Sabtu, 26 Mac 2016

Para Pendosa




Alhamdulillah, semoga Allah memberikan kerahmatan kepada kita semua inn shaa Allah. Nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang merupakan nikmat yang selalu kita rugikan. Jadi, gunalah sebaiknya sebelum Allah menarik semula.

Kenapa tajuk kali ini Para Pendosa?
Pendosa. 
Siapakah pendosa?Ya, saya dan kamu semua.

Saya menulis tajuk kali ini dengan rasa serba salah kerana saya sendiri seorang pendosa dan saya akan cuba bawa diri saya dan kamu semua mencari sinar menuju ke syurga Allah SWT. Saya harap atas asbab tulisan saya ini, Allah permudahkan saya dan kamu semua dapat keluar dari kegelapan mencari cahaya ilahi.

Sesungguhnya Allah itu tuhan ku dan tuhan kamu semua…

Bila ceritakan kebesaran Allah, letakkan dalam hati kita percaya dan yakin itulah tuhan kita, Allah.

Mintalah kepada-Ku nescaya akan aku kabulkan “
SEDEKAT MANA KAMU DENGAN ALLAH.
Adakah makin jauh? Atau sangat semakin jauh?
Allah tak pernah meninggalkan kita walau sesaat sedang kita berlari jauh dari Allah. Kita tak sedar Allah itu tuhan kita. Sebab itulah kita akan terus kepada kemaksiatan dan dosa-dosa. Sebab itulah kita takkan pernah rasa takut pun untuk melakukan perkara mungkar. Malah, kita rasa lebih bangga dengan dosa kita sendiri.
Allah berfirman,
"Ingatlah sesungguhnya janji Allah itu benar tetapi kebanyakkan daripada mereka tidak mengetahuinya" (Surah Al-Qalam : ayat 55)
Bagaimana untuk kita merasakan kehadiran Allah dalam hidup kita sebagai tuhan kita dengan rasa yakin dan percaya?
Kata ustaz saya, kita kena ceritakan kebesaran Allah setiap hari kepada orang ramai supaya kita dapat ketepikan kebesaran makhluk dan kita nampak kebesaran Allah.
Allah ada kuasa, makhluk tak ada kuasa “
Kata-kata inilah yang selalu ustaz saya katakan. Demi mendidik anak muridnya agar ingat Allah sentiasa. Kita tak sedar Allah sangat sayangkan kita semua. Nabi kita pun sangat sayang akan kita. 

Kita pulak buat tak tau je, buat endah tak endah je semua suruhan Allah dan nabi. Sayang seribu sayang, cinta Allah dan rasul adalah cinta yang pasti syurga sedangkan cinta selain tu tak pasti lagi.

Cinta Allah dan rasul adalah cinta yang tak pernah bertepuk sebelah tangan je tapi cinta ni pasti sampai ke syurga.
BAGAIMANA DENGAN TAUBAT MU?
Rasulullah SAW bertaubat kepada Allah sebanyak 70 kali sehari. Ada juga ulamak membahaskan bahawa 73 kali rasululluah bertaubat. Nabi kita inilah kekasih Allah dan telah dijamin syurga Allah masih lagi merasakan ada kurang dan dosanya kepada Allah.
Kita??
Allah, kita sangat jauh berbeza dengan para sahabat. Keimanan mereka sangat hebat dan gentar kepada Allah. Takut untuk lakukan dosa.
Jumhur ulamak bersepakat kita sepatutnya menunaikan solat sunat taubat sebelum tidur. Ini dapat menjaminkan kita untuk tidur dalam keadaan diredhai oleh Allah. Ajal maut di ketentuan Allah, mungkin ajal kita pada tidur selepas ini. Bukan kita tahu pun. Apa yang penting ingat mati itu terbaik.
TERUS DAN TERUS YAKIN AKAN JANJI ALLAH.
Yakin dan percaya bahawa Allah telah berjanji dan janji Allah itu benar.
Allah berfirman, "Mintalah kepada Ku nescaya Aku kabulkan"
Kita baru tadah tangan, Allah sedia mendengar. Allah sedia untuk kabulkan. Mintalah sungguh-sungguh.
Ya Allah, ampunkanlah segala dosaku. Banyak sangat dosa aku ya Allah 
Mintalah seberapa banyak dan teruskan berdoa, yakinlah Allah mendengar.

Bersama kita mencari redha Allah. Cubalah untuk terus keluar dari penjara dosa. Jangan terus mengalah. Allahkan ada.

Khamis, 10 Mac 2016

SECARA FITRAHNYA






Alhamdulillah Gais!! Ni ada story memang cukup berharga saya rasa.
Pernah ada seseorng bertanya kepada seorang ulamak tentang dua jenis manusia. Iaitu pertama yang selalu beribadah tapi buruk akhlaknya. Kedua yang sangat mulia akhlaknya tapi kurang beribadah.


Memang nak menangis ada, gembira ada entahlah perasaan apa. Bercampur baur macam nasi campur pun ada. Ok ni gurau.

Susah untuk digambarkan dengan tulisan ni apatah lagi kata-kata.

Saya nampak depan mata sendiri walaupun ada sesetengah masyarakat yang kurang upaya tetapi tetap jaga solat.

Walaupun berkerusi roda, tetap tabah ke surau untuk solat. 
Ada yang bergaya rambut panjang lelaki ni macam seakan agak gengster, kaki kiri dia kaki palsu tapi tetap pergi solat
Saya tengok pakaian lelaki ni pergh ketat tu seluar jeans ketat tapi kalau bab doa saya tengok dia sungguh-sungguh. 
Ni yang saya terkejut, dia ni perempuan tapi macam lelaki gaya dia. Rambut pendek, pakaian lelaki dan gaya lelaki. Tapi baca quran time waktu lapang.

Allah.

Saya memang syukur sangat. Bukan redha atas perbuatan mereka tetapi inilah langkah pertama untuk mereka berubah.



Ada  seorang bertanya kepada seorang ulamak, berkenaan 2 jenis manusia, pertama sentiasa beribadah tapi akhlaknya sangat teruk. Kedua, akhlaknya sangat baik tapi kurang beribadah.

Soalannya, siapakah yang lebih baik?

Jawab ulamak tu ialah kedua-duanya.

Hujahnya ialah pertama, sekiranya dia terus beribadah inn shaa Allah suatu hari nanti Allah akan berikan hidayah dan dia akan berubah menjadi akhlak yang baik. Kedua pula 
sekiranya dia selalu berakhlak baik suatu hari nanti Allah akan bagi hidayah dan dia akan berubah untuk kat ibadah kepada Allah. Kedua-dua ada boleh menjadi asbab hidayah Allah kepada mereka ni iaitu akhlak mulia dan ibadah.



Apa yang saya nak kongsikan ialah fitrah manusia memang beriman kepada Allah.

Tak kira dia latar belakang macam mana pun tapi Allah cipta kita dengan satu fitrah yang takkan pernah terpisah dengan kebenaran iaitu merasakan ada kuasa yang besar untuk pengharapan kita.

Saya yakin mereka ni sedar mereka ni tahu ini salah tapi keyakinan fitrah terhadap Allah tu sentiasa ada.

Cuma mereka ni perlukam masa untuk berubah. Dari sikit-sikit dahulu.

Tak kira OKU sekali pun mereka tak mengeluh,

"Mengapa aku diciptakan begini?"

Tak!! Mereka tetap tabah jalani ujian dengan hebatnya.
Allah.

Tak tahu nak tulis macam mana ni. Untuk mereka ni tolonglah jangan sindir atau kutuk.

Doalah untuk mereka. Bimbinglah mereka. Berikanlah semangat kepada mereka.

Mereka ni tak mustahil masuk syurga awal dari kita.

Tak mustahikl mereka ni mempunyai amalan yang Allah cintakan dia ni.

Siapa tahu?

Allah tak zalim kepada hambaNya. Keadilan bukanlah sama rata tetapi hak itu patut pada tempatnya.

Mereka ni yang OKU ni sangat tabah dan yakin dengan janji Allah.
Mereka ni yang jahil ni masih ada lagi pengharapan yang tinggi kepada Allah.

"Siapalah kita nak menilai mereka ni ke neraka atau syurga."

Bukankah itu kerja tuhan, mengapa kita mahu mengambil kerje tuhan?

Jika betul kita ni hebat sempurna anggota badan kita tapi adakah kita setabah mereka?

Jika betul kita ni hebat boleh jaga amalan kita tapi adakah kita seyakin pada Allah seperti mereka?

Dakwah bukanlah kejian atau sindiran atau mengkafirkan dia.

Tapi dakwah adalah sama-sama mengajak dia ke syurga bersama kita.

Moga Allah redha dengan segala amalan kita.

Saya harap penulisan story kali ni dapat membuka mata supaya tak semua masyarakat yang jahil ni jauh dari tuhan.

Sama-sama doakan hidayah kepada mereka yang nak berubah.

Rabu, 9 Mac 2016

Sampai Bila Kita Nak Bermaksiat?





Bismillah. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Hari ni rasa tertarik untuk membuat satu coretan yang sangat berharga.

Coretan apa?

Coretan berbentuk harapan buat para pendosa. Ya, untuk kita semua termasuk diri ni.

Moga Allah redha dengan segala coretan saya.
----------
Syukur pada Allah kerana kita masih lagi dapat diberikan kehidupan untuk mencari redha Allah. Tak pernah lagi Allah tarik nikmat kita lagi time kita tak syukur.


Cukuplah cinta Allah dengan menghidupkan kita lagi untuk memberi peluang bagi bertaubat kepada Allah. Fikir selalu, jangan tak fikir. Hadith nabi, “Sungguh sedikit umat ku yang berfikir ” (riwayat Bukhari).
Susah sangat nak fikir sebab kenapa? Kita bersenang lagi dengan nikmat dunia sedangkan jelas Allah kata dalam quran,
Setiap yang hidup pasti akan merasi kematian.. 
Itulah kita, hakikat hamba Allah. Tak pernah sedar diri ni hamba.
Baiklah, saya mungkin rasa serba salah untuk mengatakan tajuk ini kerana saya sendiri tak pernah terlepas dari melakukan dosa. Bila difikirkan jika tak sampaikan teguran dan ilmu ini, di akhirat nanti Allah akan tanya pada saya,
Apa usaha kamu untuk menegur umat bagi mencegah mungkar sesama di dunia? 
Allah. Takut sangat. Saya berharap sekali lagi atas asbab tulisan saya ini, saya dan kamu semua keluar dari belenggu maksiat menuju ke syurga Allah SWT.
Allah berfirman,
Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan kepada mereka, Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah itu orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik (16)”
Surah Al-Hadid : ayat 16
Apa kena mengena dengan ayat ni?
Allah tanya, sampai bila masa nak kembali kepada ajaran Islam? Sampai bila bro, sis??
Mana tidak seruan Allah ditinggalkan dosa dan maksiat seperti ibarat sebahagian hidup kita sendiri. Perkara kecil pandang remeh Islam takkan hebat seperti dahulu, zaman Khulafa’ Ar Rashidin. Tutup aurat pun berkira.
Main bola dah bagus dah, bro tapi tolong ikut syariat. Tutup aurat yee. Sis, lawa lengan. Tolonglah jaga aurat terutama wanita bak bidadari hiasan dunia terindah (amboi). Jangan pandang enteng je, sedang kan Allah menilai walaupun sebesar zarah.
Bro, sis, cukuplah dengan couple. Haram tu. Sedang Allah dah sebut dalam quran,
Dan janganlah kamu mendekati zina 
Mukaddimah zina adalah couple dan ikhtilat. Couple islamik ke tak islamik ke sama je hukum tetap haram. Hanya ada satu sahaja cinta yang Allah redha, iaitu kahwin. Carilah hadith mana yang bercinta dulu baru kahwin. Pasti dan pastinya tak ada.
Ok, baiklah seterusnya Allah kata bila masa kita nak ikut Al-Quran? Jangan asyik pada maksiat, tinggallah. Usaha untuk mengetepikan maksiat dan ambil redha Allah adalah sangat besar ganjarannya.
Syurga Allah sentiasa mahal tak pernah turun lagi harganya. Mahal pun tanpa GST tau tak. Kita dah lah hamba, makhluk ciptaan dan makhluk yang lemah walau sebaik ciptaan.
Seterusnya, Allah sebut jangan jadi seperti umat terdahulu sebab hari semakin hari mereka jauh kepada kita mereka. Akhirnya, hati mereka menjadi keras dan banyak di antara mereka orang ingkar pada Allah.

Maksiat.
Dosa.

Perkara sama. Sangat sukar untuk tinggalkan sebab kita sayang pada jahilliah kita.

Macam mana nak tinggalkan maksiat @ dosa?
Macam mana nak hijrah dari buruk kepada baik?
Macam mana nak berubah dari jahat kepada baik?

Saya pesan, apa saya kongsikan ini berdasarkan pengalaman dan perkongsian orang lain kepada saya. Bukanlah nak kata yang saya kongsi inilah dapat mengubah kamu semua kepada manusia yang maksum, tidak. Inilah cara panduan untuk mencari syurga Allah bersama.
Jom.
Stop, Stop And Stop Maksiat.
Sememangnya kita semua kena berhenti dari maksiat yang kita sangat cintai tu. Yang susah sangat nak tinggalkan tu. Please, stop maksiat, if you want to go way of jannah.Understand?
Serius, nak tinggal maksiat buat selamanya dengan kita sendiri ambil inisiatif untuk tinggalkan maksiat itu sendiri tanpa disuruh orang lain. Bukan selamanya tetapi untuk istiqamah tinggalkan maksiat. Kita bukanlah maksum seperti nabi kan? Tetapi realiti hakikat kehidupan kita penuh dengan cabaran dan dugaan serta tarikan sana sini. Kitalah sendiri yang menentukan untuk ke mana.
Diri anda, pilihan anda.
Cara stop maksiat ialah anda kena JAUHkan diri anda dengan MAKSIAT tersebut.
Contoh, rokok. Ok, rasa nak rokok? Pergilah ajak kawan keluar ke, main game dengan adik ke, apa-apa ke yang boleh melekakan diri kita dari maksiat tu. Cuba buat, jangan merungut. Allah pandang usaha kita bukannya alasan kita.
“Kalau banyak sangat alasan lebih baik kau tak payah hidup lah”
Ayat ni yang saya selalu dengar. Yup, jikalau hidup kita tak nak usaha tetapi banyak alasan, hidupnya penuh dengan KEMALASAN tahap gaban. dan orang begini tak ada matlamat hidup. Syurga Allah bukan impiannya.
Menyesal Sangat Dan Nak Berubah
Bila dah stop maksiat, menyesal dah, tak nak ulang lagi lepas ni. Tanam dalam hati tu betul-betul. Lepas itu, simen lawa-lawa (eh?). Rasa nak berubah tu ada sangat. Bukan macam hangat-hangat tahi ayam atau sembang kencang ribut taufan ke, sembang ombak tsunami ke, tak tetapi ada niat nak berubah. Saya ulang, memang ada niat nak berubah. Faham?
Macam mana nak menyesal? Kamu semua kena tahu yang apa kita buat tu adalah BERDOSA. Ingat, dosa ke neraka.

Berdosa.
Neraka.

Dua tu je kena ingat untuk menyesal. Bila menyesal automaticly nak berubah. Dah berubah alhamdulillah dan istiqamah.
Faham? Ok, seterusnya.
Berazam Menjadi Seorang Yang Awesome.
Last sekali ini kita semua, saya dan kamu semua pastikan azam setiap hari. Letakkan objektif ni setiap hari. Berazam dengan doa.
Ingat, Azam tanpa doa dan azam dengan doa, berbeza. Azam tanpa usaha dan doa, berbeza dengan azam dengan usaha dan doa.
Ceritakan tentang keburukan maksiat yang kita lakukan kepada orang lain. Maksud saya BUKAN ceritakan keburukan maksiat kita tetapi apa yang maksiat kita pernah buat, bagitahu keburukan tu. Faham? Tak, emm saya bagi contoh.
Couple lah. Ok, cenggini, si A ni pernah couple dan dia rasa sangat berdosa. Si A ni pun bertaubat kepada Allah. Dia berazam untuk jadi lebih baik dan mengubah nasib orang macam dia. Si A ni dapat tahu yang kawan dia ni si B bercouple. Si A jumpa dengan si B.
Antara cakap si A,
“Wei tahu tak, Allah tak suka hamba-Nya kejar cinta makhluk lebih dari cinta Allah. Haram tau tak? Aku rasa kau dengan aku sama je ada buat salah. So, aku rasa lebih baik kita putus je.”
Faham dah? Alhamdulillah.
Faham tiga perkara ni dengan sebaiknya. Faham dengan hati kamu semua. Saya bukanlah sempurna tetapi saya ada usaha ini lah bukti saya cinta pada Allah. Tapi tak cukup dengan coretan ni, saya dan kalian semua kena saa-sama buat.
WaAllahu’alam. Moga Allah redha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...