Alhamdulillah syukur pada Allah kerana dengan limpah kurniaanNya dan rahmatNya, Allah masih lagi memberi kita semua kesempatan yang ada untuk terus beramal dalam bulan yang mulia ini iaitu bulan Ramadhan.
Alhamdulillah, kita dah pun hampir masuk ke dalam 10 malam terakhir. Jadi banyakkanlah beramal. Moga-moga kita ditemukan dengan malam lailatul qadar. Amiin.
----------
Ketika saya tingkatan 2, subjek Sirah dan Al-Quran masih kosong. Tiada
ustaz yang akan mengajar subjek tu. Hampir dua minggu barulah ada ustaz baru
menjadi guru dalam sekolah saya.
Alhamdulillah saya suka cara ustaz mengajar. Sebelum beliau mulakan sesi
pengajaran, ustaz akan memberi tazkirah selalunya. Kemudian, barulah sambung
pengajaran.
Apabila setiap hari mendengar tazkirah ustaz bukanlah saya menjadi lebih
bosan tetapi menjadi lebih cinta kepada agama Allah.
Ayat yang sering diungkapkan dibibir ustaz ialah,
“Allah ada kuasa, makhluk langsung tak ada kuasa”
Menyebabkan sehingga hari ni masih terngiang-ngiang dalam fikiran saya.
Antara yang menjadi pencetus untuk saya terus memikirkan tentang agama
ini dan untuk terus berdakwah ialah ustaz saya.
Nama beliau ialah Ustaz Aashif Ismail atau boleh juga dengan dikenali
sebagai UAI. Bukan Ustaz Azhar Idrus ye haha.
Saya dapat rasakan keikhlasan ustaz ketika beliau memberi tazkirah.
Setiap tutur katanya dan setiap bait-bait katanya bagaikan satu manisan yang
sedap untuk di makan.
Keikhlasan ustaz, saya boleh nampak betapa cintanya beliau kepada Allah,
apabila beliau memberi tazkirah yang bertajuk Persiapan Ramadhan.
“Allah sangat hampir dengan kita. Allah sayang kita semua. Tak kira dosa
kita setinggi langit dan bumi, Allah tetap akan ampunkan dosa kita” kata-kata
inilah yang membuatkan beliau menangis di hadapan kami semua. Satu sekolah
menyaksikan betapa baiknya Allah kepada kita.
Allah. Sebak sungguh. Menceritakan kebaikan Allah sehingga menangis.
Memang tidak dinafikan betapa sayangnya Allah kepada kita. Lantas
mengapa kita terus lari dari Allah? Mengapa kita rasa Allah begitu jauh? Kenapa
Allah timpakan kita dengan ujian yang sangat berat?
Semua persoalan ada jawapannya.
Ujian Tanda Cinta Allah.
Pernah suatu ketika Saidina Ali merasa susah hati. Hatinya resah
gelisah.
Sudah beberapa hari Saidina Ali tidak didatangi ujian oleh Allah. Sebab
itulah Saidina Ali merasa susah hati.
Saidina Ali berdoa kepada Allah kerana hatinya tak tenang. Saidina Ali
meminta agar Allah timpakan ujian. Dia merasakan dirinya seolah-olah Allah
tidak menyayanginya.
Merasakan dirinya tidak lagi dicintai oleh Allah.
Sebegitu sekali keimanan para sahabat. Apabila ditimpakan ujian
merasakan dirinya begitu dicintai oleh Allah. Maka tabahlah para sahabat berdoa
agar diperkuatkan hati untuk menempuh segala dugaan yang akan dihadapinya.
Berlainan dengan kita. Sangat berbeza.
Apabila kita ditimpakan ujian, merasakan Allah tidak lagi menyayangi
diri kita.
Apabila kita ditimpa kesempitan rezeki, merasakan Allah tidak mengambil
berat akan diri kita.
Bayangkan Allah bagi kifarah (hapuskan) dosa kita walaupun hanya sakit
kita tu hanya terkena duri kecil.
Percaya atau tak hayati hadith ni,
Rasulullah bersabda, “tidaklah seseorang itu ditimpa suatu penyakit atau
sejenisnya melainkan Allah menggugurkan dosa-dosanya seperti pohon yang
menggugurkan daun-daunnya”
(H.R. Bukhari dan Muslim)
Allahu.
Sangat cintanya Allah kepada hambaNya sehinggakan member petanda bahawa
sakit inilah bukti Allah rindu kita dan cinta kita.
Wahai kawan, ingat lagi tak Allah berfirman dalam Al-Quran,
“Allah tidak akan membebani (ujian) seseorang melainkan dengan
kemampuannya….”
(Surah Al-Baqarah : ayat 284)
Allah bagi ujian bukan yang kita tak mampu tetapi yang kita mampu!
Allah tuhan kita. Allah tahu keadaan kita. Allah tahu apa yang terbaik
untuk kita.
Segala ujian yang Allah berikan adalah satu petanda dan bukti inilah
Allah cinta kita.
Akan tetapi pemahaman kita berbeza pada hari ni.
“Aaargh kenapa aku je kena!?”
“Aku tengok orang lain ok je. Kenapa kena aku gak?”
“Ya Allah, kenapa hanya aku je yang kena?”
Seolah-olah kita mempersoalkan cinta Allah. Sebaiknya kita patut berdoa.
Mintalah pada Allah. Mintalah pada Allah. Mintalah pada Allah.
Allah berfirman,
“Dan tuhan kamu berkata, Berdoalah kamu kepada Aku nescaya Aku
perkenankan doa permohonan kamu….”
(Surah Ghafir : ayat 60)
Allah suka kita berdoa. Mintalah kekuatan.
Menangislah disaat kita berada dalam kesempitan, kesusahan dan
kepayahan. Apabila merasakan diri sangat berdosa, berdoalah untuk ampunkan
segala dosa kita.
Berdoalah kawan sebagai seorang hamba.
Sedarlah diri ni wahai kawan.
Betapa cintanya Allah, tuhan kita untuk mendengar rintihan kita.
Tak Kenal Maka Tak Cinta.
Percaya atau tak kalau kita kenal Allah maka apakah kita akan terus
bermaksiat lagi?
Tentulah tidak.
Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Tapi kenapa perlu kenal Allah?
Wahai kawan bacalah surat cinta ini dari tuhan mu,
“Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia yang maha hidup kekal lagi terus
menerus mentadbir (makhlukNya) tidak mengantuk dan tidak tidur…”
(Surah Al-Baqarah : ayat 255)
Allah tuhan kita, Allah cipta kita, Allah yang memberi nikmat, Allah
member ujian, Allah mengizinkan dan Allah segala-galanya.
Betapa baiknya Allah kepada kita sehingga kita sanggup mengkhinatiNya?
Di saat kita rasa Allah begitu jauh sekali dalam hidup kita.
Di saat kita rasa Allah tidak mengampunkan segala dosa kita.
Di saat kita rasa Allah member dugaan diluar batasan.
Di saat kita rasa hidup ini tak berguna lagi!
Ketahuilah wahai kawan, Allah berfirman,
“Dan apabila hamba-hamba Aku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka
sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa dekat…”
(Surah Al-Baqarah : ayat 186)
Allah bagi kepada kita nikmat yang terlampau banyak sehingga tak
terhintung kiranya. Bayang kan daripada badan kita sendiri kita dapat lihat
sendiri betapa besar sungguh nikmat Allah telah pinjamkan.
Ada satu kisah seorang abid (ahli ibadah) yang telah beribadah kepada
Allah selama sepanjang hidupnya. Si abid ni nak membalas segala nikmat Allah
berikan kepadanya.
Sehingga satu masa Allah menjemput si abid ni. Maka ketika di
perhitungan amalannya.
“Masuklah ke syurga Allah dengan rahmatNya” berkata malaikat kepada si
abid.
Maka si abid ni membalas, “Aku mohon hitung amalan ku”
“Masuklah ke syurga Allah dengan rahmatNya” malaikat berkata lagi.
Si abid membalas lagi, “Aku mohon hitung amalan ku”
“Masuklah ke syurga Allah dengan rahmatNya” malaikat berkata lagi.
Si abid membalas lagi, “Aku mohon hitung amalan ku”
Malaikat pun menghitung amalan si abid dengan izin Allah, adakah si abid
ni mampu ‘membayar semula’?
Sepanjang hidup beribadah hanya mampu ‘membayar’ sebelah mata sahaja.
Allahu.
Kita ni bukanlah sehebat untuk beribadah sepanjang hayat kita tapi sudah
cukup nilai nikmat
Allah bagi ni bukan untuk dibayar tetapi untuk membuat apa
yang Allah redha.
Firman Allah,
“Katakanlah (wahai Muhammad), kalaulah semua jenis lautan dakwat menulis
nkalimah-kalimah (nikmat-nikmat) tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan
itu sebelum habis kalimah-kalimah (nikmat-nikmat) tuhanku, walaupun Kami
tambahkan lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan”
(Surah Al-Kahfi : ayat 109)
Fuh! Bayangkan Allah kata kalau kita nak tulis satu-satu nikmat Allah ni
walaupun dakwat tu seluas lautan sekali pun takkan mampu mengira dah nikmat
Allah tu. Walaupun Allah tambahkan lagi lautan yang sama luasnya untuk sambung
tulis nikmat Allah!!
Cukup baiknya Allah sehingga ulamak ada bahaskan bahawa,
“Takut kepada Allah bukanlah istilah tepat bagi Allah yang maha pengasih
lagi maha penyayang tetapi takut menderhaka kepada Allah”
Begitu sekali ulamak menggambarkan kebaikan Allah.
Ada seorang sahabat rasulullah suka baca surah Al-Ikhlas setiap rakaat
dalam solatnya.
Apabila ditanya kepada rasulullah, mengapa sahabat tersebut baca begitu?
Maka rasulullah menyuruh tanya sendiri kepada sahabat tersebut.
Apabila ditanya, maka sahabat ni menjawab,
“Aku sangat cinta kepada Allah”
Allah berfirman,
“Katakanlah (wahai Muhammad), (tuhanku) ialah Allah yang maha esa. Allah
As-Samad. Tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tiada satu pun yang
serupa denganNya”
(Surah Al-Ikhlas : ayat 1-4)
Kalaulah kita dapat baca makna ni dengan baik, memang cukup cantik sifat
Allah. Cukup ‘menggambarkan’ sifat Allah itu bagaimana.
Perhatikan ayat pertama, Allah yang maha esa.
Maknanya Allah lah tuhandan tiada yang sehebat melainkan Dia. Allah
sambung dengan ayat kedua dengan hujah yang kuat untuk memperkukuhkan ‘Allah
yang maha esa, Allah As-Samad.
Apa itu As-Samad?
As-Samad ni ulamak bahaskan tiada tempat yang berhak dan selayaknya
untuk memohon dan meminta hanyalah Allah.
Allah sambung dengan ayat seterusnya, Allah tidak beranak dan tidak pula
diperanakkan.
Senang cerita, Allah tidak berkeluarga. Allah tetap Allah. Tiada
sehebat Dia.
Saya sangat suka ayat terakhir ni sebab inilah hujah menguatkan 3 ayat
di atas, Allah tidak ada sesiapa pun yang serupa denganNya. Betapa hebatnya
Allah sebagai penguasa sekalian alam.
Tiada Yang Berkuasa Melainkan Dia.
Satu kisah di mana rasulullah di mikraj kan oleh Allah, ketika tu
rasulullah bersama dengan malaikat Jibril. Ketika di langit malaikat Jibril
menjelma rupa parasnya yang sebenar di hadapan rasulullah.
Rasulullah begitu kagum dengan ciptaan Allah dengan rupa paras malakat
Jibril. Malaikat Jibril sangat besar dan mempunyai sayap 300 kanan dan 300
kiri. Satu sayap malaikat Jibril boleh menutup satu bumi.
“Wahai Jibril sungguh hebat engkau” rasulullah memuji malaikat Jibril.
Malaikat Jibril menjawab, “Janganlah memuji aku ya rasulullah sebab ada
yang lebih besar dari ku”
“Siapakah dia” tanya rasulullah.
“Malaikat Israfil iaitu malaikat yang di tugaskan meniup sangkakala”
jawab malaikat Jibril.
Seperti yang digambarkan, malaikat Israfil lebih besar dari malaikat
Jibril dan mempunyai 600 sayap kiri dan 600 sayap kanan. Satu sayap malaikat
Israfil boleh menaungi malaikat Jibril.
“Sungguh hebat malaikat Israfil” puji rasulullah lagi.
“Janganlah memuji malaikat Israfil sebab ada yang lebih dari dia” jawab
malaikat Jibril.
Rasulullah bertanya, “Siapakah dia?”
“Dialah malaikat yang sentiasa berada setiap penjuru iaitu malaikat
Izrail yang ditiugaskan mencabut nyawa”
Seperti yang digambarkan, malaikat Izrail lagi besar dari malaikat
Israfil dan mempunyai 1200 sayap kiri dan 1200 sayap kanan.
“Sungguh hebat malaikat Izrail” puji rasulullah sekali lagi.
“Janganlah memuji malaikat Izrail kerana ada yang lagi hebat dan besar
dari dia” kata malaikat Jibril.
“Siapakah dia?” tanya rasulullah.
“Dialah Allah” jawab malaikat Jibril.
SubhanaaAllah sungguh hebat Allah. Malaikat menggampar satu per satu
makhluk ciptaan Allah yang hebat-hebat belaka bahkan besar juga. Akhir
sekali malaikat Jibril mengajar kepada
rasulullah tentang tauhid. Tiada tuhan melainkan Dia.
Begitulah cara didikan Allah berikan melalui malaikat Jibril kepada para
rasulNya. Sangat terpegun rasulullah nak tahu siapa yang lebih hebat dan
akhirnya persoalan itu terjawab dengan hikmahnya.
Hati Terpaut Cinta PadaNya.
Apabila hati kita kenal Allah maka secara tak langsung cinta kepada
Allah akan terserlah.
Membuak-buak untuk melakukan amalan bagi menggapai
redhaNya.
Syurga Allah menjadi idaman.
Berubah sikit demi sedikit. Berubah dari buruk kepada baik.
Kita akan dapat bergantung pada kesungguhan kita.
“Dan bahasanya seorang manusia tidak mendapat selain apa yang
diusahakannya”
(Surah An-Najm : ayat 39)
Apabila kita sudah berjaya meninggalkan jahiliah maka cinta akan
kebaikan menjadi utama.
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang diri mukmin dan harta
mereka dengan memberikan syurga untuk mereka”
(Surah At-Taubah : ayat 111)
Kita percaya Allah uji itu sebagai cintaNya Allah kepada kita maka kita
takkan sesekali ragu dengan janji-janji Allah.
“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya setiap
kesusahan ada kesenangan. (Sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya setiap
kesusahan ada kesenangan”
(Surah Al-Insyirah : ayat 5-6)
Sebaik-baik kesenangan yang abadi ialah ketika mana kita berada di
syurga Allah.
Percayalah pada janji Allah. Janji Allah takkan pernah terpadam dan
harapan seorang hamba sentiasa ada.
Apabila kita kenal Allah takkan sesekali kita akan khianati kebaikanNya
yang telah dicurahkan kepada kita.
“Oleh itu, janganlah engkau menyangka Allah
memungkiri janjiNya kepada rasul-rasulNya, sesungguhnya Allah maha kuasa lagi
maha membalas (orang-orang yang menderhakakan kepadaNya)”
(Surah Ibrahim : ayat 47)