Rabu, 8 Mac 2017

#2 : Kisah Said Bin Zubir Yang Hanya Takut Kepada Allah.



Alhamdulillah, lebar betul senyuman saya apabila terima satu emel pada pukul 9 lebih semalam. Apa menyebabkan saya senyum lebar sangat tu? Gila ke?

Eh, tak gila cuma seronok je. So, nantikan kejutan pada tahun 2018!

Pastikan kalian semua kena setia menunggu ye. Doa kalian amat saya perlukan.

---

Said bin Zubir ni hidup pada zaman Hajaj Yusuf As Saqofi yang merupakan seorang berkuasa dan berpengaruh besar. Hajaj juga merupakan seorang Gabenor Mekah. 

Hajaj ni merupakan seorang yang sangat kejam dan tak berperikemanusiaan. Hajaj juga hidup pada zaman tabi'in bermakna sempat bertemu dengan para sahabat yang mulia. 

Akan tetapi Hajaj telah banyak membunuh para sahabat atas sebab yang tak munasabah. Bukan je para sahabat dibunuh, bahkan para ulamak yang hebat-hebat semuanya terbunuh di tangan Hajaj.

Akan tetapi para ulamak semuanya berpakat bahawa kita tak boleh kutuk Hajaj juga sebabnya dia ada satu jasa yang sangat besar dalam Islam.

Baris pada perkataan ayat Al-Quran yang kita baca hari ni merupakan hasil daripada jasa Hajaj. Sampai ke hari ni satu dunia Islam baca Al-Quran baris yang Hajaj letakkan. Bukan nak kata Hajaj orang pertama yang mencadangkan perlatakkan baris tu tapi salah seorang yang bersama dalam menyempurnakan Rasm Uthmani dengan perletakan baris bersama ulamak-ulamak yang lain.

Kisahnya bermula, apabila Hajaj baru pulang dari suatu tempat. Lalu, Hajaj berkata,

"Siapa lagi yang tidak takut pada aku!!?"

Jawab seorang pengawal, "Ada wahai Hajaj"

"Siapakah orang tersebut?" Tanya Hajaj.

"Said bin Zubir" Kata pengawal tu.

"Panggil dia ke mari!" Dengan tegas sekali Hajaj berkata.

Rumah Said diketuk oleh pengawal Hajaj.

Said keluar dan berkata, "Apakah hajat kalian ke mari?"

"Hajaj mahu berjumpa kamu, wahai Said"

"Tunggu sebentar" Kata Said.

Said terus memakai jubah putih dan mengambil wuduk lalu melakukan solat sunat 2 rakaat.

Pengawal Hajaj pelik dengan perbuatan Said. Agak kehairanan pada pandangan pengawal Hajaj.

Setelah bersiap maka Said pun keluar dengan hati yang tenang. Pengawal Hajaj bertanya akan perbuatan Said lakukan tadi.
"Aku tahu ni merupakan pakaian terakhir aku, wuduk ini adalah wuduk yang terakhir bagi aku dan solat ni adalah solat solat yang terakhir bagi aku sebab selepas ni aku akan menghadap Allah" Said menjawab dengan penuh keyakinan.

Said pun masuk ke singgah sana istana Hajaj.

Hajaj pun berkata dengan suara yang penuh lantang,  "Siapa kau!!?".

"Akulah Said bin Zubir! (maksudnya orang bahagia anak baik)" Jawab Said dengan lantang juga.

Walaupun Said bin Zubir sudah berumur 76 tahun tapi masih hebat melawan kebatilan.

"Kau tak layak nama tu!! Kau orang pemalas anak celaka!! Ayah kau celaka sama dengan mak kau!!" Jerit Hajaj.

"Kalau mak aku celaka maka mak kau pun sama celaka macam mak aku!!" Said membalas dengan lantang juga.

Hajaj merasa tersinggung dengan apa yang dikatakan oleh Said. Lalu diarahkan pengawalnya membawa harta dan letak di hadapan Said.

"Wahai Said, aku bagi kau harta dengan syarat tarik balik kata-kata kau Said"

"Jikalau lah harta boleh menyelamatkan kau di akhirat ambil lah kembali!!" Kata Said.

Hajaj rasa tercabar dengan Said lalu mengarahkan pengawalnya membawa gundik paling cantik dan seksi lalu menari bogel dihadapan Said.

Said pun berkata dengan penuh tertib, "Wahai wanita, percayalah di akhirat nanti kamu boleh menuntut di hadapan Allah atas perbuatan Hajaj telah lakukan kepada kamu"

Gundik tadi merasa malu lalu berlari mencari pakaian dan menjadi wanita solehah.

Hajaj bertambah bengang lalu mengarahkan pengawalnya supaya mengalihkan pandangan Said supaya menghadap Hajaj.

Ini bermakna selama percakapan antara Hajaj dengan Said, Said tak memandang Hajaj tapi hanya memandang kiblat je.

Sebaik sahaja di palingkan oleh pengawal Hajaj, Said membaca ayat quran,

"Timur Barat dimana aku menghadap tetap wajah Allah di mana-mana"

Hajaj bertambah bengang kuasa tiga!! Hajaj membaringkan Said ke lantai. Said pun membaca ayat quran sekali lagi, 

"Dari tanah aku dijadikan dari tanah jua aku kembali"

Hajaj teramat dan tersangat bengang dan mengeluarkan pedangnya lalu menghunuskannya ke leher Said.

Said masih lagi kelihatan tenang.

Hajaj berkata dengan nada menghina, "Ada kata-kata terakhir?"

"Selepas ni aku lah orang terakhir yang kau akan bunuh!" kata Said.

Maka hayunan pedang Hajaj telah menyebabkan kepala Said terputus daripada badannya. Maka syahidlah Said Bin Zubir di istana Hajaj.

***

PENGAJARANNYA :

#Pertama

Allah cipta kita ni, semuanya ada tujuan yang kita sendiri terkadang tak tahu maknanya sendiri. Apa yang jelas kita diciptakan adalan untuk menggalas 3 tanggungjawab iaitu hamba, daie dan khalifah.

Kita perlu tahu Allah cipta bukan saja-saja dan sia-sia. Allah cipta bukan main-main. Allah dah nyatakan dalam Al-Quran yang Allah cipta kita dengan sebaik-baik makhluk!

Allah cipta kita betul-betul!! Semuanya bersebab, sedangkan kita juga ada tujuan penciptaan kita.

Bukan untuk berseronok dihanyut keseronokan duniawi semata-mata. Nanti di akhirat kita akan dihanyut dengan api neraka.

Allahu.

Percayalah, Allah mencorakkan kehidupan kita ni penuh dengan dugaan bukan tanda Allah tak sayang kita tapi untuk membalas ganti dengan syurgaNya!

Semua nak syurga kan?

#Kedua

Allah Maha Membalas. Apa yang kita tak syukur, tak ikut Allah, buat maksiat dan amal jejak syaitan maka ketahuilah Allah akan membalas di akhirat.

Bak kata murabbi saya, Allah ni Maha Cemburu.

Allah cipta kita, kita tak ingat Allah. Allah bagi rezeki, kita kata kita usaha. Allah bagi ujian, kita salahkan takdir. Memang cari nahas kita ni.

Ingatlah wahai sahabat, Allah dah berikan kita segalanya tapi Allah tak minta bayar semula. Apa yang Allah suruh ialah hanya buat kebaikan dan tinggalkan maksiat. Allah menjanjikan kebahagiaan di akhirat sana yang kekal tapi kenapa kita pilih kebahagiaan di dunia yang sementara ni?

#Ketiga

Cara Allah tarbiah nabi dengan melalui praktikal dan hikmah. Cara Allah tarbiah kita dengan ujian dan dugaan.

Allah nak kita tetap keimanan untuk bersama dengan Allah. Allah nak kita sandarkan masalah padaNya. Allah nak kita sedar, Allah jualah menyelesai segala masalah.

Oleh sebab itu, nabi akan sentiasa tambah iman kerana yakin Allah ada tapi berbeza dengan kita sebabnya kita tak yakin Allah ada.

Yakinlah pada janji Allah. Janji Allah itu benar dan tak pernah sesekali mungkir bahkan Allah bagi lebih dan lebih lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...