Alhamdulillah, rasanya lama sangat ni tak update ni. Inn shaa Allah doakan saya tengah final untuk sem 2 ni. Doakan saya istiqamah.
Akan ada kejutan pada tahun depan 2018. Nantikan ye.
----------
Simeon sudah
memeluk agama Majusi atau lebih tepat agama menyembah api selama 70 tahun.
Hidupnya dipenuhi dengan menyembah api je.
Setiap kali Simeon
sakit pasti jirannya Sheikh Hassan Al-Basri akan menziarahinya bersama anak
muridnya.
Pada suatu hari,
Simeon masih sakit lagi. Maka jenguk lah Hassan ke rumah Simeon bersama dengan
anak muridnya.
Hassan melihat di
bahagian ruang tamu rumah Simeon terdapat satu pendiang pembakar api yang agak
besar. Emm, pernah tak tengok rumah orang putih yang ada tempat unggun api tu
untuk musim sejuk tu? Hah tu la tapi yang ni besar sikit.
Hassan melihat
hampir keseluruhan ruang tamu dipenuhi dengan warna hitam.
Hassan mendekati
Simeon dan melihat wajah Simeon. Kesian Hassan melihat wajah Simeon. Wajahnya
kehitaman. Sebah api selama 70 tahun tetapi sakit je dapat.
"Wahai Simeon
nak tak kamu memeluk Islam?" Tanya Hassan.
"......."
Tiada jawapan dari Simeon.
"Baiklah,
percayalah api ni takkan pernah memenuhi hajat kamu Simeon. Apa yang kamu dapat
hanya sakit sahaja. Api ni tidak akan bersifat panas sekiranya Allah tak izinkan"
kata Hassan.
"Buktikan"
Tegas Simeon.
"Baiklah"
Hassan bergerak ke arah pendiang pembakar api.
"Ya Allah
sesungguhnya Engkaulah yang mengizinkan api ni panas. Dan Engkau jualah yang
mengizinkan api ni tidak akan mengapa-apakan tangan ku" Hassan bercakap
kuat sebegitu supaya Simeon dapat mendengar dan sebenarnya Hassan berdoa juga
ketika itu.
Lalu tangan Hassan
dimasukkan ke dalam pembakar api yang besar tu. Semua terkejut, lagi-lagi
Simeon.
Setelah agak lama.
"Wahai Hassan
tarik semula tangan mu aku tak sanggup melihatnya" Pujuk Simeon.
Apabila Hassan
tarik tangan maka semua terkejut, lagi-lagi Simeon. Tiada satu pun kecederaan
pada tangan Hassan. Tangan Hassan sama seperti sediakala.
"Bimbing aku
peluk Islam, wahai Hassan" Kata Simeon.
"Baiklah"
Gembira wajah Hassan.
Sebaik sahaja
syahadah selesai dilafazkan, Simeon meninggal dunia. Malam tu Hassan rasa susah
hati kerana adakah Simeon masuk neraka atau syurga?
Hassan melakukan
solat sunat dan selesai solat Hassan berzikir sehingga tertidur. Bermimpilah
Hassan ketika itu. Dia melihat ada seseorang wajahnya putih berseri. Berbau
sangat wangi. Wangi yang tiada di dunia.
"Boleh aku
tahu siapakah kau?" Tanya Hassan.
"Wahai
Hassan, akulah Simeon" Kata lelaki yang berwajah putih itu.
"Bagaimana
keadaan kau sekarang?" Tanya Hassan.
"Alhamdulillah
aku berada di suatu tempat yang indah iaitu syurga" Kemudian Simeon
menghilangkan diri.
Hassan terjaga
dari tidurnya dan memanjatkan rasa syukur yang sangat tak terhingga kepada
Allah.
***
PENGAJARANNYA :
#Pertama
Kewajipan kita
adalah berdakwah kepada setiap lapisan masyarakat. Tak kiralah jiran kita india
ke cina ke atau melayu sekali pun, kita tetap kena berdakwah. Bermakna sama ada
Islam atau bukan Islam pun tetap kena berdakwah.
Dakwah tak
semestinya sembang lebat dan kencang bagaikan nak roboh rumah dibuatnya,
sedangkan kita sendiri merungut,
"Wei, aku
bukan banyak ilmu pun macam ustaz-ustaz tu pun"
Dakwah dengan
akhlak. Bangga dengan syiar agama kita. Ini permulaan dakwah yang baik.
Contoh time
beborak tu tetiba dah masuk waktu, cakap lah,
"Maaf ye, nanti
kita sambung hari lain ye sebab saya nak solat ni"
"Boleh tak
tunggu sekejap, aku nak pi solat jap nanti kita sambung ye"
Diorang mesti
faham punya lah. Serius. Cakap tu janganlah teragak sangat sebab kita duduk di
Malaysia dah lama tahu adat masing-masing. Inn shaa Allah mereka pun akan
respect dengan kita.
#Kedua
Sekarang ni,
sebenarnya ramai yang nak masuk Islam Cuma mereka tak memeluk Islam kerana
halangan keluarga. Mereka kebanyakkan tak yakin lagi dengan janji Allah.
Pernah murabbi
saya bertanya kepada seorang lelaki berbangsa India yang minat masuk Islam tapi
tak masuk lagi,
“Saya takut kena
tinggalkan oleh keluarga saya” Jawab lelaki tu.
Murabbi saya juga selalu
pesan,
“Kalau nampak
orang yang masih belum dapat hidayah dan tauf iq kita kena kasihan dengan dia.
Bukan kasihan sebab apa!!? Tapi kasihan sebab nanti dia tak dapat masuk syurga
Allah”
Sebab tu lah kita
kena cuba berdakwah!! Ok?
#Ketiga
Percaya dan yakin
semuanya milik Allah.
Percaya dan yakin
semuanya berlaku dengan izin Allah.
Percaya dan
yakin!! Kita minta pada Allah kena percaya dan yakin.
Makbul ke tak
makbul ke tu lain cerita, yang penting PERCAYA dan YAKIN pada Allah! Mintalah,
menangislah, memohonlah dan merayulah kepada Allah.
Moga Allah beri
kekuatan kepada kita untuk menangis ketika berdoa padaNya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan