Alhamdulillah syukur kepada Allah, dengan adanya blog yang serba mudah ni bolehlah untuk terus saya berkongsikan pendapat saya dan sekurangnya menyampai sesuatu kepada kalian semua.
Inn shaa Allah untuk coretan pertama ni sangat sesuai dengan kemunculan 'pertama' blog Fazakkir.
--------------------------------------------
Saya sebelum asyik terfikir, kenapa Allah tak wahyukan surah Al-Fatihah? Sedangkan Al-Fatihah kan maksudnya pembukaan?
Agak lama saya mencari jawapan tetapi tidak temui. Asal nak tanya murabbi asyik lupa hehe.
Sampai satu hari, saya ditakdirkan beli buku yang ditulis oleh Hilal Asyraf yang bertajuk 30 Hari Mencari Tuhan.
Tajuk pertama iqra'.
Selepas saya membaca. Saya tersenyum puas dengan jawapan yang Allah telah temukan kepada saya.
Sekarang saya akan kongsikan kepada abang, kakak, adik, ibu dan ayah.
Betapa indahnya Islam apabila wahyu pertama yang diturunkan ialah surah Al-'Alaq. Semua sudah hafal ayat yang pertama kan?
Iaitu Iqra'.
Bacalah.
Kenapa dengan membaca?
Baiklah, saya bagi satu analogi supaya kita semua faham.
Apabila kita membaca kita akan dapat sesuatu ilmu atau pengetahuan kan? Bermakna kita membaca untuk mencari apa yang kita mahu cari.
Contohnya, apabila peperiksaan hampir tiba, pelajar akan bertungkus lumus untuk membaca tajuk yang dirasakan kurang difahami lagi subjek Syariah Islamiah, Quran Sunnah, Sains, Tasawwur, Sejarah, Perdagangan dan sebagainya bagi SPM. Bagi mahasiswa pula akan mencari apa-apa bahan bacaan untuk membuat assignment.
So, keyword nya ialah MENCARI.
Yup, untuk untuk mencari kebenaran kita perlu mencari kebenaran itu hingga berjumpa.
Seperti nabi kita sebelum diutuskan oleh Allah untuk menjadi rasul.
Nabi mengasingkan diri di Gua Hirak kerana merasakan kehidupan masyarakat Arab pada ketika itu sangat jahil!!
Begitu juga dengan kita. Kita kena sungguh cari taufik Allah. Buat amal ibadah, berzikir, cari ilmu dan lain-lain.
Bagi orang kafir perlu mencari hidayah Allah. Kan ada kisah orang mencari kebenaran dengan menganut semua agama. Last sekali barulah dia peluk Islam. Alhamdulillah.
Kehidupan yang diselubungi dengan dosa pasti membuatkan jiwa resah tak tentu hala. Kita akan rasa begitu sangat jauh dari Allah. Rasa macam hati berkata,
"Argghh! Betul ke Allah ampunkan dosa aku!?"
Hati kita bermonolog sendirian tanpa sudah. Percayalah rahmat Allah sentiasa ada untuk kita yang berdosa ni.
Tak ada yang sempurna dalam dunia ni. Betapa himahnya (bijaksananya) Allah cipta kita dengan fitrah.
Apa tu fitrah?
Fitrah ni perkara semulajadi yang Allah jadikan pada setiap diri manusia yang mana itu yang terbaik buat diri.
Persoalannya? Apa baiknya buat dosa!?
"Allah sangat menunggu hambaNya yang berdosa untuk merintih berdoa mohon taubat padaNya!"
Apa yang kalian nampak dalam ayat atas?
"Allah sangat menunggu hambaNya yang berdosa..."
Allahu.
Siapakah pendosa? Kita semua.
Tak ada yang sempurna dalam dunia ni. Betapa himahnya (bijaksananya) Allah cipta kita dengan fitrah.
Apa tu fitrah?
Fitrah ni perkara semulajadi yang Allah jadikan pada setiap diri manusia yang mana itu yang terbaik buat diri.
Persoalannya? Apa baiknya buat dosa!?
"Allah sangat menunggu hambaNya yang berdosa untuk merintih berdoa mohon taubat padaNya!"
Apa yang kalian nampak dalam ayat atas?
"Allah sangat menunggu hambaNya yang berdosa..."
Allahu.
Siapakah pendosa? Kita semua.
Apa perlu untuk lakukan untuk mencari taufik?
Buat yang Allah redha. Ingat Allah selalu.
Apa taufik tu?
Taufik ni bermaksud Allah memberi ketaatan kepada kita untuk beribadah kepada Allah.
Itu yang kita nak sepatutnya. Ada taufik kita akan terus merasakan Allah sentiasa ada untuk kita dikala susah dan senang.
Faham kan?
Saya ulang, "Ada taufik kita akan terus merasakan Allah sentiaa ada untuk kita dikala susah dan senang".
Moga Allah redha. WaAllahu'alam.
-Faris Mubeen-
-Faris Mubeen-