Sabtu, 18 Februari 2017

#1 : Kisah Abu Hassan Al-Asy’ari Kembali Kepada Islam.



Abu Hassan merupakan keturunan daripada seorang sahabat yang hebat yang bernama Abu Musa Al-Asy'ari.

Ibu Abu Hassan telah berkahwin dengan Abu Ali Al-jubba'ie selepas Ismail meninggal dunia (ayah Abu Hassan).

Maka membesarlah Abu Hassan dengan fahaman yang salah dan diajar untuk membela ajaran ni iaitu fahaman Muktazilah.

Muktazikah merupakan satu fahaman yang berteraskan dalil akal semata-mata dan mengikut logik akal sahaja kebanyakkan. Antara salah satu perkara besar yang menjadi fahaman ni sangat sesat apabila mengatakan Al-Quran ni adalah makhluk sedang Al-Quran adalah qadim.

Al-Jubba'ie merupakan seorang guru yang hebat dalam Muktazilah dan penulisan yang berpengaruh tetapi tidak power untuk berdebat.

Maka Abu Hassan merupakan pelangkap dalam Muktazilah untuk berdebat.

Sehinggakan Abu Hassan terkenal sebab kepetahan berhujah dalam mempertahankan Muktazilah.

Abu Hassan berharap pada suatu hari dia akan menjadi seperti ayah tirinya. Takdir bukanlah seperti yang Allah inginkan.

Pada suatu hari, Abu Hassan terfikir, mengapa perlu membela satu agama yang hanya menggunakan akal pemikiran sahaja sedangkan ia membawa makin jauh daripada Allah?

Abu Hassan memikirkan dengan jangka masa yang lama.

Maka Abu Hassan tidak keluar dari rumah sehingga 15 hari. Pada hari ang ke 16, Abu Hassan keluar rumah lalu ke masjid yang selalu menjadi pusat pengumpulan masyarakat.

Pada hari tersebut adalah hari Jumaat, maka Abu Hassan menaiki mimbar dan begitu ramai orang ketika itu.

"Ramai antara kalian yang mengenali aku. Aku perkenalkan lagi, aku adalah Abu Hassan Al-Asy'ari. Dulu aku membela Muktazilah dan mempertahankan Muktazilah. Aku sangat yakin dengan ajaran Muktazilah masa tu. Hari ni aku nak membuat pengakuan aku keluar dari Muktazilah dan aku akan cuba sedaya upaya mendedahkan kelemahan Muktazilah. Sebagai tanda aku betul-betul meninggalkan Muktazilah, aku menanggalkan jubah (sarung kepada jubah) ini sebagai bukti"

Abu Hassan menanggalkan sarung jubah yang menjadikannya dahulu satu kebanggan yang hebat dan mulia tetapi dia lebih mulia apabila bersama agama Allah.

Sejak itu, Abu Hassan mencari ilmu untuk mendalami lebih lagi untuk mendedahkan kelemahan Muktazilah dan terus mencari ilmu Islam.

Inilah tugas Abu Hassan yang perlu dibereskan kerana dahulu dia meyakinkan masyarakat bahawa Muktazilah adalah benar. Kini, Abu Hassan akan cuba untuk meyakini masyarakat bahawa Islam adalah benar.


***

Pengajarannya :

#Pertama

Ingat tak lagi dengan lagu sifat Allah yang kta nyanyi masa kecil dulu?

“Allah wujud, qidam, baqa’, mukhalafatuhu lilhawadisi, qiyamuhu binafsihi, wahdaniyah….”

Kalau nak tahu, sifat Allah yang selalu kita nyanyi tu selalu telah diasaskan oleh Abu Hassan Al-Asy'ari sendiri sebagai panduan untuk memudahkan umat Islam untuk belajar ilmu Tauhid.

Hebat ulamak dulu. Bila dah sedar diri salah terus bertaubat dan kuat mempertahankan Islam. Inilah antara sifat orang yang yakin dengan janji Allah.

Kita sepatutnya ada rasa sebegitu seperti ulamak.

Sepatutnya bila kita dah terdetik dalam hati tu,

“Eh, betul ke apa aku buat ni?”

Inilah tanda hidayah telah menyapa diri kita. Teruslah sambut kurnian Allah yang tak ternilai harganya. Teruslah berubah dan tinggakanlah segala maksiat kita.

#Kedua

Kita sepatutnya perlu ada rasa untuk susah payah dalam agama.

Sedangkan Rasulullah sendiri bersusah payah untuk sampaikan agama kepada kita. Bayangkan, Rasulullah dibaling batu, dihina, dicaci, diejek, dituduh sihir, hampir dibunuh, berdarah sana sini dan semua tu demi kita semua!

Kita patut malu dengan ulamak dulu-dulu juga. Sebabnya mereka sanggup mengorbankan masa yang ada pada diri mereka dengan berdakwah menunjukkan kebenaran.

Boleh je mereka ni tak perlu dakwah sebab mereka dah tahu kebenaran tapi atas sebab tanggungjawab itulah mereka sanggup bersusah payah

Mereka sanggup berjuang tanpa ada rasa terbeban atau mempersoalkan,

“Kenapa perlu susahkan diri je?”

Apa yang mereka fikir ialah apa yang mereka dah sumbang kepada agama Allah? Sekarang cuba tanya diri kita semula, muhasabah diri kita bersama,

“Apa yang aku dah sumbang untuk Islam?”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...