Jumaat, 11 Mei 2018

CERPEN : Refleksi Diri


Sudah 20 tahun berlalu, aku dah tak lagi seperti dulu. Aku bukanlah lagi sama sewaktu ketika dulu. Aku, sekarang dah berbeza.

Sekarang, aku dah berjaya mencapai impian. Aku merupakan seorang pakar motivasi yang terkenal. Aku juga dikenali sebagai 'inspirator ummah'. Kerana apa?

Kerana aku dah banyak memberi inspirasi kepada orang ramai di luar sana untuk terus maju ke depan, untuk terus berubah, untuk terus mencapai apa yang mereka semua ingin kecapi.

Yup, bermakna hidup aku sekarang amat senang. Aku mempunyai harta , kekayaan dan aset yang banyak. Semuanya aku tak simpan untuk hiasan semata-mata. Mana yang aku ada lebih rezeki, takkan sesekali aku berkira untuk menyumbang, menderma dan membantu bagi mereka yang memerlukan.

Aku juga mempunyai keluarga sama seperti orang lain. Alhamdulillah, aku bahagia dengan keluarga aku yang tercinta. Aku dikurniakan 3 orang anak yang hensem dan cantik belaka, macam aku lah. Hehe tu gurau je. Semua anak aku dapat didikan yang baik sama ada dari segi akademik mahupun agama. Aku juga sangat bersyukur kerana Allah mengurniakan kepada aku teman sejati kekasih yang solehah. Itulah isteri kesayangan ku.

Itulah cerita aku yang sekarang. Untuk mencapai segala yang aku kecapi pada hari ni semuanya aku lalui dengan dugaan dan cabaran yang besar.

Mesti ramai tertanya-tanya, apakah yang menyebabkan aku terus kuat untuk capai segala impian ni?

Jawapannya ialah....

Diri aku yang dulu.

Yup, disebabkan diri aku yang dululah menjadi penyebab yang kuat supaya aku nak ubah. Aku nak ubah segala persepsi masyarakat. Aku nak ubah persepsi kita terhadap Pencipta kita. Aku taknak orang lain mengulangi kesilapan yang pernah aku lalui.

Inilah kisah aku 20 tahun yang lalu.

Dulu, aku pernah melawan, marah, tak puas hati pada ibu ayah kerana kehidupan yang serba kekurangan. Segala apa yang kawan ada, aku takde. Pernah aku desak ibu ayah banyak untuk aku minta apa yang aku nak tapi semuanya hanya sia-sia.

Apa yang dibalas oleh ibu ayah aku selalu, "Nak, kita ni bukan lah hidup berada seperti kawan-kawan kamu tu. Kalau ibu ayah ada duit lebih memang ibu ayah akan belikan untuk kamu tapi hidup kita ni cukup-cukup untuk keperluan kita makan minum dan untuk belanja kamu ke sekolah"

Disebabkan aku geram sangat dengan asyik jawapan yang sama je, aku lari dari rumah. Aku tinggal dengan kawan aku yang kaya. Ketika tu, aku memang anggap dia kawan baik aku. Dia sangat mengalukan kehadiran aku. Begitu juga dengan ibu ayah dia.

Aku dijaga seperti anak sendiri. Semua keperluan dan kemahuan aku, semuanya dipenuhi dengan baik.

Aku ingat lagi, time tu tahun aku SPM tapi macam aku tak endahkan semua tu. Lagi-lagi kawan baik aku ajak aku ke kelab malam. Aku tahu je arak tu haram tapi apa kan daya, semuanya aku tibai.

Bila dah mabuk tu pula, aku berzina tanpa aku sedar dengan pelacur di sana. Entah berapa kali aku dah bermaksiat sebegitu rancaknya sehinggakan aku menyangka kehidupan aku begitu indah sekali. Walhal, hanya kesengsaraan yang aku kecapi.

Aku begitu melupakan tentang diri aku yang sebenar. Aku lupa ibu ayah aku. Aku tak pernah ambil tahu sejak aku duduk bersama dengan kawan aku.

Entah kenapa suatu hari, aku terasa sangat jemu. Jemu yang tiada ketengan jiwa. Hati meronta-ronta nakkan sesuatu yang aku tak pasti pada waktu tu.

"Wei, nah, minum la lagi" Sapa kawan aku sambil memegang botol arak.

Aku pandang dengan pelik. Bukan kawan aku yang pelik tapi aku!

"Emm, tak pe la wei, aku balik rumah dulu lah" Aku menolak pemberian botol arak dengan baik.

"Aikk, takkan nak balik dah, enjoy la dulu" Sambil menari mengikut rentak lagu yang dimain dalam kelab malam.

"Erkk, aku tak sihat sangat hari ni" Aku cuba bagi alasan.

"Hah, okk. Balik la dulu" Kawan aku terus hilang dalam lautan manusia yang sedang menari rancak.

Aku pun berjalan pulang ke rumah. Ceh, macam dekat je kan? Aku naik motor pergi balik rumah. Sambil aku on the way nak balik rumah tu, aku asyik berfikir je.

Bercerlaru benak fikiran aku. Serabut sangat dah kepala otak aku waktu tu.

Sampai je aku di depan rumah, aku pun turun dan tak sempat kaki aku mencecah lantai terus ada seseorang memeluk erat belakang badan aku.

Aku tersentak. Kerana aku pernah merasai kehangatan peluk ni. Bila aku menoleh, sangkaan aku betul, ibu. Ayah aku juga berada di sisi ibu.

Disebabkan ego melangit, aku terus menolak badan ibu supaya pelukan yang tadi erat, terlerai.

"Nak, kenapa buat macam ni pada ibu ayah?" Tanya ibu.

Soalan yang sama berulang-ulang. Aku hanya mampu menundukkan kepala sambil menggenggam erat buku lima menandakan aku geram.

"Kalau betul ibu ayah ada buat salah dengan kamu, kami minta maaf. Baliklah ke rumah nak" Ibu terus meluru untuk memeluk aku.

Aku pun terus menolak ibu, "Arggh, apa ibu ayah faham dengan perasaan saya ni!?"

Tiba-tiba, sebuah kereta meluncur laju melanggar ibu. Ayah yang dari tadi memujuk isterinya terus terdiam kaku.

Terkejut dengan apa yang berlaku.

Mata aku terbeliak dengan apa yang dah berlaku. Terus aku berlari mendapat ibu aku. Perlahan-lahan aku pangku kepala ibu di riba ku. Tanpa aku sedar, air mata aku mengalir.

Ayah pun cepat-cepat membantu aku. Tapi takde apa yang boleh dibantu. Keadaan ibu yang sangat kritikal menyebabkan peluang hidupnya agak tipis.

"Ibu, maaf" Tanpa aku sedar kata-kata ini yang aku ucapkan. Pipi aku masih dibasahi air mata yang masih mengalir.

Walaupun ibu mengalami pendarahan yang banyak dan keadaan yang kritikal, ketika itulah ibu masih lagi mengukirkan senyuman yang aku pernah lihat ketika dulu. Perlahan-lahan tangan ibu menyentuh pipi ku. Sejuk.

Aku genggam erat tangan ibu.

Tak lama kemudian, ambulan pun tiba. Tapi semuanya telah terlambat. Itulah kali terakhir aku melihat wajah ibu.

Sejak kejadian ibu meninggal dunia, aku menjadi lebih bermasalah di sekolah. Boleh katakan bilik disiplin, bilik mesyuarat dan bilik pengetua tu kiranya wajib lah untuk aku jejak. Tak sah kalau tak jejak. Sejak hari tu juga, aku duduk kembali dengan keluarga aku. Itu pun hanya aku dan ayah.

Ayah senang untuk mencari rezeki yang cukup-cukup sebabnya aku anak tunggal.

Ketika itu, aku rasa tertekan teramat. Persepsi sebahagian kawan-kawan, guru-guru dan masyarakat terhadap aku sangat negatif. Mereka judge aku seolah tiada harapan untuk ke syurga, judge aku seolah mereka lah tuhan, mereka judge aku seolah mereka maksum bersih dari segala kotoran dosa.

Aku mula berputus asa.

Suatu malam yang sunyi. Dikala manusia nyenyak tidur, aku masih lagi resah tak dapat tidur. Fikiran aku bercelaru memikirkan persepsi masyarakat dan dosa-dosa yang menghantui aku. Aku buntu.

Aku bangun dari tempat tidur dan menuju ke dapur. Aku membasahkan muka untuk mengurangkan rasa resah yang semakin membuak-buak. Air basahan di muka masih mengalir menitik di dalam sinki.

Aku terpandang sebilah pisau tersemat kemas di bekasnya. Hati aku membisik, "Lebih baik aku bunuh diri, aku takdelah nak hadapai hidup macam ni. Aku akan bebas"

Tanpa berfikir dengan waras, aku terus mengambil sebilah pisau terus aku halakan mata tajamnya di leher ku. Yup, aku dah bertekad. Aku memejamkan mata.

Aku redha.

"Man"

Aku dengar seolah ada orang memanggil lembut nama aku. Aku rasa tu hanya khayalan je. Aku mengemaskan genggaman erat pisau.

"Man, saya yakin awak kuat dari apa yang awak dah lalui. Awak kena yakin yang Allah bagi semua ni untuk awak sedar yang Allah nak awak ke syurgaNya"

Aku tersentak. Pisau yang erat kemas aku genggam terjatuh. Perlahan-lahan air mata mengalir. Badan terasa lemah. Terus aku melutut.

Aku menangis.

'Ketenangan apakah ni?" Hati berbisik.

"Man, kenapa ni?" Sapa ayah. Terus ayah memeluk erat tubuh ku. 

Kepala aku diusap lembut dan sesekali ayah mencium dahi ku. Apa yang aku hanya mampu menangis je ketika tu.

Aku mula berubah secara perlahan-lahan. Merangkak perlahan-lahan. Seolah seperti bayi yang baru merangkak. Begitulah juga dengan aku.

Aku mula menjaga solat, mengaji, belajar cara solat dengan betul dan belajar bertaubat. Semuanya aku usaha sendiri. Aku ke masjid untuk dengar kuliah-kuliah yang ada. Bertanya kepada ustaz dan ustazah. Aku buat demi masa depan kerana aku mempunyai cita-cita yang jelas.

Aku nak bantu orang seperti aku.

Aku pun kerja sambilan di restoran KFC. Duit yang aku dapat, semuanya aku simpan sikit demi sikit. Ayah pun support apa yang aku buat. Semua duit yang aku simpan tu aku akan gunakan untuk sambung belajar.

Alhamdulillah selepas 20 tahun, aku dah berjaya. Suara siapa yang membisik di fikiran aku ketika aku nak bunuh diri tu?

Dialah Puteri Maisarah, isteri aku. Dialah yang memberi harapan kepada aku tika aku jahil dulu. Dia yang selalu memberi semangat ketika aku down. Maka, aku tak ragu untuk menjadikan dia halal buat ku.

Abdul Rahman itulah nama aku. Inilah kisah aku. Aku akan terus dan menerus memberi inspirasi kepada masyarakat di luar sana. Moga Allah redha dengan segala amal aku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...