahu apa perlu aku buat. Berjuta persoalan yang tiada jawapan. Sehinggakan aku menyalahkan takdir Allah.
"Kenapa aku? Kenapa ujian ni untuk aku!?" aku menangis. Terasa sendirian. Seolah tiada bimbingan dari Maha Pencipta.
Aku terus berpeluk tubuh sendirian. Air mata penyesalan masih mengalir. Aku muhasabah diri. Betapa banyaknya dosa aku.
Persoalannya, "Adakah Allah ampunkan dosa aku?" aku hanya mampu bermonolog sendiri.
Setelah beberapa hari aku mencari jalan keluar, barulah kini mata aku terbuka pada hikmah dugaan. Betapa dekatnya Allah pada diri ku. Cuma aku je yang tak sedar.
Aku terus bangkit dan terus menuju ke jalan keluar. Cahaya menyimbah diri saat aku keluar dari kegelapan.
Allah, bahagianya!, bisik hatinya.
"Ya Allah istiqamahkan aku dalam perubahan ku. Engkau berikan aku kekuatan untuk terus bertahan dalam penghijrahan ini" aku berdoa dengan sungguh-sungguh.
-----
Sekian cerita di atas. Macam mana cerita tadi? Hati terasa apa? Boleh tanya diri sendiri.
Untuk tajuk kali ini, saya nak kongsikan tentang berubah, berhijrah, henshin dan sama waktu dengannya. Yang mana ada 3 perkara yang saya akan kongsikan iaitu,
1. Perlunya kesedaran yang kita buat tu adalah dosa!
2. Ujian yang kita hadapi ni bukan melemahkan kita!
3. Macam mana nak bangkit dari jahiliah ke jannah?
Inn shaa Allah semuanya berdasarkan pengalaman saya, sahabat saya dan orang-orang yang menjadi inspirasi dalam hidup saya. Bacalah dengan hati terbuka.
Perlunya Kesedaran Yang Kita Buat Tu Adalah Dosa!
Setiap orang, lain cerita, lain masalah.
Ada orang dah ketagih untuk tengok video lucah,
Ada orang dah seronok berzina,
Ada orang dah rasa 'fitrah' bagi golongan LGBT,
Ada yang tak rasa apa pun bila dedah aurat sana sini,
Ada orang solat ni perkara membebankan sebab tu tinggalkan,
Ada orang benci tazkirah, ceramah, nasihat dan rasa tak selesa bila sebut agama,
Dan macam-macam jenis manusia yang bergelumang dengan dosa.
Begitulah juga dengan saya. Setiap orang tak kan terlepas dengan dosa yang pasti akan kita lakukan. Sebab itulah bertaubat itu merupakan satu kewajipan bagi manusia yang berdosa.
Saya ulang sekali lagi,
"Sebab itulah bertaubat itu merupakan satu kewajipan bagi manusia yang berdosa!"
Perkara yang penting perlu kita tahu dan sedar dalam berubah ialah maksiat yang kita buat tu adalah dosa!
Yup, kita kena sedar. Kenapa perlu sedar?
Kerana dengan dosa, Allah tak redha pada kita.
Kerana dengan dosa, kita tak kan dapat syafaat rasulullah.
Kerana dengan dosa, kita akan ditimpa dengan banyak masalah yang merumitkan.
Kerana dengan dosa, kita akan dapat istidraj.
Kerana dengan dosa, kita akan tak nampak matlamat hidup sebenarnya.
Kerana dengan dosa, kita akan diazab di api neraka Allah yang amat memedihkan lagi tak terperi sakitnya!
Allah berfirman,
"Pada hari ketika muka mereka dibolak balikkan dalam neraka, mereka berkata, 'alangkah baiknya, andai kata kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada rasul'"
(Surah Al-Ahzab : ayat 66)
Allah dah bagi gambaran macam mana kalau kita masuk ke dalam api neraka. Kita akan menyesal yang teramat sangat. Sehinggakan kita sendiri minta kepada Allah nak hidupkan semula supaya dapat buat amal soleh.
Time ni lah kita akan mengeluh dan menyesal sangat. Ketahulah kawan, ketika ni penyesalan kita hanya sia-sia kerana inilah janji Allah yang benar akan terlaksana.
Allah akan menyediakan syurga kepada yang bersusah payah dalam agamaNya. Maknanya, kepada yang berusaha untuk berubah, berusaha tinggalkan jahilah, berusaha untuk mencari redha Allah, berusaha untuk jujur dalam kehidupannya, berusaha hindarkan mazmumah, berusaha menunaikan kewajipan dan berusaha untuk ke syurga Allah.
Allah akan menyediakan nereka kepada yang nak bersenang lenang di dunia. Maknanya, kepada yang cinta maksiat, seronok dengan dosa-dosa, merasa dunia ni kekal selamanya, tak berusaha untuk tinggalkan jahiliah, tak merasa bersalah dengan dosa maksiat yang dilakukan, merasa tak cukup dengan apa yang dimiliki, merasa segalanya atas usaha dirinya sendiri, merasakan cukup besar dengan pangkat yang ada dan yang nak kan syurga tapi sekadar angan-angan sahaja.
Ingatlah, dosa dan maksiat bukanlah memberi ketenangan, kebahagiaan dan keseronokkan yang hakiki. Janganlah menipu diri sendiri. kebahagiaan yang kita hadapi dengan maksiat tu hanyalah sekadar topeng yang menutupi kesengsaraan kita dalam penjara maksiat.
Percayalah, kita akan merasakan sesuatu perkara yang tak tentu hala tapi kita tetap ego! Kita terima maksiat dalam hidup kita. Sedangkan hati kita dah bergetar sakit, hati kita dah berbisik, sampai bila nak bermaksiat!?
Persoalan yang mungkin membuatkan kita terfikir banyak kali.
Nak tinggalkan atau meneruskan?
Apabila persoalan ni timbul, cepat-cepatlah sambut hidayah Allah. Tinggalkanlah! Kehuilah kawan, perkara yang kita lakukan tu adalah dosa dan Allah nak kita ke syurgaNya.
Ujian Yang Kita Hadapi Ni Bukan Melemahkan Kita!
Nak tanyalah, sebenarnya kalian ingat tak lagi pada salah satu pesanan dalam surat cinta daripada Pencipta berkenaan ujian?
"Allah takkan membebankan seseorang melebihi kemampuannya"
Nak tanyalah, sebenarnya kalian ingat tak lagi pada salah satu pesanan dalam surat cinta daripada Pencipta berkenaan ujian?
"Allah takkan membebankan seseorang melebihi kemampuannya"
(Surah Al-Baqarah : ayat 286)
Apabila Allah uji kita bukanlah ujian itu kita tak mampu hadapi tetapi kita tak ada keyakinan kebergantungan ita terhadap Allah. Inilah masalah umat Islam zaman sekarang. Sebab kenapa?
Allah dah membuktikan dalam ayat Al-Quran bahawa Allah akan bagi sesuatu ujian kepada seorang manusia yang mana dia mampu hadapainya dan itu adalah kemampuannya. Begitulah ujian kepada kita. Seharian yang kita lalui penuh dugaan ini merupakan ujian Ilahi.
Ujian yang Allah nak uji kita adalah berbeza mengikut kadar kemampuan masing-masing. Ujian kita lain, ujian kawan kita lain, ujian ibu ayah kita lain, ujian guru-guru kita lain dan pasti ujian kita adalah berbeza. Tetapi ada persamaannya.
Apa dia? Allah uji kita mengikut apa yang paling kita lemah.
Ada orang mampu mengawal nafsu dengan perempuan seksi tetapi tewas dengan perempuan ninja (berpurdah).
Ada orang mampu merasa biasa dengan kekayaan tetapi tewas dengan kemiskinan yang melanda.
Ada orang mampu bertahan dengan ujian tertentu yang mana kita rasa itu ujian tetapi tewas dengan ujian lain yang mana kita sendiri tak sangka itulah ujian.
Jangan pula kita terus bersangka buruk kepada Allah. Allah bagi ujian untuk meneguhkan iman kita, untuk menguatkan jiwa kita, untuk terus yakin pada janji Allah, untuk terus berada di jalan yang lurus dan untuk ke syurga yang tak tertanding nikmatNya.
Ingatlah! Allah uji kita yang paling lemah tetapi bukan untuk melemahkan kita!
Ketahuilah kawan, inilah tanda cinta Allah. Allah sangat hampir kepada kita semua. Allah tak pernah menzalimi diri kita. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita semua. Hanya kita menzalimi diri sendiri di hadapan Allah.
Kuatkanlah semangat dan tekadkan hati untuk hadapi segala ujian cinta Ilahi!
Macam Mana Nak Bangkit Dari Jahiliah Ke Jannah?
Apabila kita dah tahu perkara yang kita hadapai tu adalah dosa dan itu merupakan ujian dari Allah dengan tujuan mengukuhkan iman kita, maka perlulah kita move on ke suatu yang baru iaitu hijrah.
Apa itu hijrah? Hijrah ialah berubah. Yup, berubah.
Berubah dari perkara yang buruk ke perkara yang baik. Perubahan mestilah ke arah kebaikan kerana secara fitrahnya kebaikan itu dah ada cuma kita telah merubah maka ubahlah kembali.
Sebenarnya
nak berubah ni senang je. Sekarang pun boleh berubah tetapi untuk istiqamah tu
yang payah. Sebelum itu, baca bab MUHASABAH DIRI dulu.
Dah baca? Ok, boleh sambung seterusnya.
Ubah
mainset kita bahawa semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Sebenarnya
kita sendiri tak pasti apa cuba ita bongkarkan di sebalik ujian yang kita
hadapi.
Percayalah,
Allah berikan yang terbaik buat hambaNya. Bersangka baiklah kepada Allah.
Bersangka baiklah kepada Allah. Bersangka baiklah kepada Allah.
Kemudian,
sentiasa dan selalulah berdoa kepada Allah supaya berikan kekuatan dan
istiqamah untuk terus tinggalkan jahiliah. Doa juga supaya ada kekuatan untuk
terus bertaubat dan terus istiqamah bertaubat.
Pastikan
kita berdoa sungguh-sungguh. Jangan doa sambil lewa atau nak tak nak. Buat
sebaiknya apabila kita berdoa kerana Allah akan terima doa orang bersungguh.
Berdampinglah
dengan sahabat-sahabat baik supaya ada yang sentiasa tegur kita dan memimpin
tangan kita ke syurga. Sahabat juga tempat untuk kita terus mencari kekuatan
dalam meneruskan ujian yang kita hadapi.
Sahabat
yang terbaik ialah yang selalu mengingatkan kepada Allah, sentiasa menegur
salah kita, akan senantiasa menutup aib kita, mengajak kepada kebaikan dan
bersama dalam memberi semangat tika kita jatuh.
Pastikan
kita tidak melakukan perbuatan maksiat lagi. Tinggalkan walau apa jua keadaan.
Kuatkan hati dan bisik pada hati hati, Allah lihat apa kau buat!!. Tanamkan
dalam hati gerun dan takut pada Allah.
Inn shaa
Allah perkongsian yang serba ringkas ni dapat membuka minda dan buka hati untuk
berubah kerana Allah. Teruskan berubah mulai sekarang.
Allah akan bersama dengan orang tabah dan sabar berhijrah. Hayatilah firman Allah,
"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan dirinya sendiri merubah"
(Surah Ar-Ra'd : ayat 11)