Khamis, 14 April 2016

BETUL KE?




Pernah suatu ketika sebelum iqamat solat Asar, ada orang Pakistan bagi salam kepada saya. Saya memandang dia dan menjawab salam. Saya ingatkan dia nak duduk di sebelah saya. Rupanya ada udang disebalik mee. Ok ni gurau hehe. 

Dia cakap, "Boleh luangkan masa? sekejap saje"

Saya pun off phone, saya angguk tanda setuju.

"Awak Islam saya pun Islam tapi apa beza antara kita hanyalah ketakwaan berdasarkan amalan kita. Allah sangat mengasihi kepada para hambaNya yang bersedekah dan berwakaf. Rasulullah amat menggalak wakaf"

Lepas tu banyak lah dia baca firman Allah dan hadith rasulullah tentang fadhilat sedekah dan wakaf. Ada juga selit sikit pasal anak yatim.

Kemudian, dia keluarkan phone dan tunjuk beberapa gambar.

"Ini madrasah saya yang telah hancur kerana di Pakistan ada krisis. Alhamdulillah berkat bantuan orang-orang di sana dan di sini madrasah baru dalam proses pembaikan dan ada dalam pembinaan baru"

Saya dengar angguk faham. Muka saya agak serius sebab ni isu Islam.

Sama juga di Thailand ada satu tempat saya tak ingat nama tempat di mana madrasah di bom sesuka hati oleh polis dan tentera Thailand, membunuh kiai-kiai, para ustaz tanpa rasa bersalah dan kerajaan buat tak tahu tentang isu itu.

Allahu. 

Apa reaksi kita dengar isu Islam ditindas, dibunuh, dipulau, dikatakan pengganas dan dipersendakan??

Apakah kita tak ada perasaan??

Kemudian dia sambung lagi,

"Saya harap awak boleh membantu dengan wakaf quran untuk keperluan madrasah di sana kerana di sana sudah tiada quran. Hancur semuanya"

Saya memandang dia dengan perasaan agak hampa.


'Apa aku boleh tolong?' 

"Macam mana saya boleh wakafkan quran tu" saya tanya.

"Awak boleh wakaf atas nama awak atau ibu bapa awak atau adik beradik awak. Satu quran wakaf sebanyak RM 100" dia balas soalan dengan mengharapkan saya dapat membantu dia.

Allahu. 

Nilai besar tu. Saya buka beg dompet saya hanya RM7 sahaja saya ada.

"Maaf sesangat saya memang tak ada duit sebanyak tu" saya harap dia faham. Saya nak membantu tapi apakan daya.

"Awak boleh pergi ke mesin ATM ke bank ke balik rumah sekejap ke ambil duit selepas solat Asar saya tunggu awak?"

"Maaf dalam akaun saya pun kosong. Maaf sesangat saya nak bantu tapi saya ada ni je" saya keluarkan beg dompet saya. Saya keluarkan RM7 dan bagi pada dia.

"Ni je semua yang saya ada. Saya sedekah. Buatlah apa pun dengan duit ni untuk membaik pulih madrasah tu"

Dia lihat duit yang saya pegang. Perlahan-lahan dia ambil duit tu.

"Saya awak baik orangnya. Inn shaa Allah saya akan selalu doakan awak supaya dimurahkan rezeki" dia tidak hampa.

"Boleh saya tahu nama siapa?" saya tanya.

"Muhammad Ainul 'Ard"

"Saya Muhammad Faris"

" Inn shaa Allah saya akan doakan untuk awak, Faris" dia kata sambil bersalam dengan saya.

"Saya pun akan doakan awak juga" saya membalas dengan senyuman.
Iqamat berkumandang.

Saya pun pergi ke saf pertama.

Moralnya?

Ambillah tahu isu tentang Islam. Anggap perkara ni serius. Kita kena bangkit.

Sememangnya kita semua tak sempurna tapi sama ubah demi Islam kerana Allah.

Pesan saya bantulah macam mana apa yang ada. Saya memang tu je saya ada. Semua saya bagi. Habis.

Saya tak fikir pulak nak makan petang tu haha. Malam balik rumah baru makan. 

Alhamdulillah rezeki Allah punya. Jangan risau. Allah ganti balik duit tu satu hari nanti. Percaya atau tidak, terpulang.

Sebenarnya, sepanjang perbualan saya dengan Muhammad Ainul 'Ard tu dalam Bahasa Inggeris.

Hah. 

Haha tak sangka pulak boleh faham. Padahal kat sekolah saya memang tak suka BI.

Adeeh. 

Apa pun sebenarnya ada potensi kita yang kita sendiri tak tahu.

Moga Allah redha.

Sabtu, 2 April 2016

SOLAT TU PENTING YE



Pernah suatu ketika, saya pergi ke Petaling Jaya dan singgah la kat Masjid Tun Abdul Aziz.


Time tu solat maghrib. Lepas solat maghrib tu, saya perasan laa ada orang solat macam tak reti solat.

Pakcik yang berbaju belang tu ikut je pakcik berbaju kuning tu solat. Sampai habih solat.

Bila dah abih solat tu, nampak la muka-muka pakcik tu. Cina rupanya.

Pakcik baju kuning macam bagi penerangan pasal solat kot kat pakcik baju belang tu sambik tunjuk orang lain yg sedang solat.

Emm.. mualaf kot la tapi alhamdulillah lahh.

Yang membuat sedikit terkejut. Sikit je tak banyak haha. Pakcik baju kuning tu kudung tangan kanan..

Bayangkan seorang yang kudung ajar orang lain solat yang mungkin orang tu mualaf. Hebat kot. Kita ni kena banyak muhasabah diri. Apa sumbangan kita pada Islam?

Apa pun sebarkan dakwah kerana Allah...

Baiklah, faktor rahsia kemenangan, kejayaan dan kejuaraan atau erti kata sama makna dengan berjaya hanya ada satu sahaja, iaitu solat.

Ingat, dengan solat kita akan dapat super duper punya kejayaan. Bukan kejayaan yang biasa-biasa.

Pada zaman Sultan Muhammad Al Fateh berjaya menakluki Kota Konstantinopel dengan solat tahajjud. Hebatkan?? Ingat, tak berguna amalan sunat sekiranya solat 5 waktu tidak dijaga.

Solat itu ibarat tiang-tiang di rumah kita. Amalan yang lain ibarat bumbung rumah. Tiang runtuh bumbung pun runtuh juga. Betapa pentingnya solat untuk dijaga.

Lagi satu kehebatan solat hanya pada agama kita sahaja, Islam. Solat kita ini terlampau bernilai di sisi Allah. Kita jaga solat, Allah jaga kita.

Bila amalan kita naik ke atas ketika itulah solat akan mendoakan kepada tuannya sama ada kebaikan atau keburukan berdasarkan cara pelaksanaan solatnya.

"Semoga Allah menjaga kamu sebagaimana engkau menjaga aku"

Itu doa bagi orang menjaga solat dengan khusyuk dan hadir hati dalam solat. 2 aspek ini begitu penting supaya Allah menerima solat kita. Itu yang sepatutnya difikir, adakah solat aku diterima??

"Semoga Allah membiarkan kau sebagaimana kau membiarkan aku"

Lagi dahsyat kalau amalan kita mendoakan keburukan. Amalan kita akan berjumpa dengan pencipta kita. Solat orang begini akan mendapat azab yang pedih. Ingat, solat lah elok-elok jangan cincai-cincai.

Orang yang solat ni ada dalam 4 situasi :

Pertama, apabila kita solat dengan kehadiran hati dan khusyuk maka ibarat kita menghadiahkan kepada Allah satu amalan yang mana manusia itu hidup dan bernyawa.

Kedua, apabila kita solat dengan kehadiran hati tapi kurang khusyuk ibarat kita hadiakan kepada Allah satu amalan yang manusia itu hidup tapi cacat. Masih lagi Allah terima amalan ni.

Ketiga, apabila kita solat khusyuk tapi tak ada hadir hati atau maknanya kita buat sebaiknya tapi untuk menunjuk dan sebagainya. Maka ibaratnya kita hadiahkan kepada Allah yang mana manusia itu sempurna anggota badan tapi sudah mati. Betapa murkanya Allah.

Keempat, moga kita dijauhkan. Kita solat tak khusyuk dan tak ada hadir hati. Maknanya kita buat macam nak lepaskan batuk ditepi tangga je. Buat memain je. Ibaratnya Allah terima amalan kita tu manusia cacat dan mati. 

Situasi ni ada diceritakan dalam kitab Munyatun Musolli yang ditulis oleh Sheikh Daud Fatani.

Solat kunci kejayaan kita. Inn shaa Allah janji Allah itu pasti. Quran dah merakamkan firman Allah dalam surah 

Al Mukminun. Ingat tak?? tak tahu... haah balik buka quran baca yeee.

Lagi satu "berjaya" nya seseorang itu telah digambarkan dalam surah Al Mukminun pada ayat 10 dan 11.


Firman Allah SWT,

Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi (10)

Mereka mewarisi syurga Firdaus, dan mereka kekal di dalamnya (11)


Lagi beruntung apabila kita menjaga solat dengan khusyuk dan tawaduk inn shaa Allah, Allah memilih kita untuk masuk syurga FIRDAUS. Syurga ni bukan sebarangan sangat mahal nilainya.

Apatah lagi syurga FIRDAUS!! The top first of heaven.

Ceh, speaking pulak. Sorry kalau grammar atau susunan sepanjang penulisan BI saya tunggang terbalik hehe.

Moga Allah Redha. WaAllahu'alam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...