Ini kisah aku, sahabat, tarbiah dan move
on!
Mungkin nampak macam satu luahan.
Mungkin luahan jga tapi bukan sekadar untuk dijadikan cerita novel.
Terimalah. Moga bermanfaat.
Suatu ketika dulu, aku pernah ada
seorang sahabat baik. Sangat baik.
Memang best borak dengan dia. Aku rindu
semua kenangan masa tu. Gelak tawa, gurau senda, usikan dan macam-macam lah.
Time mula aku kenal dia, dia yang telah
mengenalkan Islam kepada aku dengan lebih dekat. Dialah yang ajak aku tengok
video ceramah Ustaz Don Daniyal di Youtube.
Bila first time dengar dia ajak tu, rasa
macam biasa je tapi dia sembang punyalah kencang sampaikan terdetik dalam hati
aku,
“Uish, kena tengok ni!”
Sampai macam tu sekali boleh terdetik.
Dia memang banyak share ilmu. Dia selalu share ilmu pada aku. Aku ni rasa cetek
je ilmu nak dibandingkan dengan dia. Tapi dia minta juga untuk aku share pada
dia.
Allah, segannya share ilmu pada dia.
Tapi lepas beberapa kali dia desak, aku kongsikan juga. Aku tak nak hampakan
dia.
Dia juga selalu belanja aku makan.
Memang dia suka belanja aku. Aku pun tak tahu. Jelaslah di sangat baik.
Kalau dekat dengan dia, duduk dengan
dia, memang mengingatkan kepada Allah. Itulah aku tak boleh nafikan. Bila rapat
dengan dialah aku kiranya dah mula terjun dalam bidang tarbiah ni.
Pernah suatu hari, ada kuliah Ustaz Don
Daniyal di masjid empat dia. Dia bagitahu aku. Aku memang nak pergi tapi jauh.
Dia ajak tidur di rumahnya. Allah, memang tak tahu nak kata apa.
Alhamdulillah, hajat nak dengar live
ceramah ustaz Don tercapai dan bergambar dengan ustaz Don pun tercapai.
Seronok ada sahabat macam dia. Dia
memang baik.
Dialah tempat aku mengadu segala masalah
atau tak puas hati ke. Dia yang selalu bagi kata-kata semangat dia. Memang dia
bagi semangat tu memang ada harapan jalan keluar. Memang itulah Allah telah
firmankan dalam Al-Quran, iaitu jangan berputus asa dengan rahmat Allah.
Dia juga perkenalkan Ustaz Abdullah
Khairi. Pergh, memang terbaiklah Ustaz Abdullah Khairi ceramah. Macam biasalah,
dia cerita macam nak rebut dah tapi Alhamdulillah memang sangat-sangat best.
Kami bersama-sama fikirkan tentang
masalah umat.
Tapi suatu hari, dia macam dah tak rapat
sangat dengan aku. Aku pun tak pasti.
“Salah aku ke?”
Itulah hati aku berbisik. Yup, mungkin
salah aku. Tapi aku bukanlah malaikat. Aku juga manusia yang perlukan teguran
dan nasihat.
Dia sanggup sembunyikan ‘teguran’
daripada aku hanya semata nak menjaga hati aku. Disebabkan itulah, ramai benci
aku atas sebab satu kesalahan yang tak pernah dia tegur.
Mungkin dia terkilan sebab dapat sahabat
macam aku. Time tu, aku hanya mampu menangis. Aku futur. Aku lemah semangat.
Dia semakin menjauhi daripada aku. Aku
hilang kekuatan. Aku solah hilang arah tujuan.
Aku pening.
“Apa yang patut aku buat?”
Kadang aku menagis macam budak kecil.
Kadang aku tersenyum macam orang gila.
Kemudia, pada saat aku ditimpa masalah
nil ah, Allah bagi aku kesedaran!
“Takkan hanya kerana silap kau, kau dah
paling dari Allah? Takkan hanya kerana kawan kau tinggalkan kau, kau sanggup
lari dari Allah?”
Aku muhasabah diri. Aku cari kekuatan
semula. Hanya dengan sendirian. Tanpa bimbingan daripada mana manusia. Aku
hanya mengharapkan kepada Allah je.
Memang dia kenalkan aku erti tarbiah.
Memang dia kenalkan aku erti sahabat. Memang dia kenalkan aku erti Islam.
Takkan dia tinggalkan aku, aku kena
tinggalkan bidang tarbiah juga?
Persoalan demi persoalan menerjah
fikiran. Kadang akhir-akhir ni juga aku banyak berfikir.
Pernah aku tanya salah seorang murabbi,
kalau ada masalah apa kena buat?
Murabbi kata iktikaf dalam rumah Allah.
Inn shaa Allah akan bagi ketenangan.
Memang aku rasa sangat tenang apabila
menjejakkan kaki ke rumah Allah. Ketenangan yang menyebabkan aku tersenym
sendirian.
Aku ingat lagi ketika aku dihadap pada
murabbi, aku malu.
Siapa je yang tak malu kalau kesalahan
kita murabbi tahu? Aib kita kan? Apa yang patut kita banggakan dengan jasa kita
dihadapan murabbi sedangkan aib kita dah terdedah?
“Bimbing saya ustaz”
Itulah kata yang aku mampu ungkapkan
sambil menangis.
Tapi sepanjang penghijrahan ini, aku
kehilangan sahabat, hilang kepercayaan guru dan hilang segala-galanya, langsung
tak ada mana-mana bimbingan. Tapi aku tak kehilangan Allah dalam hidup aku.
Aku berubah tanpa ada sahabat di sisi.
Aku berubah tanpa ada bimbingan daripada murabbi. Aku berubah tanpa ada satu
pun luahan dari hati ni kepada seorang pun.
Semuanya hanya tersimpan dalam hati dan
dilepaskan dalam doa. Aku yakin Allah je mampu yang mampu dengar rintihan aku
dan mampu menolong serta membimbing.
Sekarang, aku masih sedih walaupun aku
dah move on sebab aku dah hilang seorang sahabat. Sebab aku dah hilang
kepercayaan daripada murabi.
Aku ingat lagi, aku pakai serban dia pun
nak pakai serban.
Pernah juga dia tanya satu soalan,
“Kan Allah berfirman, sahabat yang
bertaqwa takkan bergaduh. Jadi, kau rasa kita ni macam mana?”
Aku hanya mampu tersenyum je. Kerana aku
bukanlah tuhan untuk menentukan segalanya tapi aku hanya mengharap kepada
Allah.
Tapi aku yakin masih ada harapan di luar
sana yang Allah sediakan buat kita yang yakn pada janji Allah.
Dan sekarang, aku dah rasa sikit
daripada janji Allah. Kerana janji Allah itu luas.
Aku bersyukur kepada Allah. Kerana
kurniakan keluarga kepada aku. Merekalah sumber kekuatan aku. Sumber inspirasi
kepada aku. Merekalah yang banyak membantu aku.
Inn shaa Allah doakan aku istiqamah.
Doakan aku kuat dalam hijrah. Doakan aku kuat berdakwah!
Apa
Perlu buat?
Saya pasti bila kita dah lama
bergelumang dalam maksiat dan dosa, hati kita mesti akan terdetik untuk
berubah. Bila hati kita dah terdetik, teruslah sambut dan tinggalkan maksiat
kita.
Setiap orang berbeza ujian dan kisah
penghijrahan. Saya kisah lain, kalian kisah lain. Tapi kita ada persamaan iaitu
menuju ke dakapan harapan Allah. Menggapai syurga Allah. Memburu redha Allah!
Saya kongsikan beberapa langkah untuk
berubah jika dalam situasi seperti saya ketika berhijrah. Kita berhijrah dalam
keseorangan memang payah. Sebab kita tak ada dorongan dan bantuan daripada
sesiapa.
Carilah kekuatan dengan amal soleh.
Banyakkan iktikaf dalam
rumah Allah. Inn shaa Allah akan memberikan ketenangan dan memberikan kekuatan
tanpa kita duga. Banyakan solat sunat, tak kiralah solat sunat dhuha, tahajjud,
taubat, witir dan macam-macam lagilah yang boleh kita buat. Banyakkan baca
Al-Quran. Paling kurang pun sehelai sehari.
Percayalah bila kita
buat banyak amal soleh, kita aka dapat rasakan Allah bersama dengan kita dalam
penghijrahan. Kita dapat kekuatan bersama Allah.
2. Luahkan masalah kepada keluaga.
Perkara ni ramai yang
ak mampu buat. Sebab kenapa?
Sebabnya, kita takut
ibu ayah kita marah kita bila tahu kita buat salah. Ibu ayah mana tak marah
kalau kita buat maksiat?
Saya pernah lalui detik
begini. Nak tak nak memang kena luahkan sebab kita perlu untuk meluahkan
sesuatu masalah kita apabila kita ditimpa masalah. Memang fitrah seorang
manusia nak akan perhatian orang lain. Lebih baik kita luahkan pada ibu ayah
kita atau adik beradik kita.
Inn shaa Allah mereka
akan sokong dan mendorong kita untuk terus kuat berubah. Percayalah!
3. Berdoalah pada Allah.
Allah dah berfirman
dalam Al-Quran, berdoalah pada Allah nescaya Allah akan makbulkan.
Saya yakin ramai tahu
tentang ayat di atas ni tapi berapa ramai yang menghayati makna tersirat di
sebaliknya?
Kita selalu merungut
doa kita tak makbul lah, tak diterima lah, kena tolak lah, bila nak makbul lah
dan macam-macam lagi. Sebenarnya, betul ke kita dah sungguh-sungguh berdoa pada
Allah untuk minta kekuatan, merintih kepadaNya dan menyandarkan masalah kepada
Nya?
Kalau kita berdoa
sungguh-sungguh itu tanda kita yakin Allah akan makbulkan tapi kita kena ingat
kalau kita berdoa tak semestinya Allah akan makbulkan dengan apa yang kita
minta.
Kadang kita rasa itu
yang terbaik tapi di sisi Allah itu yang terburuk. Kadang kita rasa itu yang
terburuk tapi di sisi Allah itu yang terbaik. Allah tahu apa yang kita sendiri
tak tahu sebenarnya kerana Dial ah pencipta kita semua.
Sebagai contoh, kita
berdoa nakkan kekayaan atau wang yang banyak tapi Allah tak bagi kekayaan tu
sebab Allah tahu kita minta kekayaan tu nakkan kebahagiaan. Kita rasa
kebahagiaan tu boleh datang dengan kekayaan.
Maka Allah akan bagi
kebahagiaan tanpa kita sedar.
Yakinlah dengan janji
Allah. Yakinlah! Janji Allah takkan pernah malap bahkan sentiasa menyala
sehingga hari kiamat.
Lumrah
kehidupan.
Kawan-kawan sekalian, inilah lumrah
kehidupan yang kita patut terima hakikatnya. Janganlah kita merungut dan
merungut. Teruslah bangkit dan sedar dunia ni bukan seindah macam yang kita
sangkakan.
Kehidupan dunia ni bukanlah macam dalam
cerita drama akasia pukul 2 pagi buta atau novel cinta yang penuh tak
habis-habis cinta pandang pertama bilalah nak pandang terakhirnya?
Kalau nak mengharapkan perhatian orang
terhadap kita memang takkan dapat sepenuhnya seperti yang kita nakkan.
Sebab?
Manusia adalah manusia dan bukannya
malaikat. Memang kita tak pernah dapat kesempurnaan macam yang kita nakkan.
Percayalah pada Allah. Hanya Allah
sahaja yang layak untuk kita harapkan dan mengadu padaNya. Betapa sayangnya
Allah kepada kita semua sehinggakan mentakdir kita semua tanpa kita sedar
itulah perkara yang baik-baik belaka.
Yakin dan percayalah pada janji Allah.
Janji Allah tak pernah selamanya palsu.