Sabtu, 28 Januari 2017

Cerita Baru?



Maaf lama tak update. Lagi-lagi untuk tahun ni 2017. Inn shaa Allah doakan saya istiqamah dan kuat menulis untuk ummah ye. Kadang saya pun sibuk gak.

Moga bermanfaat!

-----

Saya perasan satu perkara yang dah jadi tabiat setiap kali masuk tahun baru. Kadang saya terfikir, mereka sanggup buat macam tu? Tapi tak salah pun tapi agak buang masa.

Apa tabiat tu?

Kita akan sanggup tunggu pada pukul 11.59 malam untuk update tepat pada pukul 12.00 pagi dengan ucapan yang berkaitan dengan tahun baru.

“Selamat Tahun Baru”

“Tahun 2018”

“Selamat datang 2018, selamat tinggal 2017”

Dan macam-macam lah lagi ucapannya.

Meh, sini ada satu cadangan yang terbaik untuk setiap kali masuk tahun baru. Tepat je pukul 11.59 malam, pergi ambil wudhuk dan tepat pukul 12.00 pagi mula solat sunat 2 rakaat. Inn shaa Allah habis lebih kurang dalam pukul 12.05 pagi selesai.

Alhamdulillah, kita mulakan tahun baru kita dengan solat sunat 2 rakaat! Bukan ni ke yang terbaik?

Sekurang-kurangnya kita cuba untuk kejar redha Allah pada tahun baru. Bukan tu ke azam kita setiap tahun sebagai seorang muslim?

Inn shaa Allah mesti banyak cerita dan kenangan yang telah kita tinggalkan pada tahun lama. Mesti banyak azam, impian dan matlamat yang kita nak capai pada tahun baru. Mungkin sempena tahun baru kita boleh buat beberapa perkara.



Kenangan Lama.

Usia kita semakin hari makin meningkat. Lama-lama kita pun dah makin dewasa. Semakin banyak hari yang kita telah tinggalkan tanpa boleh kita undur pun walau satu detik. Betapa berharganya setiap masa yang telah Allah kurniakan kepada kita.

Bayangkan dalam setahun , Allah kurniakan setiap orang  365 hari dan kalau tahun lompat tu 366 hari lah. Agaknya sikit ke banyak? Mestilah banyak tapi macam mana kita guna 365 hari tu dengan sebaiknya?

Cuba tanya diri kita, berapa banyak amal yang kita buat sepanjang 365 hari? Berapa banyak maksiat yang kita buat sepanjang 365 hari?

Mungkin maksiat lagi banyak kita buat berbanding dari amal yang kita buat. Sebab tu lah setiap kali pada tahun baru datang, kita kena muhasabah diri kita. Tanya diri kita banyak kali. Biar diri kita ni sedar apa yang kita dah buat sepanjang 365 hari.

Persoalan lain, bila kita nak berubah?

Pergh, soalan ni yang paling sentap saya rasa!

Kita dah azam dah macam-macam untuk tahun baru. Membara tu azam kita. Kalau boleh nak terbakar dah rumah kita.

“Tahun baru ni aku tak nak malas dah”
“Aku nak jadi baiklah”
“Aku nak jadi muslim terbaik!”
“Dulu aku selalu tak siap kerja sekolah, kali ni aku akan siapkan”
“Azam aku tahun baru ni samalah macam tahun lepas hehe”
Dan macam-macam lagi azam kita ni.

Setakat azam je tak akan jalan kalau kita tak ada usaha untuk capai azam kita tu. Tak kiralah azam, impian, cita-cita dan matlamat, semuanya memerlukan usaha dan bukan setakat usaha biasa-biasa tapi kena ada usaha luar biasa.

Sebab tu lah kita tak pernah capai azam kita pada setiap tahun, sampaikan kita berazam sama macam tahun lepas. Apa cerita ni?

Itu yang kita perlu muhasabah diri kita.

Ada yang rasa macam dah berubah tapi cuba tanya diri kita sendiri,

“Sejak kau berubah ni, kau rasa apa?”

Kalau kita rasa kosong, tak ada apa-apa, tak ada peningkatan dari segi amalan dan rasa biasa je, sebenarnya kita tak berubah lagi! Walau kita dah tinggalkan maksiat lama kita tapi hati kita rasa zero maknanya kita tak berhijrah lagi.

Kalau betullah kita dah berubah, kita akan rasa ketenangan, kebahagian, manisnya ibadah, amalan kita akan meningkat dan setiap ujian menimpa kita, kita akan sandarkan kepada Allah.

Cukup indahnya kalau kita berjaya capai perubahan yang sepatutnya.

Jadikanlah sepanjang tahun yang telah kita lalui itu sebagai pengajaran dan pedoman untuk menghadapi tahun baru tak lama lagi ni.

Hari-hari yang kita lalui sangat pantas berlalu. Seolah-lah kita terasa ketinggalan. Sampaikan kita sendiri kata,

“Eh, cepatya masa berlalu!”

Ni lah ucapan yang selalu kita cakap dan yang selalu kita dengar. Sebab itulah kita perlu muhasabah sepanjang apa yang telah kita lalui selama setahun yang akan kita tinggalkan ni.

Janganlah kita masih di tepat sama pada setiap tahun tanpa apa-apa perubahan. Ini bukanlah sifat sebagai seorang muslim. Sifat seorang muslim salah satunya ialah hari ni mestilah lebih baik dari semalam. Bermakna, esok mesti lebih baik dari hari ini dan kita mesti setiap hari kita dalam keadaan yang lebih baik.

Cuba kita imbas pada zaman rasulullah. Pada zaman rasulullah, mereka berjumpa bukan bertanya khabar tentang diri mereka tapi bertanya khabar tentang iman mereka.

“Assalamualaikum ya sahabat. Macam mana dengan iman kamu hari ni?”

Mereka sangat menjaga iman mereka kerana iman merupakan tunggak utama dalam meninggalkan maksiat dan pendorong untuk melakukan kebaikan.

Sangat rugi apabila kita masih dalam keadaan yang sama bahkan lebih teruk kalau hari-hari yang kita lalui bukan lebih baik tapi sebaliknya.

Rasulullah boleh bertaubat dan bermuhasabah diri dalam sehari sebanyak 70 kali. Malah, ada beberapa riwayat rasulullah bertaubat sebanyak 100 kali sehari. Betapa malunya kita dengan rasulullah. Rasulullah merupakan seorang rasul, pemimpin, ketua keluarga, panglima perang, murabbi dan sahabat kepada seluruh masyarakat Islam pada zaman itu. Betapa sibuknya rasulullah kalau nak dibandingkan dengan kita!

Kita ni kononnya sibuk dengan dunia sedangkan banyak masa yang kita lalui hanya terbuang macam tu je kerana kita banyak buat perkara-perkara yang tak berfaedah.

Marilah kita bersama muhasabah diri kita.



Buku Baru.

Bila kita sebut tahun baru maka ramai yang kaitkan dengan kisah baru, cerita baru dan buku baru. Yup, memang tak dinafikan sebab kita lalui tahun yang baru.

Bila dah masuk tahun baru, perlunya kita sedar yang kita kena buka buku baru. Apa maknanya?
Maknanya, berubahlah, move on lah dan berhijrahlah pada tahun baru ini.

Biarkanlah segala sejarah jahiliah kita pada tahun lepas menjadi kenangan buat selamanya kerana kita melalui hari-hari yang akan datang ni dengan azam yang baru dan semangat yang segar.

Saya akan kongsikan apa yang sebaiknya dilakukan apabila masuk tahun baru. Apa yang saya kongsikan ni tak semestinya kena buat tapi boleh buat atau tak nak buat, terpulang.

1. Tetapkan azam, cita-cita, impian dan matlamat.

Cuba kita lihat pada setiap tahun. Semua orang letak macam-macam azam untuk kita capai sebagai objektif utama untuk kita capai pada tahun baru.

Tak kiralah azam apa sekali pun. Nak kurus, nak jadi muslim sejati, tak nak tinggal solat, tak nak tengok cerita Korea, nak berubah, nak ke masjid selalu dan macam –macam lagi.

Pastikan azam yang kita nak capai sebaiknya azam yang membawa impian yang besar.

Besar macam mana tu?

Impian yang besar dalam hidup kita. Maknanya, setiap azam yang kita dah tetapkan adalah membawa satu perubahan dalam hidup kita bila kita capai azam tu. Lagi-lagi azam yang melibatkan ummah dan Islam!

2. Berusaha semaksima mungkin.

Kalau dah pasang azam takkan nak duduk diam je. Memang takkan capai azam kita tu. Sebab tu lah kita kena ada usaha untuk capai. Kalau tak ibaratnya hangat tahi ayam je.

Allah takkan sia-siakan bagi hambaNya yang berusaha untuk capai sesuatu yang diusahakannya. Kerana perubahan itu bermula dari diri kita sendiri bukannya diri orang lain.

Kita kena ingat, setiap apa yang kita usaha untuk kea rah kebaikan, Allah akan bersama dengan kita. Kita akan dapat kekuatan sebab Allah bersama kita.

Jangan pernah sesekali kita sia-siakan apa yang kita nak capaikan. Teruskan!

3.      Berdoalah sungguh-sungguh.

Bila kita dah ada azam, kita akan usaha untuk capai azam tu tapi jangan sesekali kita lupa untuk berdoa pada Allah.

Sebab kenapa kita kena berdoa?

Sebab penentu segala pengakhiran kita ni adalah Allah. Takkan kita dah lupa? Bukan ke Allah sebaik-baik perancang?

Mungkin setiap hari kita minta pada Allah untuk capai azam kita. Kita bersungguh doa pada Allah untuk kita capai impian kita. Kita mengharap sangat pada Allah untuk tercapainya cita-cita kita.

Kita tak tahu apa yang terbaik untuk diri kita tapi Allah tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Apa yang kita tahu tentang diri kita ialah hanya kemampuan kita bukan terbaik untuk kita.

Firman Allah,
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu amat menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi mu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui”
(Surah Al-Baqarah : ayat 216)

Ingatlah sahabat ku, setiap apa yang berlaku ke atas diri kita dan kehidupan kita ni ada hikmah di sebaliknya. Hikmah yang tersembunyi di sebalik rahsia yang tak pernah terungkap tanpa kita sedar tapi itulah satu kebaikan buat kita.

Apa yang penting berdoalah!


Futur Dan Move On!

Dalam sejarah kehidupan kita dah berapa kali kita futur?

Eh, ramai tak tahu lagi apa maksud futur ni? Baiklah, kita pergi satu persatu.

Futur ni ialah perasaan lemah semangat, rasa down dan putus asa dalam melakukan 3 tanggungjawab. Apa tanggungjawab tu?

Tanggungjawab tu ialah tujuan kita diciptakan di dunia ni iaitu hamba, daie dan khalifah.

Dalam buku Lagenda Budak Usrah yang ditulis oleh seorang penulis yang hebat iaitu Kak Mukharikah mengatakan kita futur sebab 2 perkara je.

1. Lemahnya hubungan dengan Allah.
2. Jauhnya kita dari ukhwah.

Meh, kita pergi satu persatu. Moga kita lebih kuat untuk hadapi ujian yang mendatang.

Pertama, lemahnya hubungan dengan Allah.

Bila kita rasa semangat nak buat amal mesti kita akan buat sungguh-sungguh kan? Kita buat yang paling terbaik sampaikan kita boleh bangun qiamullail, baca Al-Quran banyak, puasa Isnin Khamis, bagi taujih (semangat) pada orang lain dan macam-macam lagi lah.

Memang fuh lah! Hebat bila kita semangat buat amal kebaikan ni. Mesti kita pernah laluikan?

Saya pun pernah lalui macam kalian tapi bila sampai masanya kita akan ada lalui satu fasa yang sangat merosakkan amal kita iaitu futur.

Bayangkan, bila saat kita futur je terus kita tinggalkan semua amal kebaikan kita. Kita tak bangun qiamulail, tak puasa Isnin Khamis, baca Al-Quran pun kadang-kadang, nak berdakwah pun tak semangat, bila ada masalah salahkan takdir, dan sebagainya.

Salah satu sebabnya kita futur ialah lemah hubungan dengan Allah.

“Eh, jap! Bila kita buat amal tu bukan kita makin kuat huungan dengan Allah ke?”

Baiklah, percaya atau tak bila kita buat semua amal tu sama ada semata-mata kerana Allah atau nak menunjuk-nunjuk?

Tanya diri kita masing-masing.

Tak dinafikan, bila kita buat amal selain daripada Allah sebenarnya kita akan penat buat kebaikan tanpa ada harapan dari satu ‘kuasa yang besar’ iaitu Allah. Bila kita buat kerana Allah, kita akan rasa kekuatan bersama Allah.

Berapa ramai juga orang buat amal hanya sekadar buat-buat dan sebenarnya kita tak buat ibadah tu dengan hati gembira?

Bayangkan berapa ramai yang hari ni solat tapi tak buat kerana Allah bahkan rasa terpaksa? Sedangkan Allah tak pernah berkira dengan kita semua. Allah masih lagi bagi nikmat walau kita bermaksiat. Tak pernah walau sekali pun Allah hilangkan nikmat kita bila saat kita kfur dengan nikmatNya.

Apa salahnya kita datang kepada Allah dengan solat yang penuh gembira. Buat seikhlasnya. Buat sebaiknya.

Kedua, jauhnya kita dari ukhwah.

Bila kita tak bersama dengan sahabat yang mengingatkan kepada Allah, sama ada kita menjauh dari mereka atau mereka meninggalkan kita, kita akan futur dan lemah semangat.

Rasa seolah-olah hidup kita kosong. Tak ada apa-apa.

Begitulah juga apabila kita mendekatkan diri dengan sahabat yang menjauhkan kita dari Allah. Kita rasa bahagia tapi sebenarnya kita rasa kosong je kehidupan kita.

Sebab itulah kita kena terus mendampingi sahabat-sahabat yang membawa kita ke syurga. Mengingatkan kepada Allah. Menegur kita bila salah. Sanggup menolong kita dalam kesusahan. Menemani kita dalam kesenangan. Sedia mendengar luahan masalah kita.

Bila kita dapat sahabat macam ni, genggam dia erat-erat. Bila ada masalah terus cerita pada dia.

Inn shaa Allah futur kita akan berkurangan dan dia akan membantu kita.

Betapa pentingnya sahabat dalam kehidupan kita. Kita memerlukan dia, dia pun memerlukan kita.

Inn shaa Allah moga-moga perkongsian yang serba kurang ini dapat membka minda kita untuk terus mendekatkan diri kepada Allah!

Moga Allah redha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...