Setelah berhabuk blog ni maka saya kembali dengan penulisan yang bermakna ini! Baca sampai habis tau.
Selalu sangat kita diingatkan oleh sesiapa sama ada ibu ayah, kawan-kawan dan cikgu-cikgu atau pensyarah sendiri juga selalu berkata, "Belajarlah kerana Allah!"
Selalu kan?
Malah kadang kita pun sendiri pesan pada kawan-kawan kita atau adik beradik kita, "Belajarlah kerana Allah"
Mesti pernah kan?
Tapikan berapa ramai yang faham maksud disebalik 'belajar kerana Allah'? Tak ramai yang tahu dan saya juga percaya mereka tak boleh nak terang makna sebenar 'belajar kerana Allah' tu macam mana. Kita juga selalu dimomokkan dengan penyataan sebegini,
"Kalau kita belajar kerana exam, nanti ilmu tu kita dah lupa lepas habis exam tapi kalau kita belajar kerana Allah, walaupun lepas exam pun kita akan ingat"
Kalau kita masih berfikiran sebegini maka kita SILAP!
So, apa maksud 'belajar kerana Allah' tu sebenarnya? Konsepnya macam mana?
Insya Allah kita pergi satu per satu.
Hakikat Manusia Itu Pelupa!
Kita sememangnya makhluk yang Allah ciptakan dengan sebaik-baik ciptaan-Nya seperti di dalam firman Allah SWT dalam Al-Quran,
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)"
(Surah At-Tin : ayat 4)
Itulah kita, kalian dan saya sebagai manusia. Akan tetapi ada satu sifat hakikat sebagai seorang manusia itu lupa iaitu manusia itu pelupa.
Manusia dalam bahasa Arab ialah insan. Menurut Ibnu Mandzur terdapat 3 kata dasar bagi insan iaitu salah satunya ialah nasiya yang bermaksud lupa dan bersifat nisyan yang bermaksud pelupa.
Tetapi apa kaitannya dengan 'belajar kerana Allah'?
Sabar jap, kita pergi satu per satu penjelasan, nanti baru mudah faham. Ok?
Tak kira apa sekali pun kita belajar semestinya kita akan lupa, walaupun kita belajar kerana Allah. Saya bagi contoh mudah, sekiranya kita hafal Al-Quran insya Allah semestinya kebanyakkan kita akan hafal kerana Allah kan? Tetapi kenapa proses pengulangan hafalan selalu kita kena buat?
Yes, sebabnya untuk kita ingat. Walaupun kita minat menghafal mesti kita akan lupa kalau kita tak mengulang hafalan tersebut. Sama juga seperti belajar tadi, kalau belajar sebab itulah kita kena study balik, buat latihan, buat nota atau berbincang study group supaya untuk kita ingat semula.
Even, penceramah agama mana-mana pun sebelum kena nak bagi ceramah pun mereka pun study balik apa yang mereka sampaikan, sebabnya takut tersilap atau ada mana-mana yang terlupa. Itu ustaz ustazah tu yang kita dah anggap belajar kerana Allah pun study balik untuk ingat balik.
Itu bermakna penyataan, "Kalau kita belajar kerana exam, nanti ilmu tu kita dah lupa lepas habis exam tapi kalau kita belajar kerana Allah, walaupun lepas exam pun kita akan ingat" adalah kurang tepat.
Atau maybe tak betul haha.
Bukan Belajar Subjek Agama!
Ini pun menjadi masalah juga, ramai yang kata,
"Aku tak ambil subjek agama so maknanya aku selama ni bukan study kerana Allah la ye?"
No, no, no.
Tak kira kalian bidang apa atau ambil subjek apa sekali pun sama ada bidang agama atau tak, boleh sangat untuk kita belajar kerana Allah.
Ramai je yang bukan bidang agama tetapi belajar kerana Allah dan ramai juga yang bidang agama tetapi belajar bukan kerana Allah. Yup, itu lah hakikatnya.
So, apa konsep 'belajar kerana Allah'? Cepatlah! Nak tahu ni!
Jap ada lagi, kita follow satu per satu dulu ye.
Belajar Kerana Exam?
Yes, selama ini sememangnya kita belajar kerana exam. Tak percaya? Cuba tengok diri kita sendiri, time nak exam lah baru sibuk pulun nak study balik kan?
Itulah belajar kerana exam. Itu memang tak dinafikan pun tapi macam mana pulak konsep 'belajar kerana Allah'?
Hah, ni baru nak share hehe, jangan marah tau.
Belajar kerana Allah itu apabila gunakan apa yang kita belajar itu untuk akhirat kita. Faham tak?
Ok, untuk mudahnya, Islam sendiri mengajar kita bukan sekadar teori tetapi kena praktikal juga. Sebagai contoh kita belajar solat dan kena tunaikan solat. Itulah belajar kerana Allah.
Banyak perkara yang boleh kita buat dikatakan 'belajar kerana Allah'!
Contohnya, kita belajar matematik dan kita pandai dalam matematik, kita ajar pula pada orang lain matematik itu. Contoh lain, aku nak berjaya dapat segulung ijazah ni sebab aku nak bantu ibu ayah dan nak berbakti kepada orang ramai. Contoh yang lain pulak, kita tahu ilmu agama dalam bidang tertentu dan kita share pada orang lain supaya orang lain dapat tahu. Contoh yang lain lagi, kita tahu cara menguruskan masa dengan baik atau kita tahu cara belajar dengan betul, kita share pada orang lain.
Maknanya, belajar kerana Allah ialah kita tak kedekut ilmu, nak berjaya ramai-ramai, bukan nak tunjuk hebat atau bukan nak riyak. Dan selagi ia mendatangkan manfaat untuk kita dan orang lain serta demi kebaikan kita di akhirat, maka itulah maknanya kita belajar kerana Allah SWT!
Yup, itulah makna dan konsep 'belajar kerana Allah'!
Kita kena ingat proses belajar itu adalah sepanang hayat kita, jadi proses berkongsi itu juga adalah sepanjang hayat kita. Jadi, proses 'belajar kerana Allah' adalah sepanjang hayat kita. (Senyum)
Kita kena ingat proses belajar itu adalah sepanang hayat kita, jadi proses berkongsi itu juga adalah sepanjang hayat kita. Jadi, proses 'belajar kerana Allah' adalah sepanjang hayat kita. (Senyum)
Moga bermanfaat dan moga Allah redha. Share pada kawan-kawan lain ye.
---
Jangan lupa untuk dapatkan buku Fazakkir di kedai buku berhampiran kalian iaitu di MPH, POPULAR dan SMO.
Atau boleh beli secara online dengan harga istimewa dan tandatangan daripada istimewa daripada penulis sendiri di 017-2246897 atau klik link berikut www.wasap.my/60172246897/beliFazakkir
Twrima kasih atas perkongsian =)
BalasPadam